Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...
Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Tuesday

sesuatu...

jika diteliti perjalanan hidup ini,tak kan cukup masa dunia ini untuk mengenali hakikat kehambaan.seorang makhluk ciptaanNYA yang bergelar insan,mungkin sudah terjatuh hati pada persoalan itu,hinggakan merontalah inkurinya untuk mencari sang penciptanya.dan pengertian demi pengertian tersingkap disebalik pencarian.sudah namanya fitrah penciptaan manusia.diciptakan juga atas dasarnya cinta dari lubuk segala cinta.seorang hamba membawa jiwanya memerhati ciptaan2 kekasih yang ingin dicintainya,mudah benar menggelembung rasa keinsafan dirinya sebagai seorang makhluk,mudah tertunduk dan bergenang air mata,membiarkan rasa2 itu meresap keseluruh jasadnya.wahai makhluk yang berjaya memartabatkan status dirinya sebagai hamabnya Allah,pertahankanlah pandangan tauhid itu,kerana begitu banyak musuh2 yang mengintai kebahagian jiwamu berdakap dengan sang penciptamu,begitu ramai yang mencemburui kebahagiaan hakikimu,justeru,badai yang kengkadang mengoncang jiwamu,patrikan pengertian bahawa,itu cuma sekadar ujian tahap kecintaan juga kehambaanmu padNYA,sebenatar sahaja badai itu,justeru pertahankanlah khusyukmu,usah biar badai2 itu menarik tumpuanmu daripada khusyukmu.Allah pasti mempermudahkan perjalanan seorang hamba yang ingin menujuNYA.

Friday

sesuatu yang perlu dinilai

alhamdulillah,diberi kepadatan masa yang tidak tersisa.satu pantulan syukur tidak cukup rasanya.sungguh unik perjalanan hidup yang telah disusun rapi oleh tuhanku Allah yang merupakan Tuan bagi segala kerajaan.sempat menimbul pengertian demi pengertian di balik kengkangan masa yang berpanjangan.Apabila menyedari bahawa itu juga adalah keizinan darinya,semakin menebal rasa aggung yang siap disaluti oleh baldu kehambaan terhadap Khaliku Allah.pasti sahabat2 lain di luar sana lebih peka akan kehadiran2 ilham juga pengertian di sebalik kepadatan masa sehari hari.

kadang2 fikiran yang sarat dengan perancangan dan sedang khusyuk melaksanakan assigment,tugasan,projek dan sebagainya, diterjah oleh sebuah pengertian.

"kesibukkan yang berpanjangan,ada kah masamu untuk melaungkan kalimah itu,yang khusus untuk tuhanmu? adakah hasil kesibukkan ini akan kau bawa keliang lahadmu? wahai insan,sedarilah,kau sibuk tika ini,tiba masa itu nanti badanmu yang sibuk itu akan kaku!"

benar,hari itu pasti dan yakin akan tiba.rugi menghambakan jiwa sepenuhnya pada pekerjaan yang niatnya bukan kerana Allah.semata2 ingin diiktiraf bertanggugjawab oleh rakan sepasukan?semata2 ingin meraih kepercayaan oleh ahli kumpulan lain? semata2 ingin memuaskan hati pensyarah? semata2 ingin menyiapkan tugasan kerana itu termasuk dalam kredit pengijazahan? jika dikupas lebih dalam akan niat itu,sungguh payah rasanya mengerti sebuah pengabdian yang jernih.

pelajar melihat identitinya sebagai pelajar.yang dilihatnya adalah praktikal,assigment,projek,ijazzah dan segalanya yang bersangkut paut dengan kehidupan yang zahiriyyah.

ada yang sekadar melihat kehidupan ini hanya satu perjalanan,yang akan berputar kembali mengikut kemauan dan persepsi mereka,walhal hukum2 kehidupan itu sudah jelas tertera pada agama islam yang syumul,tapi di kerat mana yang ingin oleh nafsuh sahaja.ini dua golongan manusia yang mengaku hidup ini sementara,tapi enggan mengakui adanya peraturan yang perlu dipatuhi kerana adanya akhirat,kerana merasa berat dan menyekat kebebasan nafsuh mereka jika mereka iktiraf.siapa golongan ini? boleh jadi mereka yang beragama selain islam,dan mereka yang islam keturunan sahaja.

ada yang melihat kehidupan ini sementara,justeru ada yang perlu mereka kerjakan sebelum tiba hari kematian jasad itu.kemudian dicari,digali segala ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan selepas dunia ini,dan semua itu terdapat dalam islam.

jika aku melihat pergerakan zakiriyyah para pelajar2,sering timbul dalam fikiranku, aku punya firasat ingin menjelaskan apa2 lagi yang tidak jelas pada pemahamanku akan tugas ku sebagai seorang hamba,tapi adakah mereka juga punya fikiran yang sama?

kengkadang,pergerakkan yang pantas setiap student yang berlegar disekitar kampus,membuatkan aku insafi akan sifat kejadian manusia itu sendiri.kepantasan itu akan kaku suatu hari nanti.

jesteru perlu bahkan wajib diselak kembali lembaran2 sejarah kehidupan yang telah dilalui sehari2.bagai si ahli accounting,budget merupakan document terpenting untuk melihat sejauhmana perbelanjaan yang telah dilakukan.dibandingkan antara yang dirancang dan perbelanjaan yang sebenar,sama ada berlakunya kelebihan dari yang sepatutnya ataupun sebaliknya.hasil daripada budget itu tadi,disitu ahli accounting akan membuat keputusan perbelanjaan bagaimana yang harus dirancang,agar perancangan kali ini memenuhi apa yang dirancang,bahkan yang penting tidak melebihi dari perbelanjaan yang telah dirancang.

jika diaplikasikan master budget ini dengan kehidupan si hamba,pasti dapat dilihat kesilapan mana yang perlu diperbaiki.di bahagian mana si hamba ini tersilap.mudah pengertian,slot muhasabah diri perlu sentiasa diluangkan,kerana kesibukkan itu kengkadang akan melalaikan kita bahwa hidup sebenarnya tinggal sebentar,mungkin 2 tiga hari lagi,atapun beberapa saat lagi...walhal masih saja tenggelam dalam kesibukan...

luagkanlah sedikit masa untuk memuhasabahkan diri.di usai2 solat fardhu adalah masa yang sesuai untuk dinilai kembali perjalanan yang telah dilalui.kemudian titipkanlah sedikit bahkan lebih baik diperbanyakkan zikir juga selawat keatas baginda.jika punya kelapangan,berilah sedikit masa untuk diri mengikuti kuliah2 agama,jika tidak pun bertemula dengan sahabat2 yang diyakini baik akhlaknya.luangkanlah sedikit masa juga dengan merenung pencipta alam ini,kerana itu juga merupakan antara zikir yang bakal menenagkan hati kita,berpesan2 juga saling ingat mengingati juga adalah antara zikir yang sipi.bahkan yang lebih baik dari yang terbaik adalah,zikir yang berterusan didalam hati,walaupun tidaklah sekusyuk mana,tetapi adalah lebih baik daripada tidak berzikir sedikitmu.kerana melupai Allah itu adalah jauh lebih besar dosanya.insyaalah zikir yang tidak sekusyuk mana itu akan ditingkatkan nilai kekusyukannya.

"orang yang bijak adalah orang yang sering mengingati mati.orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dan mengawal hawa nafsu"

wahai Allah
tuhan yang menciptakan diriku
juga tempatnya aku kembali
andai aku lalai dalam perjalanan ini,pasti yang ruginya adalah aku
tapi,aku enggan merasa rugi kerana syurgaMU
zalim sungguh andai kumerasa rugi kerana syurgaMU
Allah ku
malu andai aku merasa rugi selain keranaMU
walaupun itu yang Engkau telah dedahkan
aku malu
kerana aku rugi tidak menghambakan jiwa sepenuhnya padaMU
walhal Kau yang menciptakan segala peluang itu
aku malu kerana sering melepaskan peluang itu
kerana kejahilanku ya Raab

goncangkanlah hatiku yang lalai dari mengingatiMU ya Raab
agar goncangan itu mencelikkan hatiku yang makin buta dek selaput nafsuh
agar goncangan itu mengetarkan ulu hatiku
agar rasa itu menuju lagi ke lubuk itu
agar lubuk itu kembali tenang dengan titisan air mata yang dingin

Saturday

fitrah manusia semuanya sama

suasana di kafe itu agak lengang.maklum sahaja hari itu merupakan hari sabtu.kebanyakkan pelajar lebih suka memerapkan diri dibilik pertapaan mereka.atau mungkin juga expo itu menjadi pusat magnet 'interest',menyediakan medan untuk melempiaskan kebosanan di hujung2 minggu.dia sempat mengunjungi,namun bukan atas dasar kebosanan,arh! jangan sesekali bertindak atas dasar itu.jika kau enggan nafsu itu merasuk jiwa mu jesteru harus kau bertindak atas keperluan yang tidak berlebihan.dan alhamdulillah,diteliti kedatangannya atas dasar tanggungjawab.atau mungkin juga kerana adanya moskort upin dan ipin yang berlegar2 mempamerkan diri dikhalayak ramai.wah! ramai sungguh kanak2 yang keriangan ingin menyentuh2 patung gebu yang besar itu,keriangan melihat watak kartun yang hanya boleh ditatap di kaca TV kini boleh disentuh dan di raba walau baginya tidak la secomel mana.jiwa dewasa,mudah baginya melontarkan kelucuan,walhal jiwa si kecil mudah baginya melontarkan keriangan,riang yang fantasy bisa disentuh2.arh! kalau dia imbas kembali zaman kanak2nya dulu,pasti meluncur laju derai tawanya,seingatnya dialah kanak2 yang lincah mencipta fantasy baru.

penjelajahan di expo itu kurang menarik baginya,maksudnya jualan itu tidak menarik minatnya.deretan keronsang dan eksesori wanita memenuhi di satu ruangan meja.sempat dia menikmati dialog antara dua beranak.si kecil menyentuh2 barangan yang kemilau di matanya sambil memujuk2 meminta ibunya membelikan maink2 itu kepadanya.dia hanya merenung.dan melihat ibunya.ditatap dari atas kebawah.dilihat lagi anaknya.jika si kecil itu tidak memanggil ibunya,sudah pasti dia menjangka wanita itu adalah antara salah seorang student yang gemar menjadikan diri sebagai tumpuan hiasan yang mengerlip.orh! dia mengiyakan resolusinya dahulu2 kala yang ketinggalan,individu rosak kerana keluarganya rosak.jika individu rosak,maka melaratlah kerosakannya pada masyarakat.bagaikan virus yang menyerang diruangan software laptop sahabatnya dulu.habis seluruh dokumen penting,dijamah oleh virus yang tidak kelihatan.

meleret sungguh ceritanya.

dia ingin menukar menu ke kafe lain.memandagnkan kafe di kolej kediamannya lebih gemar merehatkan diri di hujung2 minggu.tidak mengapa,dia suka menjelajah dilubuk kecil itu.seperti tadi kafe itu lenggang.dituju satu gerai yang menyediakan makanan panas.dirapati kaunternya.seorang abang yang masam mukanya,terbenjul2 tulang pipinya seakan menahan marah.sedikit gerun hatinya.dia marah aku ka? pinggan yang dipeggangnya untuk mengisi nasi yang dipesan,dihempas sahaja.aik! memang marah abang ini.

jika api dibalas api,makin maraklah nyalaannya.dia cuba memperaktikkan sykologi tidak rasminya.dia manusia,dalamnya ada hati.dia lelaki,dalamnya juga ada hati.dalam hati adanya marah,dalam hati juga adanya sayang.

dia melihat sahaja gelagat abang itu.senyumannya tidak lengang.dia tahu,ada masalah didalamnya.panorama jiwa itu mengajak dia mengimbau kembali pendekatan tidak rasminya pada adik2 sekampusnya.mereka jika didekati oleh yang bertudung labuh,cepat sahaja ingin melarikan diri.senyuman itu yang mengeruhkan perasangka yang mencipta wasangka.kaedah yang cukup berkesan.senyuman...dia ada hati,mereka juga ada hati.dalam hati itu punya rasa2 yang sama dengan mereka semua,cuma bezanya,samada rasa2 itu biasa atupun tidak digunakan oleh pemiliknya.

lamunannya terhenti,mendengar suara dingin lagi keras abang itu. "3 ringgit!" katanya.dia cepat mengeluarkan wang dari dompetnya,sambil senyumannya tetap diukir.dia tahu dia perempuan,dan dia tahu dia lelaki,tapi ikhtilat itu tidak berlaku disana,baginya itu adalah mainan syco.hatinya ditunduk serendah2nya,cuba mengekspresikan rasa hormat dan terima kasih yang sejujurnya kepada insan yang telah menyediakan makanannya.wang itu dihulur dengan penuh kerendahan.jelas benar luapan marah,bosan,menyampah,dan malas tergambar diwajah itu.tapi dia tahu,yang dia hadapi itu juga manusia.sekeras manapun ia,jika kita yang memulakan kelembutan maka akan cair juga rasa2 negatif dihatinya.insan lain digunakan untuk menguji sifat negatif insan lain.insan lain juga digunakan untuk menikmati sifat positif insan lain.sememangnya manusia fitrahnya adalah sama.unsur kejadiannya sahaja pun sama.rasa2 yang ada didalamnya juga adalah sama.daripada tindakkan insan lain,insan lain juga mampu menikmati keindahan.terbukti dalil naqli kalamullahNYA,setiap kejadian itu diciptakan berpasang-pasangan.

'terima kasih banyak' katanya sebelum meninggalkan counter pembayaran itu.abang itu cepat sahaja ingin berlalu,namun mendengar sahaj ucapan itu,dengan ekspresi pelanggan yang tidak menyokong sifat negatifnya,nampak kekenduran sedikit dari riak mukanya,maka terlontarlah balas juga 'terima kasih' dari beliau.alhamdulillah,benar hepotisisnya.benar resolusinya.tapi bukan dia yang benar,ilham itu,kudrat itu,dan jika diteliti lebih dalam,yang memberikannya semua itu.benar akan setiap kata2nya.

fitrah manusia itu semuanya sama.mereka sukakan keindahan,kedamaian,kebahagian dan segalanya yang indah.bertentangan daripada itu,mereka tidak menyukai yang negatif daripada itu.kerana demikian,akan resah gelisah lah hati andai melakukan yang bertentangan.sering dia melihat wanita2 diluar sana,yang agak selesa mengenakan tudung yang jarang dan mendedahkan bahagian dada mereka.namun jika didekati ternyata mereka bisa bicarakan soal tuhan.dapat dirasa kelembutan hati daripada tutur bicara mereka,namun dia terfikir mengapa mereka enggan melaksanakan islam semampu mereka?walhal sudah jelas segala hukum2nya?

orh! dia mengerti.benar fitrah manusia sama,namun ilmu yang membezakan pelaksanaan fitrah itu.perumpamaan yang tepat,bayi umpama kain putih,warna yang tercalit dan dicorakkan pada permukaan kain itu yang akan menentukan hasil corakkan bagaimana diinginkan.bahkan ada yang mencorakkan tanpa keinginan yang bagimana seharusnya,sekadar melihat itu adalah kain putih yang boleh digunakan untuk melempiaskan segala kekretivitian perasaan semata2.

justeru apa resolusinya? sahabat,dan kalian semua.yang didedahkan pendidikan kearah fitrah yang sebenar.didikan yang berjaya menyingkap fitrah sebenar menjadi identiti dewasa ini.harus dekati mereka yang masih terpenjara fitrahnya.ilmu kalian dan kita harus dikogsi.bukan kerana layakknya diri,namun cukup mindsettingkan bahawa ini adalah kurniaan yang cukup besar untuk dikogsikan,mudah lontaran "tanggugjawab seorang khalifa"

saudaraku.....

malam sudah lewat,hampir ke pagi barangkali.namun tetap mahu tangannya mencoret sesuatu di hamparan lontaran ini.YMnya masih 'avilable'.timbul icon sahabatnya yang baru memayakan diri. "keselesaan kita di malaysia membuatkan kita lupa penderitaan di patani"

tertera mesej ringkas di bawah paparan icon sahabatnya.pasti dia mengikuti diskusi itu,bisik hatinya.merembes sehembusan aura sedih di benaknya,kerana sahabat juga dia tidak dapat menghadiri diskusi itu,diskusi yang membincarakan isu2 penindasan saudara2 semuslimnya di Patani."penindasan???" terbayang2 aksi2 kekejaman yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia.manusia yang punya hati dan fikiran,menindas manusia yang juga punya hati dan fikiran bahkan punya anggota yang sama dengan mereka.kejam jika kita menyamatarafkan kekejaman manusia2 zalim ini dengan binatang kerana binatang tidak sekejam itu.binatang sifatnya sudah demikian,sudah dijadikan akalnya sekadar melindungi diri,syahwat dan mengisi perutnya.namun makhluk ini lebih mulia jika dibandingkan manusia yang berakal tetapi zalim lagi kejam tindakannya.

melonjak2 hatinya ingin mengetahui isi diskusi itu.tembakkan 'BUZZ' dikenakan pada sahabatnya yang baru memayakan diri.malam yang kelaruta itu diisi dengan hirupan rasa yang haru pada takdir hidup saudara mereka di sebelah sempadan itu.

"student dari patani yg buat presentation, mengenai keadaan sbnar kat patani.tiap2 hari umat islam dibunuh.diorg ada special law, digunakan utk tgkap org yg disyaki sesuka hati"

arh! darah kemanusiaannya mulai tersirap.

"org islam ditindas oleh org siam yg beragama budha"

adakah disebabkan oleh sentimen agama?dia tidak past jawapannya.arh! jahil sungguh dirinya,kenapa dia tidak tahu.kerugian yang daksyat kerana tidak menghadiri diskusi itu.

"tp mmg sedih la..dah mmg mcm palestin dah cumanya kerajaan siam cuba sembunyikan konflik yg berlaku.. dah byk kali umat islam mati kna tembak masa tgh sembahyang subuh kat masjid
yg terbaru 6jun lalu, 14 mati kna tembak masa bangun dari rukuk waktu solat subuh kat masjid
tp perkara ni ditutup oleh krjaan thai"

"sgt kejam, ada tu gadis kna rogol pastu kepala dia diputar sampai mati"

manusia kah yang melakukan perbuatan itu? karat! hitam legam karat itu,mungkin hampir hancur dek karat yang terlalu berkarat! "jika baik daging itu maka baiklah,jika buruk maka burukla ia..."

"diorg yg adakan demonstasi, mmg hebat la..masa demonstasi tu kan diorg buat 5 hari.pastu masa smbhyg jumaat, kaum hawa yg buat benteng kat kawsan masjid,takut askar tembak muslimin yg tgh solat.dasyat giler la"

"mmg kagum la ngn student"

"dia cakap la td, mmg depa study tp depa tak blh nak duk diam, umat islam terus tertindas, sbb tu diorg bangkit,setiap hari ada ja muslimin akan dibunuh, jumlah janda ngn anak yatim mengikut statistik dah beribu dah.diorg tunjuk video mcm mn askar buat kat org islam,mmg jahat gila. nyawa org islam mmg tak bernilai la, kecuali umat islam yg ikut cakap depa"

???

resolusinya? kalian yang lebih bijak menilai disebalik cereka yang realiti!



Hanya Lontaran

Dimulakan dengan nama tuhanku yang Aggung,Allah.Puji yang tiada bertepi untuk yang menjadikan diriku dan meletakkan aku pada sumur yang bernama islam,direntangkan batas2 tauhid oleh kekasihNYA Muhammad saw.tidakla mampu minda ini melontarkan satu janaan idea melalui kata yang tersusun rapi tanpa izinan yang sering terbuka dari yang Maha Hak...

titipan kasih buat kedua ayah dan bonda,melahirkan putri kecil ini dengan didikkan yang cukup sempurna bagi si hamba kecil ini,hingga mampu menggunakan mindanya semampu yang boleh,dalam meletakkan diri selingkungan manusia yang mensyukuri nikmat tuhanku Allah.

sering manusia menginterpretasikan perjalanan hidupnya pada sebuah kata yang digabungkan menjadi melodi ayat yang gemersik maknanya.maka akan bertambahlah blog janaan minda yang mampu membina satu gelombang generasi perobah ditengah arus meterialistik ini.minda2 para hamba yang mengaku da'ie dan seharusnya mengaku da'ie,semakin menguasai arena dakwah maya ini.selamat bersolusi wahai da'ie2 segar,buah minda kalian yang ranum berguna untuk generasi kecil yang baru berjinak2 menyingkap tirai dunia reality.semoga janaan minda yang kalian cuba lontarkan menjadi pemangkin kepada persoalan perobahan.

"jalan dakwah itu bercabang2,si da'ie perlu kreatif dan bersedia mental fizikalnya"