Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...
Showing posts with label ratapan. Show all posts
Showing posts with label ratapan. Show all posts

Monday

gumpalan kata

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

hidup yang tidak pernah usang dengan adegan kematangan

setelah sekian lama menyepikan pena hati dari melontar,sedang langkah salik terus meniti pada setiap tangga umur.Alhamdulillah,masih ada kuatan untuk telus bertinta,insyaALLAH...

ketahuilah sahabat,hidup ini tidak selamat,sedang musuh azali kita tidak pernah terlelap dari mengintai setiap gerak geri anak cucu adam.

sepetang tadi,ada kiriman hadiah yang turun dari langit,menjentik hati yang usang dengan hakikat hikmah y berselubung.

akhlak seseorang itu akan sampai ke tingkat tertinggi di dalam syurga disebabkan kecantikan akhlaknya walaupun ia seseorang yang tidak banyak ibadahnya,dan akan sampai ke tingkat terendah neraka di sebabkan keburukan akhlaknya walaupun ia seorang yang banyak ibadahny

terkedu ku menerimanya,tujahan kata lantas meresam kedalam hati,untaian kata yang meragut sedikit nafsu yang mulai memanjat kedinding hati...La Hawla Wala Quwatta Illah Billah Hil Qaliyul Qadzim...

apa dia akhlak itu sahabat??? lantas melimpasi samar di kotak fikiranku,akhlak kita pada hubungan Habluminannas, Habluminannar, HabluminAllah

pada pengertian habluminannas itu,mungkin sudah tergambar jelas dalam akal fikiran kita.Adab sesama manusia, kemudian adab sesama semesta...pada pengertian ketiga,ada getar yang begitu sampai pada maksudnya,namun tidak terluah pada kata...diluah pada mata yang berkaca-kaca seolah meningalkan kekasih lama,dan terimbas kembali kenangan yang indah sewaktu bersamanya dahulu (bahkan lebih indah dari itu)

bagaimana adab kita dengan ALLAH wahai diri?apa pada setiap detik saat yang dilalui indah adab yang kita pamer?? bagaimana hati mu wahai diri,bilamana kamu sebenarnya sentiasa sendiri dalam diri...bahkan bagaimana hatimu wahai diri bilamana kamu dengan sahabat-sahabtmu??Apa mungkin kau menyapah DIA yang sentiasa mendatangiMU dalam bentuk nikmat yang tidak perna putus?? ada syukur yang terdetik pada tangkai hati??

ALLAHuakhbar...apa pantas aku meminta cintaMU,sedang aku tidak memberi hatiku padaMU..

Thursday

ada satu keterlanjuran yang amat daksyat oleh insan! didalam mahupun diluar diri,disekitar mahupun diseenteronya.lintasan pengertian akan kehidupan yang realiti,cukup menekan minda,membunuh rasa selesa menerbit satu pandangan ngeri dan menakutkan.alahai insan,alahai insan...

"Hai manusia! sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang2 yang sebelummu,agar kamu bertakwa.Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan dia menurunkan air hujan dari langit,lalu DIA menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu,lalu DIA menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu,kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu2 bagi ALLAH,padahal kamu mengetahui" AL-BAQARAH 2:21&22

kehidupan si individu sahaja,masih kucar-kacir.bahkan keluarganya pula,asyik bergelak tawa,sahabat2nya pula asyik berjoli,kerajaannya sahaja tidak pernah berhenti bidas membidas,tuduh menuduh...

alahai,melancong minda di luar benua,cukup meriah dengan pertelingkahan,bom mengebom,bunuh membunuh,rakus bersosial.ada yang bersaing mendapat status "percaya" menderma mahu dilihat,mau senyumannya lebar terukir,mau hatinya kembang menyesak nafas.ada yang gian mau terus menindas,suka menyusun tentera,suka mendengar jeritan yang ngeri,suka menonton darah yang pekat mengalir..suka..suka..segalanya suka...

Friday

harus tetap sabar


"harus tetap sabar melaluinya..."

kata yang sering menyejukkan hati.ya harus tetap sabar melalui kehidupan ini.sering bermenolong si hati,adakah ini kesan dalam perjalaan ini?jesteru ombaknya semakin dakhsyat memukul tebing2 pasir yang mudah terhakis.

pernah saya terfikir,sampai bila agaknya diri ini kuat untuk terus mempertahankan sebuah taat,sebuah khusyuk dan segala nilai seorang hamba? sudah tentu jawapnnya hinggah nafas terhenti.kenapa ada keluhan dihujung2 pengharapan,sedang hati sering sahaja katakan "redhalah atas segala ketentuanNYA" adakah itu satu kedustaan akan prinsip diri "kejernihan dalam ibadah"

nampaknya masih banyak ruangan2 diri yang belum diteroka.adapun kawasannya mudah benar ditumbuhi lagi oleh lalang2 yang tumbuh meliar.mungkin kunjungan yang kurang bahkan diabaikan,justeru bukan satu kehairanan semak itu mudah meliar lagi.
perlu apa sebenarnya nafsuh itu?kemudian sepintas lalu saya terfikir, "nafsuh itu sungguh degil,bahkan zalim enggan mengaku tuhannya adalaha Allah,maunya diletak ke dalam neraka lapar beratus2 tahun dahulu kemudian baru ia mengaku Allah adalah tuhannya,walhal sebelumnya telah dimasukkan ke dalam nerak sejuk,kemudian dalam neraka panas.degil bukan.jeseru mengapa kita masih ingin menurut katanya,inginnya? bahkan kita tahu benar kesan buruknya andai menurut segala mahunya.sudah dikatakan "nafsuh itu arahnya lebih kepada kebinasaan,apatah lagi jika ia berganding bahu dengan syaitan."

tapi andai akal bagi nafush itu adalah iman,ke mana agaknya mahunya nafsu?jika tidak, manakan pula Allah mengatakan "wahai nafsuh mutmainnah,kembalilah kamu kepada tuhanmu..." dia,nafsuh,kebinasaan adalah recananya,namun dia,nafsuh,juga yang akan kembali dengan penuh kesucian menghadap tuhanNYA.wahai diri,nafsuh itu ada didalam mu,bersama mu...tanggungjawab besar untuk kau pandu ia menuju tuhanmu.

jesteru apa pula itu bisikkan syaitan,kata2 iman,juga bicara akal? satu persoalan yang pernah saya suarakan pada sang guru.seperti biasa,ada senyum dihujung bibir."sampai waktu,ayu akan dapat bezakan bagaimana panggilan2 setiap daripadanya"

mungkin saya kurang sabar untuk terus menanti,atau mungkin boleh jadi saya biar perkara itu hilang begitu sahaja,atas alasan nafsuh mempengaruhi.alangkah zalimnya diri,enggan mengaku silapnya sendiri

bahkan masih sahaja dalam persoalan,membolak balikkan sebuah keyakinan yang sudah terpacak kukuh.kukuhkah? atau sekadar mengikut.bila agaknya masa diri diberikan sepenuhnya pada yang HAK? sampai bila,jika diri sendiri tidak menghadirkan masa itu sendiri.terpukul lagi dengan kata sendiri.adakah itu katanya akal,adakah itu katanya iman?

terlalu banyak yang perlu difikirkan oleh seorang hamba.maunya fikiran itu terus menerus jaga pada setiap kejadiannya.tapi tetap sahaja mau mencuba perkara lain.pelik bukan?

sesuatu yang perlu dinilai

alhamdulillah,diberi kepadatan masa yang tidak tersisa.satu pantulan syukur tidak cukup rasanya.sungguh unik perjalanan hidup yang telah disusun rapi oleh tuhanku Allah yang merupakan Tuan bagi segala kerajaan.sempat menimbul pengertian demi pengertian di balik kengkangan masa yang berpanjangan.Apabila menyedari bahawa itu juga adalah keizinan darinya,semakin menebal rasa aggung yang siap disaluti oleh baldu kehambaan terhadap Khaliku Allah.pasti sahabat2 lain di luar sana lebih peka akan kehadiran2 ilham juga pengertian di sebalik kepadatan masa sehari hari.

kadang2 fikiran yang sarat dengan perancangan dan sedang khusyuk melaksanakan assigment,tugasan,projek dan sebagainya, diterjah oleh sebuah pengertian.

"kesibukkan yang berpanjangan,ada kah masamu untuk melaungkan kalimah itu,yang khusus untuk tuhanmu? adakah hasil kesibukkan ini akan kau bawa keliang lahadmu? wahai insan,sedarilah,kau sibuk tika ini,tiba masa itu nanti badanmu yang sibuk itu akan kaku!"

benar,hari itu pasti dan yakin akan tiba.rugi menghambakan jiwa sepenuhnya pada pekerjaan yang niatnya bukan kerana Allah.semata2 ingin diiktiraf bertanggugjawab oleh rakan sepasukan?semata2 ingin meraih kepercayaan oleh ahli kumpulan lain? semata2 ingin memuaskan hati pensyarah? semata2 ingin menyiapkan tugasan kerana itu termasuk dalam kredit pengijazahan? jika dikupas lebih dalam akan niat itu,sungguh payah rasanya mengerti sebuah pengabdian yang jernih.

pelajar melihat identitinya sebagai pelajar.yang dilihatnya adalah praktikal,assigment,projek,ijazzah dan segalanya yang bersangkut paut dengan kehidupan yang zahiriyyah.

ada yang sekadar melihat kehidupan ini hanya satu perjalanan,yang akan berputar kembali mengikut kemauan dan persepsi mereka,walhal hukum2 kehidupan itu sudah jelas tertera pada agama islam yang syumul,tapi di kerat mana yang ingin oleh nafsuh sahaja.ini dua golongan manusia yang mengaku hidup ini sementara,tapi enggan mengakui adanya peraturan yang perlu dipatuhi kerana adanya akhirat,kerana merasa berat dan menyekat kebebasan nafsuh mereka jika mereka iktiraf.siapa golongan ini? boleh jadi mereka yang beragama selain islam,dan mereka yang islam keturunan sahaja.

ada yang melihat kehidupan ini sementara,justeru ada yang perlu mereka kerjakan sebelum tiba hari kematian jasad itu.kemudian dicari,digali segala ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan selepas dunia ini,dan semua itu terdapat dalam islam.

jika aku melihat pergerakan zakiriyyah para pelajar2,sering timbul dalam fikiranku, aku punya firasat ingin menjelaskan apa2 lagi yang tidak jelas pada pemahamanku akan tugas ku sebagai seorang hamba,tapi adakah mereka juga punya fikiran yang sama?

kengkadang,pergerakkan yang pantas setiap student yang berlegar disekitar kampus,membuatkan aku insafi akan sifat kejadian manusia itu sendiri.kepantasan itu akan kaku suatu hari nanti.

jesteru perlu bahkan wajib diselak kembali lembaran2 sejarah kehidupan yang telah dilalui sehari2.bagai si ahli accounting,budget merupakan document terpenting untuk melihat sejauhmana perbelanjaan yang telah dilakukan.dibandingkan antara yang dirancang dan perbelanjaan yang sebenar,sama ada berlakunya kelebihan dari yang sepatutnya ataupun sebaliknya.hasil daripada budget itu tadi,disitu ahli accounting akan membuat keputusan perbelanjaan bagaimana yang harus dirancang,agar perancangan kali ini memenuhi apa yang dirancang,bahkan yang penting tidak melebihi dari perbelanjaan yang telah dirancang.

jika diaplikasikan master budget ini dengan kehidupan si hamba,pasti dapat dilihat kesilapan mana yang perlu diperbaiki.di bahagian mana si hamba ini tersilap.mudah pengertian,slot muhasabah diri perlu sentiasa diluangkan,kerana kesibukkan itu kengkadang akan melalaikan kita bahwa hidup sebenarnya tinggal sebentar,mungkin 2 tiga hari lagi,atapun beberapa saat lagi...walhal masih saja tenggelam dalam kesibukan...

luagkanlah sedikit masa untuk memuhasabahkan diri.di usai2 solat fardhu adalah masa yang sesuai untuk dinilai kembali perjalanan yang telah dilalui.kemudian titipkanlah sedikit bahkan lebih baik diperbanyakkan zikir juga selawat keatas baginda.jika punya kelapangan,berilah sedikit masa untuk diri mengikuti kuliah2 agama,jika tidak pun bertemula dengan sahabat2 yang diyakini baik akhlaknya.luangkanlah sedikit masa juga dengan merenung pencipta alam ini,kerana itu juga merupakan antara zikir yang bakal menenagkan hati kita,berpesan2 juga saling ingat mengingati juga adalah antara zikir yang sipi.bahkan yang lebih baik dari yang terbaik adalah,zikir yang berterusan didalam hati,walaupun tidaklah sekusyuk mana,tetapi adalah lebih baik daripada tidak berzikir sedikitmu.kerana melupai Allah itu adalah jauh lebih besar dosanya.insyaalah zikir yang tidak sekusyuk mana itu akan ditingkatkan nilai kekusyukannya.

"orang yang bijak adalah orang yang sering mengingati mati.orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dan mengawal hawa nafsu"

wahai Allah
tuhan yang menciptakan diriku
juga tempatnya aku kembali
andai aku lalai dalam perjalanan ini,pasti yang ruginya adalah aku
tapi,aku enggan merasa rugi kerana syurgaMU
zalim sungguh andai kumerasa rugi kerana syurgaMU
Allah ku
malu andai aku merasa rugi selain keranaMU
walaupun itu yang Engkau telah dedahkan
aku malu
kerana aku rugi tidak menghambakan jiwa sepenuhnya padaMU
walhal Kau yang menciptakan segala peluang itu
aku malu kerana sering melepaskan peluang itu
kerana kejahilanku ya Raab

goncangkanlah hatiku yang lalai dari mengingatiMU ya Raab
agar goncangan itu mencelikkan hatiku yang makin buta dek selaput nafsuh
agar goncangan itu mengetarkan ulu hatiku
agar rasa itu menuju lagi ke lubuk itu
agar lubuk itu kembali tenang dengan titisan air mata yang dingin

Saturday

ratapan si pencari


Wahai yang menciptakan diriku
satu kefahaman yang aggung KAU kurniakan pada minda hamba kerdilMU ini
pengertian yang mengajak aku ingin terus mengenaliMU
semakin aku temui,semakin aku cintai,rindu pada kecantikkan aggungMU
oh Allah bagaiman ingin kugambar luapan tawaduk padaMU
tangisan yang laju menuruni lereng pipiku itu
tidak puas menggambarkan ketajaman rasa hinaku
oh yang menciptakan diriku
aku mencintai rasa itu
rasa yang menampakkan kehebatan aggungMU
rasa yang membuatkan aku ingin terus bermain dengan air mata keinsafan
sungguh asyik aku bergelumang dengan ratapan itu
namun...benar,janji2Mu amat benar
tidak seseorang itu dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji
aku bukan seperti hamba2 kecintaanMU yang kukuh cinta mereka
yang cintanya dialasi kemantapan ilmu dan iman
aku cuma seorang hamba yang mendasari cinta padaMU atas suatu rasa semata
ya mungkin sebab itu,segalanya mudah bergoncangan
oh Allahku
begitu sukar rasanya mempertahankan sebuah perinsip yang KAU ajarkan
semata2 ingin terus menggenggam sifat kehambaan itu
Allah
adakah aku mengeluh dengan ujianMU,ujian yang belum berat jika dibandingkan dengan para kekasih2MU