Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tintanya...
Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...
Thursday
Nasihat Syeikh Abdulkadir Al Jailani
Posted by salik at 11/19/2009 0 comments
Labels: titipan ilmiyah
Wednesday
koreksi fikrah

masing2 punya kaedah pelaksanaan yang tersendiri dalam merealisasikan niat,matlamat juga keinginan yang tercetus dalam jiwa setiap daripada kita.cuma ada dua pilihan, baik mahupun jahat.lumrah ciptaannya yang Aggung,masing2 punya pasangan dalam semua aspek kehidupan.dalam penyempurnaan penciptaan juga diilhamkan sumber ketakwaan juga sumber kefasikkan,beruntung bagi yang memilih ketakwaan.dalil naqli setiap kejadian punya pasangan2nya.
melayari alam maya,telah menjadi satu keminatan bagi para insan.tidak terkecuali diri sendiri.pengembaraan maya menemukan saya pada laman2 juga persingahan2 yang cukup menarik.menemui lubuk2 da'ie,mujahid juga mujahidah,para pendakwah,para penggemar fuqaha,para pencinta tasawuf,dan segala lubuk yang cuba ingin merealisasikan "INGIN" mereka kearah nafsuh mutmainah.InsyaAllah
lambakkan laman2 sosial juga bergerak seiring agar variasi ingin itu semakin bercambah2 dan bertunas2.ada tindakkan yang meraih pada kemunculan2 laman ini.pada satu sudut fikiran pro,satu peluang untuk variasikan lorong2 dakwah.insyaAllah.saya tidak nafikan,kewujudan blog2 da'ie ini sesuatu yang perlu untuk saya syukuri,kerana bak kata selogan presiden pro mahasiswa "dimana ada kebatilan disitu pasti ada yang Hak" sekali lagi saya membenarkan dalil naqli "kejadian punya pasangan2nya"
benar,aura penyampaian juga ajakkan kembali pada fikrah,juga tembakkan menerobos fitrah yang tertimbus sesekali mengunjungi benak2 juga minda2 mereka yang memerlukan,juga mereka yang mencari,bahkan boleh jadi pada mereka yang bersahaja namun ketukkan hidaya itu tidak mengenal masa dan tempat.Alhamdulillah
dan...sesuatu yang perlu disuarakan juga.bak kata jiwa salik "berhati2 dengan hati.ingin itu jangan biar sampai mengaburi yang batil hingga kelihatan seperti yang hak,na'quzubillah"
saya mengiakan,bahawa saya sendang dalam kajian hati.
tidak terganggu kah khusyuk hati2 itu,ikhlas hati2 itu,tawadu' hati2 itu,basirah hati2 itu dengan harta2 maya yang ingin selalu dikunjungi,ingin selalu mengharap dan menanti respondan2.persoalan hati yang kesedaran.
saya agak malu dengan persoalan itu.justeru bagaimana?ada persoalan yang pantas menerjah pada benteng resolusi iman dan sedar.ini saluran yang kita niatkan dengan berdakwah.adakah dengan cara meninggalkan laman2 maya ini adalah yang terbaik untuk menjaga hati? tapi bagaimana dengan kebatilan maya yang tampak mempelopori dunia maya,sedang keinginan manusia sudah terarah pada lubuk2 maya?bagimana agaknya?
sering kita mempositifkan sesuatu yang batil,agar nafsuh itu berkesempatan untuk menikmati yang ia inginkan.saya berfikir agak lama...dan hasilnya,kalian perlu kuat.kuat dalam jihad hati,dalam masa yang sama teruskan sahaja niat da'ie kalian.sudah jelas kadang kala rantai2 hasutan syaitan pada larian jari jemari di laman2 maya.dicetus2kan idea yang bermotifkan pujian (istigfar sebanyaknya)justeru jihad hati pada perlakuan perlu kiranya dipertegaskan,jika berkemampun dirantai diikat nafsu2 itu,kerana nafsu kenderaannya syaitan.
bukan mudah memobilasikan iman pada era melenium ini.diri yang membawa manik2 iman itu perlu sentiasa digilap,digilap dengan simbahan ayat2 cintanya.saya pacakkan, Quran sungguh indah,disana ada bekalan2 hati untuk kita semua.
mengangkat darjat kewajiban solat2 sunat,ya'ni insyaAllah diperkuatkan jiwa untuk meneruskan solat sunat sebelum dan seusai yang wajib.
melazimi dzikir2 yan sir mahupun yang hazar.bahkan susuli mata,juga minda dengan menggarap status ulul albab (mereka yang berfikir)
wallahu'alam,kalian lebih arif.saya bicara untuk nasihat diri saya insyaAllah.
"wahai salik,Allah menyukai kebaikan yang kau gagahi untuk kau laksanakan.tapi harus kau sedari,Allah melihat sejauh mana ketahanan hatimu mengawal segala anasir buruk/mazmumah yang memasuki hatimu.kemudian Allah perhatikan lagi hatimu seusai kau laksanakan.kemudia diintai lagi hatimu untuk melaksanakan apa yang kau katakan."
Allah,hati ini yang akan kembali padaMU...
Posted by salik at 11/11/2009 0 comments
Labels: titipan ilmiyah
Sunday
sepintas lalu..

sememangnya episod2 di hujung2 semester adalah yang terbaik,dan sayang andai tidak dimanfaatkan sepenuhnya.dan dihujung2 sem ini jugalah kerahan minda di picu pada tahap yang maksima...
"Allah beri taklifan special untuk kita.jangan mengeluh melihat kelapangan yang dikecapi oleh rakan2 sekuliah kita yang lain,sedang kita terus menerus dihimpit oleh masa yang ingin sering dikejar.Allah telah beri kita satu ilmu kefahaman dan sekarang Allah ingin kita mengaplikasikan ilmu yang DIA berikan.InsyaALLAH sama2 kita peggang Wihdatul Fiqh,Wihdatul Amal dan Wihdatul Qalb"
resolusi naqsibah di hujung2 ta'lim subuh,InsyaAllah menyegarbugarkan kembali semangat2 mujahid yang semakin lemah disepak terajang oleh pelbagai mehna dan tribulasi.
saya amat tertarik pada saujana kefahaman daripada persekitaran ta'lim.sesuatu yang sering dilalui dan dialami oleh kita,namun hanya pada satu ketika sahaja baharu timbul satu kefahaman yang menyedarkan kita bahawa uniknya ciptaan Allah.
final exam ditafsir dengan pelbagai makna untuk menghasilkan satu kata motivasi yang mengarap 2 medium alam sekaligus,ya'ni dunia dan akhirat.di waktu2 kritikal inilah tidak putus2 kata2 semangat daripada sahabat seperjuangan yang walaupun tidak mengambil subjek dan menduduki tarikh pertarungan yang sama,namun tetap sahaja berbalas assan peransang antara satu sama lain.
dalam keteganggan minda juga,Alhamdulillah Allah itu adalah sebaik2nya tempat kembali.majlis Muqqayyam dan Qiyam menjadi program pilihan para menyumbur fikrah.dan muqayyam yang diatur oleh para sahabat semalam insyaAllah membuahkan barakha daripada Allah Azzawajallah.
beberapa tips penjagaan hati yang dikogsikan oleh para sahabat pada ta'lim subuh.nampkanya semua agak tertarik untuk memberi respon berkenaan dengan hati atau Qalbi,walhal terdapat 3 tajuk utama yang dikogsikan ya'ni kesatuan fikiran,amal dan qalbu itu sendiri.insyaAllah sedikit perkogsian sebelum tiraisemester 2009 diakhiri.
tips penjagaan hati:
1) jangan sesekali menangguh2kan kerja,kerana ianya boleh memberi kesan pada hati
2) amalkan 5 perkara.usahakan TAHAJUD,dekati para A'LIM ULAMA,amalkan PUASA sunat,jangan renggangan diri dengan AL_QURAN,kerana sehari kita meninggalkan Al-Quran,seminggu dia menjauhi kita.dan akhir sekali,lazimi ZIKIR.
insyaAllah sedikit perkogsian,di musim2 kritikal...Wallahu'alam
Posted by salik at 11/08/2009 0 comments
Labels: titipan ilmiyah
Saturday
Raja Bagi Segala Kerajaan
Alam Misal 
Manusia yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. Begitu juga air yang ada di sana.
Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.
Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.
Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.
Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi, terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.
Al-Arasy al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000 lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas.
Alam-alam bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang yang beriman yang baik-baik.
Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.
Posted by salik at 10/03/2009 0 comments
wahai wanita...
jiwamu lembut mudah benar diguris sesuatu yang juga lembut,apatah lagi sesuatu yang tajam.sesuatu yang boleh jadi berupa kata2,perilaku insan lain bahkan orang terdekatmu,juga pada apa yang kau lihat.sunguh mulus telus hatimu dalam menyerap sesuatu apa yang berlaku.
jiwamu yang mulus itu,menjadikkan kau sungguh istimewa.jika jiwamu diamanahkan oleh jasad yang menetap pada prsekitaran yang mendidik akhlak mulia,maka trbentuklah jiwamu juga seprti itu,bagai air jika diletak pada selider gelas,maka berbentuk selinder lah ia,jika diletak pada bekas bersegi empat,maka begitulah betuknya.
wahai wanita,jadilah kau muslimah soleh yang memilih ketaatan bukan kefasikan.pemberian dua pilihan dalam penyempurnaan kejadian.maka berkeraslah kau memilih yang taat.
jiwamu yang telus itu,miliki samudera cinta yang terhampar luas.boleh didiami oleh pelbagai kejadian,yang tampak indah pada pandanganmu,jika kau lihat dengan pandangan mata zahirmu.lautan cintamu itu,boleh kau canai dengan membina tangkai2 cinta menuju cinta ILLAHImu...pasti kesatuan cinta yang asli membuatkan kau bahagia tidak terperi.bak jiwa Rabiatul al-adawiyyah,sentiasa mekar cintanya pada pemilik cinta yang satu.
wahai wanita yang cukup indah kejadiannya,teguhkan hatimu dengan didikan yang tegas pada nafsuhmu.cantas segala angan yang bisa menghala keinginanmu pada dunia.nyatakan pada nafsuh mu itu,aku tidak akan mngikutimu,aku adalah hamba kepada khalikku.rantailah kesemua nafsuh yang diamanahkan,kembalikan ia pada asalnya,nafsuh mutmainnah.
wahai wanita,kau cantik jika kau soleh.hawa cukup anggun kerana akhlaknya.menegur adam yang cuba mendekatinya,kerana jiwanya dipatri dengan kebesaran tuhanNYA,hingga mampu menjentik jiwa si adam,malu lantas berfikir.jejaklah kekuatan rohani hawa,rabiatul al-adawiyyah,aisyah humairah,siti khadijah dan ramai lagi srikandi mulia yang boleh kau contohi.
wahai wanita sunti yang indah.wangianmu sering cuba dihidu oleh lawan jantina kejadianmmu.itu adalah fitrah,kerana kita dicipta dari tulang rusuk mereka,jesteru tarikkan amat kuat andai kau dekat dan mendekati mereka.mereka juga lemah bila berhadapan dengan mu,hanya mereka2 yang jiwanya tidak kan berpaling hanya dengan ALLAH.jesteru wanita yang soleha,akhlak indah yang kau cuba bentukkan dalam dirimu,janganlah kau niatkan untuk medapatkan insan pendamping yang juga soleh.biarlah urusan itu DIA yang tentukan.jangan kau cuba2 mendekati jurang hitam itu,walaupun jiwa remajamu mendesak,meronta ingin mendekati.indah bagaikan taman bunga yang mengeluarkan aroma harum,namun dalamnay cukup dipenuhi duri2 yang tidak mengenal insan yang memasukinya.biarlah,kau jauhilah taman itu,jika tidak terperi meronanya jiwa mu ingin merasakan cinta,sulamkan ia dengan cinta pada RABB mu,carilah jalan2 cintaNYA,bawa jiwa mu yang mulus dalam pencarian,kerana pasti akan ditemukan jalan2 itu.
buatmu wanita yang halus jiwanya,penuhkan kalimah2 ALLAH debenakmu,agar ia menjadi penegurmu dalam kau memerlukan.fikiranmu jang kau layan andai itu semua tidak membwa manfaat untukmu,percayalah syaithan laknatulah selalu mengintai titik kelemahanmu,wasapadalah pada setiap perbuatan.diteliti setiap tidakan juga timbulan rasa.jangan dilayan pada angan,keinginan dan kemahuan nafsuhmu.sekali kau melayan,sekali itu diminta lagi,hingga kau merasa ianya adalah biasa.waspadalah pada setiap tindakkan.
Sheikh Muhammad Baba syamsi
Posted by salik at 8/08/2009 0 comments
Labels: titipan ilmiyah
Thursday
pengertian disebalik lirikkan

sungguh jujur pengakuan sister itu
"apa yang u rasa kalau duduk disebelah lelaki?" soalnya di satu petang ramadhan.tinggal beberapa minit lagi azan berkumandang.suasana berbuka pada hari itu agak istimewa daripada biasa kerana pelawaannya kepada seorang teman chinies disambut dengan hati yang terbuka.
"i fell so exited!!!" diiringi oleh derai tawa dia dan sahabat2nya di meja bulat ala2 cina itu.
"so exited?" dia memikir2kan kembali satu statment ringkas,padat tapi jujur.ya benar pengakuan itu,dia mengiyakan sejelasnya.sebab itu mengapa islam memisahkan lelaki dan wanita dari segala hal.jika adanya program2 yang berbentuk ceramah,mahupun forum,bukan sekadar adat tapi adalah antara adab dengan memisahkan antara ruangan lelaki juga wanita,bahkan jika boleh,perlu di hadangi rentangan kain bagi memisahkan antara lelaki juga wanita.namun itu saja pun masih tidak mampu mencegah mainan hati.jesteru bagaimana?
sempat dia diuji kebenaran statement itu.arh! rimas sungguh dia.kelas itu tidak memberi ruangan yang lebih untuk pelajar yang berlebihan dari kapasitinya.terpaksa dia duduk disebelah seorang lelaki ala2 boleywood hindustan.pandai sungguh mainan elektrik syaitan itu.diusik2 dua insan yang tidak mengenal itu.lelaki yang suka benar memacohkan diri itu, suka benar dia mengintai2 buku si gadis disebelahnya,mengintai secara suka2 walhal nota disebelahnya lebih lengkap dari milik si gadis.arh! lihatla permainan si syaitan itu,dikaburi jiwa2 makluk yang berlaina jantina,suka benar dia mencari sahabat menikmati manidan neraka.sampailah kelas itu usai,lirikkan itu masih saja mengusik2nya.dia mencantas sekeras2nya.dia mempersoalkan,menagapa pekara itu boleh berlaku,mengapa perasaan2 aneh itu timbul menimbul.sampailah kebeberapa hari, si hindustan tinggi lampai itu masih saja bermain2 dengan responya,geli gemala si muslimah,kasihan dia.diuji pada satu titik kekuatan pemberianNYA.
dia membuat analisis lagi.hati yang kosong.......? gelas yang kosong juga ada yang mengisinya jesteru jika hati yang kosong apa yang mengisinya? wah! sudah pasti si syaitan laknatullah itu bermaharajalelah di makam2 empunya milik.kosong daripada apa??? kalimah apa yang aggung,kalimah apa yang perlu dipahat pada jiwa2 si makhluk bernama 'manusia' itu....ya! sudah tentu kalimah/nama penciptanya ALLAH! paluan yang tidak kerap pasti menjadi gerbanag kemasukan segala macam parasit hati.
teringat dia akan pandangan para ahli sufi,mereka tidak malu mengatakan aib mereka yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain,kerana keikhlasan mereka dalam kehambaan,tiada yang dimalu melainkan dihadapan yang menciptakan mereka.jesteru titipa adaptasi kehidupan rialiti ini dipamerkan kerana itu yang benar2 berlaku.
pengertian disebalik lirikkan...si lelaki suka dilihat si wanita,jesteru memacohkan diri semampu yang mungkin.si wanita suka diperhati si lelaki,jesteru suka benar menghiasi badanya dengan hiasan2 yang mengelabui mata.aduhai...andai kami juga mereka mengetahui bahkan sedar sebenar2nya ada yang indah,menawan,cantik,menyayang pencinta,mulia dan segala keaggungan indah pada tahap pemikiran manusia,sedang memerhatikan mereka dan kami setiap sesaat dan detik,pasti merana la si syaitan menghempas2kan badanya kerana melihat ketundukkan jiwa setiap hamba2 Allah.
ya! benar...kenapa tidak meletakkan pandangan yang sering menginta2i itu adalah Allah.si akhi yang berkopiah juga tidak lepas ingin melirik pandangannya pada si muslimah yang labuh tudungnya.si muslimah yang berjubah juga,mengharap di pandangi si akhi yang berkopiah.aduh! ada yang mengesyaki mainan hati itu.jesteru mnegapa kita tidak cuba,ada yang lebih mulia yang sering mengintai pergerakkan kita.bahkan menebusi lapisan demi lapisan hati.
di sebalik lirikkan,timbul satu perasaan yang aneh lagi pelik.dia mengiyakan itu semua datangnya dari Allah,walau dengan bisikkan syaitan tapi itu semua adalah atas izinan Allah.tolaklah kejahatan dan keburukan itu dengan lembut dan berhema.si anak Adam,si umat Muhammad,fikiran mereka sudah faham,sifat Allah yang satu itu,maha melihat dan mengetahui yang ghaib, juga nyata.jesteru,berperasangka baik pada Allah disetiap apa yang diberi,sama ada baik mahupun buruk.
pemebrian perasaan yang aneh itu,memang agak mengelirukan jiwa2 muda.alhamdulillah si muslimah dan si muslimin mereka terdedah pada pemahaman itu,dan kadang mereka mendegus mengapa tertipa perasaan aneh itu pada hati yang tidak pernah tercalit rasa itu.usah menekan jiwa dengan penuh kekerasan,bahawa engkau enggan perasaan itu,kerana katamu itu menganggu khusyukmu.terimalah dengan hati yang lapang.syukur padanya kerana diberikan fitrah yang normal.namun berlandaskan ilmu kau harus mengatasinya dengan berhikmah,bukan dengan mencaci perasaan itu.itu bukan sikap hamba yang beradab,kerana mencaci perasaan itu bererti kau mencacai pemberianNYA.jesteru "tolak dengan berhema"
"buktikan sifat kehambaanmu,nescaya Allah akan bantu dengan kekuatanNYA"
Posted by salik at 7/30/2009 0 comments
Labels: adaptasi kehidupan, titipan ilmiyah
Saturday
fitrah manusia semuanya sama
suasana di kafe itu agak lengang.maklum sahaja hari itu merupakan hari sabtu.kebanyakkan pelajar lebih suka memerapkan diri dibilik pertapaan mereka.atau mungkin juga expo itu menjadi pusat magnet 'interest',menyediakan medan untuk melempiaskan kebosanan di hujung2 minggu.dia sempat mengunjungi,namun bukan atas dasar kebosanan,arh! jangan sesekali bertindak atas dasar itu.jika kau enggan nafsu itu merasuk jiwa mu jesteru harus kau bertindak atas keperluan yang tidak berlebihan.dan alhamdulillah,diteliti kedatangannya atas dasar tanggungjawab.atau mungkin juga kerana adanya moskort upin dan ipin yang berlegar2 mempamerkan diri dikhalayak ramai.wah! ramai sungguh kanak2 yang keriangan ingin menyentuh2 patung gebu yang besar itu,keriangan melihat watak kartun yang hanya boleh ditatap di kaca TV kini boleh disentuh dan di raba walau baginya tidak la secomel mana.jiwa dewasa,mudah baginya melontarkan kelucuan,walhal jiwa si kecil mudah baginya melontarkan keriangan,riang yang fantasy bisa disentuh2.arh! kalau dia imbas kembali zaman kanak2nya dulu,pasti meluncur laju derai tawanya,seingatnya dialah kanak2 yang lincah mencipta fantasy baru.
penjelajahan di expo itu kurang menarik baginya,maksudnya jualan itu tidak menarik minatnya.deretan keronsang dan eksesori wanita memenuhi di satu ruangan meja.sempat dia menikmati dialog antara dua beranak.si kecil menyentuh2 barangan yang kemilau di matanya sambil memujuk2 meminta ibunya membelikan maink2 itu kepadanya.dia hanya merenung.dan melihat ibunya.ditatap dari atas kebawah.dilihat lagi anaknya.jika si kecil itu tidak memanggil ibunya,sudah pasti dia menjangka wanita itu adalah antara salah seorang student yang gemar menjadikan diri sebagai tumpuan hiasan yang mengerlip.orh! dia mengiyakan resolusinya dahulu2 kala yang ketinggalan,individu rosak kerana keluarganya rosak.jika individu rosak,maka melaratlah kerosakannya pada masyarakat.bagaikan virus yang menyerang diruangan software laptop sahabatnya dulu.habis seluruh dokumen penting,dijamah oleh virus yang tidak kelihatan.
meleret sungguh ceritanya.
dia ingin menukar menu ke kafe lain.memandagnkan kafe di kolej kediamannya lebih gemar merehatkan diri di hujung2 minggu.tidak mengapa,dia suka menjelajah dilubuk kecil itu.seperti tadi kafe itu lenggang.dituju satu gerai yang menyediakan makanan panas.dirapati kaunternya.seorang abang yang masam mukanya,terbenjul2 tulang pipinya seakan menahan marah.sedikit gerun hatinya.dia marah aku ka? pinggan yang dipeggangnya untuk mengisi nasi yang dipesan,dihempas sahaja.aik! memang marah abang ini.
jika api dibalas api,makin maraklah nyalaannya.dia cuba memperaktikkan sykologi tidak rasminya.dia manusia,dalamnya ada hati.dia lelaki,dalamnya juga ada hati.dalam hati adanya marah,dalam hati juga adanya sayang.
dia melihat sahaja gelagat abang itu.senyumannya tidak lengang.dia tahu,ada masalah didalamnya.panorama jiwa itu mengajak dia mengimbau kembali pendekatan tidak rasminya pada adik2 sekampusnya.mereka jika didekati oleh yang bertudung labuh,cepat sahaja ingin melarikan diri.senyuman itu yang mengeruhkan perasangka yang mencipta wasangka.kaedah yang cukup berkesan.senyuman...dia ada hati,mereka juga ada hati.dalam hati itu punya rasa2 yang sama dengan mereka semua,cuma bezanya,samada rasa2 itu biasa atupun tidak digunakan oleh pemiliknya.
lamunannya terhenti,mendengar suara dingin lagi keras abang itu. "3 ringgit!" katanya.dia cepat mengeluarkan wang dari dompetnya,sambil senyumannya tetap diukir.dia tahu dia perempuan,dan dia tahu dia lelaki,tapi ikhtilat itu tidak berlaku disana,baginya itu adalah mainan syco.hatinya ditunduk serendah2nya,cuba mengekspresikan rasa hormat dan terima kasih yang sejujurnya kepada insan yang telah menyediakan makanannya.wang itu dihulur dengan penuh kerendahan.jelas benar luapan marah,bosan,menyampah,dan malas tergambar diwajah itu.tapi dia tahu,yang dia hadapi itu juga manusia.sekeras manapun ia,jika kita yang memulakan kelembutan maka akan cair juga rasa2 negatif dihatinya.insan lain digunakan untuk menguji sifat negatif insan lain.insan lain juga digunakan untuk menikmati sifat positif insan lain.sememangnya manusia fitrahnya adalah sama.unsur kejadiannya sahaja pun sama.rasa2 yang ada didalamnya juga adalah sama.daripada tindakkan insan lain,insan lain juga mampu menikmati keindahan.terbukti dalil naqli kalamullahNYA,setiap kejadian itu diciptakan berpasang-pasangan.
'terima kasih banyak' katanya sebelum meninggalkan counter pembayaran itu.abang itu cepat sahaja ingin berlalu,namun mendengar sahaj ucapan itu,dengan ekspresi pelanggan yang tidak menyokong sifat negatifnya,nampak kekenduran sedikit dari riak mukanya,maka terlontarlah balas juga 'terima kasih' dari beliau.alhamdulillah,benar hepotisisnya.benar resolusinya.tapi bukan dia yang benar,ilham itu,kudrat itu,dan jika diteliti lebih dalam,yang memberikannya semua itu.benar akan setiap kata2nya.
fitrah manusia itu semuanya sama.mereka sukakan keindahan,kedamaian,kebahagian dan segalanya yang indah.bertentangan daripada itu,mereka tidak menyukai yang negatif daripada itu.kerana demikian,akan resah gelisah lah hati andai melakukan yang bertentangan.sering dia melihat wanita2 diluar sana,yang agak selesa mengenakan tudung yang jarang dan mendedahkan bahagian dada mereka.namun jika didekati ternyata mereka bisa bicarakan soal tuhan.dapat dirasa kelembutan hati daripada tutur bicara mereka,namun dia terfikir mengapa mereka enggan melaksanakan islam semampu mereka?walhal sudah jelas segala hukum2nya?
orh! dia mengerti.benar fitrah manusia sama,namun ilmu yang membezakan pelaksanaan fitrah itu.perumpamaan yang tepat,bayi umpama kain putih,warna yang tercalit dan dicorakkan pada permukaan kain itu yang akan menentukan hasil corakkan bagaimana diinginkan.bahkan ada yang mencorakkan tanpa keinginan yang bagimana seharusnya,sekadar melihat itu adalah kain putih yang boleh digunakan untuk melempiaskan segala kekretivitian perasaan semata2.
justeru apa resolusinya? sahabat,dan kalian semua.yang didedahkan pendidikan kearah fitrah yang sebenar.didikan yang berjaya menyingkap fitrah sebenar menjadi identiti dewasa ini.harus dekati mereka yang masih terpenjara fitrahnya.ilmu kalian dan kita harus dikogsi.bukan kerana layakknya diri,namun cukup mindsettingkan bahawa ini adalah kurniaan yang cukup besar untuk dikogsikan,mudah lontaran "tanggugjawab seorang khalifa"
Posted by salik at 7/25/2009 0 comments
Labels: adaptasi kehidupan, general, titipan ilmiyah
Sunday
keberontakkan hati si salik
Tapi sahabat...jangan kau tersilap faham.bukan bererti kau berdiam diri tanpa usaha,hanya menanti pertolongannya sedang dirimu statik sahaja.jangan demikian sahabat.lupakah kau pada satu lagi senandungnya "berusaha dan bersabarlah kamu..." nah! jesteru sahabta,perlu kau usahakan apa yang mahunya dikau,setelah kau berusaha membanting segala kudratmu,jesteru kau tawakal hasilnya,tapi pastikan sahabat kau buat yang terbaik sehingga puas pada penyerahanmu sepenuhnya.Dan kemudian baru kau kaitkan ayat diatas dengan hasil yang telah kau peroleh,samada mengikut kemahuanmu ataupun tidak seperti apa yang kau mahu hasilnya.namun ukirkan senyummu pada setiap apa yang DIA beri...kau harus titipkan seuntai lagi senandugnya "tidak Aku ciptakan dunia ini dengan sia2..." jesteru apathlagi perkara yang sekecil2nya,pasti ada sesuatu hikmah yang besar terselindung di sebalik keperitan mahupun keindahan.
Ingin kutitipkan lagi rerantai kalimah dari mereka yang jua seperjalanan dengan kita...
Apabila Tuhan telah memperlihatkan kepadamu hikmat kebijaksanaanNYA dalam apa yang dijauhkannya daripadamu,maka itu bererti suatu kurnia tuhan kepadamu,sehingga terasa olehmu keselamatanmu dunia dan akhiratmu.
Posted by salik at 7/19/2009 0 comments
Labels: adaptasi kehidupan, titipan ilmiyah
