Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Monday

sisipan cerita di tirai2 Ramadhan

bertempur bersama LANDAS di malam 31 ogos:

(Part 1)

alhamdulillah diberi lagi peluang untuk meneliti seinfiniti nikmat Rabbul Alamin,di bumi "merdeka" bahkan di bulan kecintaan para mukmin juga kerinduan para ahli ibadah,keRahmatan NYA yang cukup aggung,mana mungkin bisa di balas dengan seumur hidup sujudnya kita.malunya,'seumur hidup' takkan cukup untuk menganding balas nikmatNYA yang tidak pernah putus,tapi masih sahaja 'mengegakgempitakkan' kezaliamn ke atas dirinya kita sendiri.

ALLAH Huakbar! laungan jihad menggegar di lubuk hati.panggilan 'tempur' dari sahabat menitip di hujung corong alat komunikasi itu.

"minta tolong enti handle PERISAI malam 31 ogos ni,boleh?"

usai terawih,kami berangkat menuju ke destinasi.malam itu agak tenang.tidak seperti malam2 sebelumnya.bumi minden di kawasan APEX itu sentiasa di kunjungi hujan.membuatkan,sekitarnya kedinginan,penuh nikmat.cuma, belum saja kepulan wap2 putih keluar dari mulut,paling tidak pun,cukup memaksa anda berlapiskan dua stokin dan sweater ala seragam Sonata.

wakil yang kelihatan dari Universiti gah dengan gelaran APEXnya itu,cuma menghantar wakil 'secupak' kata orang.semuanya muslimat.dan semuanya atas inisiatif sendiri,sama ada dari segi pengangkutan mahupun dari segi perbelanjaan.bagaikan geng2 rempit yang besedia di lereng2 jalan,berkelompok dengan jeket eksekutifnya masing2.wakil Jundi di kepulauan pineng,bakal menggempur lubuk joli RNR di seberang perairan pulau,di malam 31 ogos,Malaysia yang merdeka.

"apa yang adik faham tentang erti merdeka?"

senyuman naqibahku yang comel,dengan renungannya yang redup,namun cukup mengambarkan ketegasan dalamannya.si adik kecil lelaki,dalam lingkungan 14 tahun itu,tersengih2,tersipu2,tidak keruan dirinya,ada yang sudi bertanya mesra dengan kelompok2 basikal rempit mereka.

Friday

sisipan cerita di tirai2 Ramadhan

si kecil yang jujur:

si anak kecil,sungguh bersih bicaranya.tiada yang mempu tersembunyi dari layar mindanya.pengamatan yang berjaya ditafsir,menjadi cerita pada setiap persoalan yang dituju kearahnya.si kecil yang jujur,ceritanya tidak bohong

"akak...akak.nak beli tak minyak wangi?"

kekusyukkan naqibah membacakan topik bedah buku untuk usrah grand nanti terganggu oleh kehadiran si kecil molek di lewat 11 malam.selitan usrah yang tidak beralasan untuk dibatalkan di lewat terawih itu.semua mata tertumpu pada susuk kecil dihadapan.anjung masjid menjadi sunyi,hanya kedengaran rintikkan hujan yang renyai.kipas syiling juga angin pukulan hujan mendinginkan suasana.bicara si kecil menarik perhatian sekumpulan muslimah yang sedang berusrah.terukir senyuman2 kasih dibibir muslimah2 itu.semuanya hampir kenal anak kecil itu.sering berada di anjung masjid,kalau tidak pun berada di sekitar masjid bermain2 dengan kawan seusianya.kali ini memaba barang niaga yang bakal dipersoalkan oleh sekumpulan kakak2 usrah itu.

"adik,mai duduk sini na.urmm adik dapat minyak wangi ni dari siapa ye?"

soal salah seorang ahli usrah.

"dari abah..." lebar senyumannya menyebut kata 'abah'.

baru sebentar tadi aku melihat anak kecil itu dipimpin oleh seorang lelaki muda.membawa sebuah beg pakaian,menuju ke rak yang menyimpan kitab2 al-quran.dicapainya sebuku kitab al-quran.sempat dia memerhati kearah kami,dan berlalu menghilangkan diri.kemudian muncul anak kecil itu,sambil membawa sekotak minyak wangi untuk dijual,katanya.sebotol RM 7 kata anak kecil itu.senyuman lebarnya sama seperti hari2 lalu.

sudah terlalu lewat anak kecil itu berlegar di sekitar masjid.di mana rumahnya? siapa ibu bapanya.adik kecil yang jujur mengatakan dia berada di darjah satu,kemas memakai jilbab labuh,dipasangkan dengan baju kurung,berseluar panjang.sedikit kuyup tudungnya.mungkin kehujanan sebelum tiba di masjid.

si kecil molek itu menarik perhatianku dan sahabat2 lain untuk mnegetahui cerita disebalik kehidupannya.masih jelas dalam ingatanku,adik kecil itu pernah menyapa ku ketika sedang khusyuk membaca sebuah buku di anjung masjid,sementara menanti sahabat lain menunaikan solat isyak.

"tak...yang tu abah adik" jawab adik itu jujur,ketika salah seorang sahabat bertanya lelaki yang selalu membawanya ke masjid.senyumannya tidak kendur.seolah riang dia berpeluang berbicara secara dekat dengan kakak2 yang sering dilihatnya,tapi tidak pernah berbicara secara dekat.

"mana mak? ada adik tak? adik umur berapa?..." bertubi2 soalan ditujukan ke adik kecil itu.senyumannya sedikitpun tidak berkurang.

"ibu dah meninggal.adik kecil lagi.macam ni besar dia..." sambil tangannya diangkat,ingin mengambarkan tinggi adik kecilnya.

"adik duk dengan opah.kat KL"

"abah kerja apa? n adik tinggal kat mana" soalan masih menyerang.mataku tidak berkedip menanti jawapan adik itu.seolah simpati sudah sinonim bila melihat anak2 kecil seusia itu petah berbicara menceritkan kisah hidupnya.aku dan sahabat2 lain,mulai membelek2 botol minyak wangi yang ada dihadapan.

"abah...abah...kerja,kat petronas,lepas tu,jadi polis,pas tu kat tempat kereta..."
"adik tinggal kat sungai dua..." sambil kepalanya dipalingkan kearah luar.deretan kedai dan perumahan yang berada diluar masjid merupakan kawasan yang digelar sungai dua.maka jelaslah setiap kami,adik itu tinggal berhampiran dengan masjid.

"...adik tinggal kat rumah kawan abah..."
"dulu ibu yang hantar adik p sekolah.tapi ibu dah tak da dah,jadi sekarang ni abah yang hantar" seyuman itu masih berkadar yang sama.

terbayang lagi susuk tubuh seorang lelaki muda yang datang bersama adik itu tadi.rupanya lelaki muda itu menanggung beban tanggugjawab yang besar.walau demikian,tetap sahaja dia menyediakan persekitaran masjid sebagai tempat tumbesaran anaknya.terbayang aku akan longgokan lagu2 nasyid yang kebanyakkannya lebih memihak kepada pengorbanan ibu dibandingkan dengan ayah.terbayang lagi usaha dan tungkus lumus bapa untuk menghantar aku ke menara gading ini.pengorbanan mereka juga tidak kurang badingnya dengan ibu.

seorang ayah,sanggup mengadai rehatnya untuk melihat anak2nya selesa di alam pengajian.enggan diberitakan jerit payah mereka dalam mencari sejumlah wang untuk menyarah perbelanjaan rumah dan pengajian anak2 mereka.walaupun ada suara dengung di hujung telefon,tetap sahaja ayah mengatakan dirinya sihat,walhal sudah ditahu kondisi kesihatannya,cuma enggan berterus terang kerana itu hanya perkara kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan anaknya di kampus.

aku bercadang untuk membeli sebotol minyak wangi.sahabat seusrah yang lain juga mengeluarkan wang,tapi bukan niat unutk membeli,sekadar pemberian ikhlas untuk adik tersebut.asal harga minyak wangi itu hanya RM 7,tapi,mungkin itu rezeki yang telah Allah sediakan untuk anak beranak itu di lewat malam Ramadahan.wang dalm genggamannya kini berjumlah belasan ringgit,juga ada syiling2nya.betapa gembiranya adik itu menggengam wang yang banyak ditangannya.setelah itu dia berlalu pergi.nak hantar duit tempat abah katanya.senyuman bisu muslimah2 itu menghantar kepergian adik itu.ada rasa2 yang tersimpan dibenak mereka.aku yakin,mereka juga punya rasa yang sama seperti ku.

usrah di sambung semula.naqibah membacakan perenggan seterusnya.mata semua kembali tumpu pada naqibah.

sejarah Utopia yang mejoritinya adalah penduduk muslim namun pemimpinnya adalah orang yang bukan beragama islam.bahkan begitu bersungguh2 mengerakkan usaha asimilasi terutamanya di wilayah Eritra (jika tidak silap).

usrah dipertengahan itu diganggu lagi dengan kelibatan adik kecil itu.dia menghulur beberapa keping wang ringgit yang diberi tadi,juga sejumlah wang syiling pemberian tadi.

"abah suruh bagi balik.abah tak bagi ambil.abah kata harga sebotol RM7 ringgit je.kak ambil la,nanti abah marah..."

tersentuh hati kecilku.itu bukan satu kesilapan wahai adik kecil,itu pemberian Allah untuk kalian kata hatiku.ada sebak si relung hatiku.sahabat2 lain juga berpandangan antara satu sama lain.memang harga sebotol cuma RM7,tapi kami memberinya lebih dari Rm7 ringgit.wajah itu nampak merayu ingin diambil semula wang lebihan itu.asih sahaja tangannya menghulur dihadapan kami semua.

"adik...bagitau abah,ni akak2 bagi untuk adik sekolah ya,bukan untuk abah.bagitau abah macam tu na..."

pasti lelaki itu tidak bermaksud untuk meminta sedekah.kami juga tidk bermaksud demikian.insyaalah atas dasar ikhlas untuk saudara seislam kami itu.ada sedikit kebimbangan di hati2 kami,andai ayah kepada adik itu terasa hati dengan tindakan kami.

moga ketakwaan menjadi pakaian kepada keluarga itu.




Ramadhan...medan tarbiyyah kata sisipan di usrah lewat malam itu...

Wednesday

getar si salik 2

ketenangan diskusi diganggu oleh gimitan tangis dari adik ifa.anak kecil yang baru berusia 2 tahun,tapi sudah mampu menangkap arahan orang2 dewasa.aku kagum pada pemberian itu.tetap sahaja pak cik menasihati isterinya,tidak perlu mengatakan anak itu bijak,anak itu baik dan segalanya yang mengangkat kedudukan anak itu di mata manusia,sedagkan hakikatnya tidak begitu.dari nasihat pak cik yang berulangkali dititipkan kepada mak cik,buatkan aku merasa kagum pada insan yang ketenangan wajahnya tidak pernah berubah.nasihat terbuka itu membuatkan fikiranku mengandaikan,anak2 kecil mereka pasti biasa2 saja,tapi apa yang aku alami sendiri diluar dugaanku...Subahanallah

kisah nabi khidir belum habis diceritakan oleh tuan guru.aku masih menanti.namun bicara itu terpaksa dihentikan,mungkin kerana gangguan itu barangkali.Tuan guru beranjak dari tempat duduknya,memohon izin untuk mengundur diri.sempat guru mengajakku,mungkin ingin dihabiskan cerita tadi.aku mengekori guru,pak cik juga turut serta.tuan guru masuk ke biliknya seolah ingin mengambil sesuatu.aku dan pakcik menanti penuh sabar di luar bilik guru.guru keluar membawa sebuah kotak berbentuk emapt segi tepat,dan menyerahkan kepadaku.aku terkebil2 menerima pemberian itu "...ya untuk nti..." tuan guru tersenyum melihat gelagatku yang masih kehairanan dan kebingungan.aku juga tidak mengerti apa maksud pemberian tuan guru itu.aku malu sebenarnya,mengapa tuan guru yang memberi sepatutnya murid yang perlu memberi.gembira bercampur malu,namun aku cukup menghargai pemberian itu.tuan guru masuk semula kebiliknya.aku dan pakcik kembali duduk di ruangan yang agak jauh dari biliknya.jam sudah menunjukkan pukul 1am.aku rasa bersalah,menganggu masa rehat guru.tuan guru keluar semula dari biliknya,dan duduk menghadap aku dan pakcik.dengan penuh lembut,tuan guru bertanya apa lagi persolan yang ingin ditanya.aku memohon tuan guru menyambung kembali cerita tadi.nampaknya tuan guru tidak keberatan.

aku cinta pada kisah2 itu.kisah yang bukan rekaan.kisah mereka2 yang aku rindui walau tidak pernah bertemu namun kisah2 akhlak mereka buat aku jatuh hati ingin bertemu dengan insan2 mulia di sisi Allah itu.diluar pemikiranku kisah2 itu.tersirat daripada yang zahir.mungkin agak mustahil bagi mereka yang enggan mengakui kebenaran jalan ini.justeru biar kusematkan sahaja kisah2 itu menjadi sumbuh keyakinanku.

sempat juga kubertanya,mengapa seseorang itu boleh menilai dan seolah mampu merasa apa yang dirasa juga difikirkan oleh orang lain.hanya point utama yang guru berikan,insyaalah pertemuan seterusnya akan dihurai lebih lanjut point2 itu.sampai disitu sahaja pertemuan itu...

agak berat ku tinggalkan rumah suluk itu.ada sebak yang menitip di relung hati.tidak ada bekas zahir kiraku daripada paluan taman2 syurga itu.namun aku yakin,"...ambil berkat..."kata tuan guru.tidak mengapa,mungkin diuji kesabaran ku disana.tidak sabar ku membuka hadiah pemberian tuan guru itu.pasti bersebab apa2 tindakkan tuan guru.andai mereka memahami pasti mereka sebak menemui perjalanan ini,kerana inilah jalan fitrah seorang hamba yang sebenar.

tiba dirumah,mak cik pula yang tidak sabar untuk mengetahui isi hadiah itu.entah ada rasa bersalah yang menyinggah tiap kali menatap pemberian itu.teringat kembali hadiah ku untuk tuan guru yang tidak seberapa bahkan masih sahaja membuat pertimbangan antara keperluan diri dan adab berguru.kubiarkan mak cik yang membuka bungkusan itu,aku hanya menanti penuh debar.

"...subahanallah!!!..." mak cik mengelurkan wang RM100,dan manik tudung yang berkilau dari dalam kotak,dan sehelai kain sarung yang berlipat kemas.aku tergamam,sekali lagi,bagaikan layar filem yang berputar,menayangkan kembali pergolakkan hatiku ketika ingin memberi sama ada RM 20 atau RM 50 sebagai hadiah untuk tuan guru,dan nasihat peristiwa daripada kisah 2 keping roti rabiatul al-adawiyah yang dibalas oleh Allah menjadi 20 keping roti...satu tamparan hebat buat kezaliman diriku...ada sekeping nota didalamnya "...pemberian ikhlas,jangan kata apa2..."
satu hempapan kemas menujah dadahku,membuatkan nafasku sesak,lantas menggetarkan otot2 di hujung bibirku.ada takungan air di kelopak mataku,genagannya membuatkan penglihatku berkaca2.aku terdiam seribu bahasa.membiarkan perasaan ku menyerap hikmah2 yang tersembunyi.

sebak itu,bukan kerana nilai wang ringgit dan harta dunia yang ada di dalamnya,namun titipan hikmah disebalik pemberian itu,juga titipan nasihat rohani dari tuan guru.satu teguran berhikmah bagiku...

Tuesday

sesuatu...

jika diteliti perjalanan hidup ini,tak kan cukup masa dunia ini untuk mengenali hakikat kehambaan.seorang makhluk ciptaanNYA yang bergelar insan,mungkin sudah terjatuh hati pada persoalan itu,hinggakan merontalah inkurinya untuk mencari sang penciptanya.dan pengertian demi pengertian tersingkap disebalik pencarian.sudah namanya fitrah penciptaan manusia.diciptakan juga atas dasarnya cinta dari lubuk segala cinta.seorang hamba membawa jiwanya memerhati ciptaan2 kekasih yang ingin dicintainya,mudah benar menggelembung rasa keinsafan dirinya sebagai seorang makhluk,mudah tertunduk dan bergenang air mata,membiarkan rasa2 itu meresap keseluruh jasadnya.wahai makhluk yang berjaya memartabatkan status dirinya sebagai hamabnya Allah,pertahankanlah pandangan tauhid itu,kerana begitu banyak musuh2 yang mengintai kebahagian jiwamu berdakap dengan sang penciptamu,begitu ramai yang mencemburui kebahagiaan hakikimu,justeru,badai yang kengkadang mengoncang jiwamu,patrikan pengertian bahawa,itu cuma sekadar ujian tahap kecintaan juga kehambaanmu padNYA,sebenatar sahaja badai itu,justeru pertahankanlah khusyukmu,usah biar badai2 itu menarik tumpuanmu daripada khusyukmu.Allah pasti mempermudahkan perjalanan seorang hamba yang ingin menujuNYA.

Saturday

jangan meninggalkan zikir

"jangan meninggalkan zikir,kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir,sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir"

semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingatan terhadap Allah,kemudian naik pula dari zikir dengan kesedaran ingat,kepada zikir yang disertai rasa hadir,dan dari zikir yang disertai rasa hadir hingga lupa segala sesuatu selain Allah.dan demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

memindahkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain(darjat), zikir adalah satu2nya jalan yang terdekat menuju Allah bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim Alqusyairy berkata, zikir itu simbol wilayyah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sehatnya permulaannya dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang emnyamai zikir sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal.sedang kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat diatasi.

"berzikirlah kamu kepadaKu, nescaya Aku berzikir kepadamu"
Al-Baqarah 152

"aku selalu mengikut sangkaan hambaKU terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKU"
hadis qudsi

jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian) Akupun akan berzikir padanya dalam diriKu dan jika ia berzikir padaKu di depan umum,Aku pun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya dan bila ia mendekat padaku sejengkal Aku mendekat padanya sehasta, dan bila ia mendekat padaKu sehasta,Aku mendekat padanya sedepa,dan apabila dia datany kepadaKu dengan berjalan,Aku datang kepadanya berjalan cepat(berlari)


Abdullah bin Abbas berkata "tiada satu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hambaNYA melainkan ada batas2nya,kemudian bagi orang2 yang uzur dimaafkan bila tidak melakukanny, kecuali zikir maka tidak ada batas,dan tidak ada uzur yang boleh diterima untuk tidak berzikir kecuali jika berubah akal (gila).


"bagi orang yang sempurna akal ialah mereka yang selalu berzikir kepada Allah sembil berdiri, duduk dan berbaring di atas pinggangnya"

Ali-Imran 190-191


" wahai sekalian orang yang beriman berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak2nya zikir.dan bertasbihlah (mengaggungkan) Allah pagi dan petang"


yakni pagi, siang,petang, malam, didarat,di laut di udara,pergi dan tidak pergi,yakni pada segala tempat dan masa,bagi yang kaya,miskin,sehat,sakit,terang2gn atau sembunyi dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.



wahai wanita...

jiwamu lembut mudah benar diguris sesuatu yang juga lembut,apatah lagi sesuatu yang tajam.sesuatu yang boleh jadi berupa kata2,perilaku insan lain bahkan orang terdekatmu,juga pada apa yang kau lihat.sunguh mulus telus hatimu dalam menyerap sesuatu apa yang berlaku.

jiwamu yang mulus itu,menjadikkan kau sungguh istimewa.jika jiwamu diamanahkan oleh jasad yang menetap pada prsekitaran yang mendidik akhlak mulia,maka trbentuklah jiwamu juga seprti itu,bagai air jika diletak pada selider gelas,maka berbentuk selinder lah ia,jika diletak pada bekas bersegi empat,maka begitulah betuknya.

wahai wanita,jadilah kau muslimah soleh yang memilih ketaatan bukan kefasikan.pemberian dua pilihan dalam penyempurnaan kejadian.maka berkeraslah kau memilih yang taat.

jiwamu yang telus itu,miliki samudera cinta yang terhampar luas.boleh didiami oleh pelbagai kejadian,yang tampak indah pada pandanganmu,jika kau lihat dengan pandangan mata zahirmu.lautan cintamu itu,boleh kau canai dengan membina tangkai2 cinta menuju cinta ILLAHImu...pasti kesatuan cinta yang asli membuatkan kau bahagia tidak terperi.bak jiwa Rabiatul al-adawiyyah,sentiasa mekar cintanya pada pemilik cinta yang satu.

wahai wanita yang cukup indah kejadiannya,teguhkan hatimu dengan didikan yang tegas pada nafsuhmu.cantas segala angan yang bisa menghala keinginanmu pada dunia.nyatakan pada nafsuh mu itu,aku tidak akan mngikutimu,aku adalah hamba kepada khalikku.rantailah kesemua nafsuh yang diamanahkan,kembalikan ia pada asalnya,nafsuh mutmainnah.

wahai wanita,kau cantik jika kau soleh.hawa cukup anggun kerana akhlaknya.menegur adam yang cuba mendekatinya,kerana jiwanya dipatri dengan kebesaran tuhanNYA,hingga mampu menjentik jiwa si adam,malu lantas berfikir.jejaklah kekuatan rohani hawa,rabiatul al-adawiyyah,aisyah humairah,siti khadijah dan ramai lagi srikandi mulia yang boleh kau contohi.

wahai wanita sunti yang indah.wangianmu sering cuba dihidu oleh lawan jantina kejadianmmu.itu adalah fitrah,kerana kita dicipta dari tulang rusuk mereka,jesteru tarikkan amat kuat andai kau dekat dan mendekati mereka.mereka juga lemah bila berhadapan dengan mu,hanya mereka2 yang jiwanya tidak kan berpaling hanya dengan ALLAH.jesteru wanita yang soleha,akhlak indah yang kau cuba bentukkan dalam dirimu,janganlah kau niatkan untuk medapatkan insan pendamping yang juga soleh.biarlah urusan itu DIA yang tentukan.jangan kau cuba2 mendekati jurang hitam itu,walaupun jiwa remajamu mendesak,meronta ingin mendekati.indah bagaikan taman bunga yang mengeluarkan aroma harum,namun dalamnay cukup dipenuhi duri2 yang tidak mengenal insan yang memasukinya.biarlah,kau jauhilah taman itu,jika tidak terperi meronanya jiwa mu ingin merasakan cinta,sulamkan ia dengan cinta pada RABB mu,carilah jalan2 cintaNYA,bawa jiwa mu yang mulus dalam pencarian,kerana pasti akan ditemukan jalan2 itu.

buatmu wanita yang halus jiwanya,penuhkan kalimah2 ALLAH debenakmu,agar ia menjadi penegurmu dalam kau memerlukan.fikiranmu jang kau layan andai itu semua tidak membwa manfaat untukmu,percayalah syaithan laknatulah selalu mengintai titik kelemahanmu,wasapadalah pada setiap perbuatan.diteliti setiap tidakan juga timbulan rasa.jangan dilayan pada angan,keinginan dan kemahuan nafsuhmu.sekali kau melayan,sekali itu diminta lagi,hingga kau merasa ianya adalah biasa.waspadalah pada setiap tindakkan.

"kita harus sentiasa beristigfar,berhati2 dalam urusan,mengikut orang saleh,mengikut ajaran dalamannya dan menjaga hati dari segala godaan"
Sheikh Muhammad Baba syamsi

Friday

sesuatu yang perlu dinilai

alhamdulillah,diberi kepadatan masa yang tidak tersisa.satu pantulan syukur tidak cukup rasanya.sungguh unik perjalanan hidup yang telah disusun rapi oleh tuhanku Allah yang merupakan Tuan bagi segala kerajaan.sempat menimbul pengertian demi pengertian di balik kengkangan masa yang berpanjangan.Apabila menyedari bahawa itu juga adalah keizinan darinya,semakin menebal rasa aggung yang siap disaluti oleh baldu kehambaan terhadap Khaliku Allah.pasti sahabat2 lain di luar sana lebih peka akan kehadiran2 ilham juga pengertian di sebalik kepadatan masa sehari hari.

kadang2 fikiran yang sarat dengan perancangan dan sedang khusyuk melaksanakan assigment,tugasan,projek dan sebagainya, diterjah oleh sebuah pengertian.

"kesibukkan yang berpanjangan,ada kah masamu untuk melaungkan kalimah itu,yang khusus untuk tuhanmu? adakah hasil kesibukkan ini akan kau bawa keliang lahadmu? wahai insan,sedarilah,kau sibuk tika ini,tiba masa itu nanti badanmu yang sibuk itu akan kaku!"

benar,hari itu pasti dan yakin akan tiba.rugi menghambakan jiwa sepenuhnya pada pekerjaan yang niatnya bukan kerana Allah.semata2 ingin diiktiraf bertanggugjawab oleh rakan sepasukan?semata2 ingin meraih kepercayaan oleh ahli kumpulan lain? semata2 ingin memuaskan hati pensyarah? semata2 ingin menyiapkan tugasan kerana itu termasuk dalam kredit pengijazahan? jika dikupas lebih dalam akan niat itu,sungguh payah rasanya mengerti sebuah pengabdian yang jernih.

pelajar melihat identitinya sebagai pelajar.yang dilihatnya adalah praktikal,assigment,projek,ijazzah dan segalanya yang bersangkut paut dengan kehidupan yang zahiriyyah.

ada yang sekadar melihat kehidupan ini hanya satu perjalanan,yang akan berputar kembali mengikut kemauan dan persepsi mereka,walhal hukum2 kehidupan itu sudah jelas tertera pada agama islam yang syumul,tapi di kerat mana yang ingin oleh nafsuh sahaja.ini dua golongan manusia yang mengaku hidup ini sementara,tapi enggan mengakui adanya peraturan yang perlu dipatuhi kerana adanya akhirat,kerana merasa berat dan menyekat kebebasan nafsuh mereka jika mereka iktiraf.siapa golongan ini? boleh jadi mereka yang beragama selain islam,dan mereka yang islam keturunan sahaja.

ada yang melihat kehidupan ini sementara,justeru ada yang perlu mereka kerjakan sebelum tiba hari kematian jasad itu.kemudian dicari,digali segala ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan selepas dunia ini,dan semua itu terdapat dalam islam.

jika aku melihat pergerakan zakiriyyah para pelajar2,sering timbul dalam fikiranku, aku punya firasat ingin menjelaskan apa2 lagi yang tidak jelas pada pemahamanku akan tugas ku sebagai seorang hamba,tapi adakah mereka juga punya fikiran yang sama?

kengkadang,pergerakkan yang pantas setiap student yang berlegar disekitar kampus,membuatkan aku insafi akan sifat kejadian manusia itu sendiri.kepantasan itu akan kaku suatu hari nanti.

jesteru perlu bahkan wajib diselak kembali lembaran2 sejarah kehidupan yang telah dilalui sehari2.bagai si ahli accounting,budget merupakan document terpenting untuk melihat sejauhmana perbelanjaan yang telah dilakukan.dibandingkan antara yang dirancang dan perbelanjaan yang sebenar,sama ada berlakunya kelebihan dari yang sepatutnya ataupun sebaliknya.hasil daripada budget itu tadi,disitu ahli accounting akan membuat keputusan perbelanjaan bagaimana yang harus dirancang,agar perancangan kali ini memenuhi apa yang dirancang,bahkan yang penting tidak melebihi dari perbelanjaan yang telah dirancang.

jika diaplikasikan master budget ini dengan kehidupan si hamba,pasti dapat dilihat kesilapan mana yang perlu diperbaiki.di bahagian mana si hamba ini tersilap.mudah pengertian,slot muhasabah diri perlu sentiasa diluangkan,kerana kesibukkan itu kengkadang akan melalaikan kita bahwa hidup sebenarnya tinggal sebentar,mungkin 2 tiga hari lagi,atapun beberapa saat lagi...walhal masih saja tenggelam dalam kesibukan...

luagkanlah sedikit masa untuk memuhasabahkan diri.di usai2 solat fardhu adalah masa yang sesuai untuk dinilai kembali perjalanan yang telah dilalui.kemudian titipkanlah sedikit bahkan lebih baik diperbanyakkan zikir juga selawat keatas baginda.jika punya kelapangan,berilah sedikit masa untuk diri mengikuti kuliah2 agama,jika tidak pun bertemula dengan sahabat2 yang diyakini baik akhlaknya.luangkanlah sedikit masa juga dengan merenung pencipta alam ini,kerana itu juga merupakan antara zikir yang bakal menenagkan hati kita,berpesan2 juga saling ingat mengingati juga adalah antara zikir yang sipi.bahkan yang lebih baik dari yang terbaik adalah,zikir yang berterusan didalam hati,walaupun tidaklah sekusyuk mana,tetapi adalah lebih baik daripada tidak berzikir sedikitmu.kerana melupai Allah itu adalah jauh lebih besar dosanya.insyaalah zikir yang tidak sekusyuk mana itu akan ditingkatkan nilai kekusyukannya.

"orang yang bijak adalah orang yang sering mengingati mati.orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dan mengawal hawa nafsu"

wahai Allah
tuhan yang menciptakan diriku
juga tempatnya aku kembali
andai aku lalai dalam perjalanan ini,pasti yang ruginya adalah aku
tapi,aku enggan merasa rugi kerana syurgaMU
zalim sungguh andai kumerasa rugi kerana syurgaMU
Allah ku
malu andai aku merasa rugi selain keranaMU
walaupun itu yang Engkau telah dedahkan
aku malu
kerana aku rugi tidak menghambakan jiwa sepenuhnya padaMU
walhal Kau yang menciptakan segala peluang itu
aku malu kerana sering melepaskan peluang itu
kerana kejahilanku ya Raab

goncangkanlah hatiku yang lalai dari mengingatiMU ya Raab
agar goncangan itu mencelikkan hatiku yang makin buta dek selaput nafsuh
agar goncangan itu mengetarkan ulu hatiku
agar rasa itu menuju lagi ke lubuk itu
agar lubuk itu kembali tenang dengan titisan air mata yang dingin

Sunday

aku cuma makhluk

makhluk yang hebat daripada segala makhluk,yakni si insan,tapi maksudnya yang pelupa.hebat kerana akal juga jiwanya,hinggakan syaitan pun terlopong apabila Adam menyebutkan nama2 yang tidak pernah diketahui oleh syaitan tapi tetap sahaja syaitan itu enggan sujud,kerana egonya yang menggunung,walhal kebenaran itu nyata dihadapannya...nah! kalau kita juga enggan mengakui satu2 kebenaran walhal tampak jelasnya,seperti apa kita!

satu keputusan yang tekad,namun cukup polos bila ku imbas kembali.keluar daripada gelanggan mujahid itu,akui mereka.entah kekuatan tekad itu darimana datanagnya.asalnya bertindak demikian kerana melihat keberantakan gerak kerja yang tidak berhaluan,membabi buta,hanya ingin bersaing dengan kampus yang lebih gah gerakkannya,kononnya mereka menjunjung selogan 'jika mereka boleh buat mengapa kita tidak boleh buat',walhal jika dilihat kapasiti ahli yang agak kereeot dan pulus mania orang kata,hanya berbekalkan asaan semangat yang sekadar rasa mungkin.

lagi satu hujahku konon,bukan aku lari dari kelompok biri2 itu,aku masih sahaja berada di selingkungannya.wah! mereka siap menuduh...'enti sekadar ingin beramal,enggan menyampaikan!" sungguh pedih kenyataan itu,mulailah si ego mengintai2 disebalik kejujuran,mulailah ia ingin menampkkan diri dipertengahan diskusi hangat itu.arh! pantas dia menyepak si ego yang mulai mengintai kejujurannya yang hampir tercabar."cukuplah,ana tak mau terus membicarakannya,ana tak tau macamana hendak dijelaskan,apa2 pun maaf....teruskan saja perjuangan kalian.jalan perjuangan itu bukannya satu,bahkan perjuangan yang besar itu adalah melawan hawa nafsu!" terketar2 suara itu menahan pendirian yang semakin tercabar.

pedih rasanya dituduh yang demikian.mungkin salah ku juga,begitu sempit pemikirannya,begitu terkunci bibirnya,begitu mencengkam perasaannya,takut terhiris perasaan sahabat bisik hatiku.keputusan itu sudah cukup menghiris hati2 mereka,tidak perlu kutambah dengan pengakuan jujurku lagi.tapi...arh! terkesan sungguh aku dengan kata2 itu "semuanya perlukan bukti,tapi kata2 enti tiada bukti.ana tak puas hati,ana nak faham" keras sungguh jiwa si naib presiden lujnah tarbiyah itu.amat sesuai dirinya berada diposisi itu.

dan selang beberapa minggu kemudian,hampir layu tekad itu,kerana sering sahaja fikiran kromok ini berfikir tentang tindakkan ku sendiri.satu hujah yang cukup basic kiraku...hatiku tiada disana,dalam gerakakkan2 itu...bolehkah mereka mencarikan hatiku yang hilang itu?bolehkah mereka menjawabkan soalan untukku jika disoal oleh mungkar dan nangkir akan keberadaan hatiku dalam setiap pekerjaan??? segalanya semakin pudar,hujah2 itu semakin pudar,adakah hidayah? penat sudah fikiran ini berperang.entah mana yang benar...juga cukup terkesan titipan doa si ukhti tarbiyyah itu "kita cuba amalkan doa rasulullah,mohon ditunjukkan yang benar itu adalah benar dan yang batil itu adalah batil"....

kecelaruan disatu sudut fikiran itu semakin tidak ku hirau,kepenatan barangkali.biarkanlah,ada perkara lain yang harus aku fikirkan.matlamat hidupku...suka ku menguntaikan "hidup ini adalah mencari mati yang sempurna" mati yang sempurna?suka benar si hati kecil juga minda itu memotong ayat menjadi lebih padat dan kecil,yang diambil cuma yang menarik inkuriku sahaja. ya,mati yang sempurna? jika aku katakan hidupku untuk menjadi hamba abdi yang sempurna? bagaimana?

fikiran itu akan terus bermain...bermain dengan teman sepermainannya,si akal.diambil saja barang2 mainan yang disukainya dari sekitar,kemudian di main2 sesukanya,sungguh menarik mainan itu,kerana mainan itu cukup memuaskan si pemain.

dan aku si makhluk,juga akan terus dibawa bermain dengan akal2 itu.tapi aku ingin iman yang menjadi akalku.perlu satu anjakkan paradigma pastinya...


baru ku tahu


alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghadiri hari graduasi kelas Perbandingan Agama anjuran IPSI (Islamic Propogstion Society International).

sungguh terharu kesungguhan brother kamaruddin selaku tenaga pengajar juga merangkap president IPSI begitu bersungguh2 dalam melahirkan generasi pendakwah yang mengetahui selok belok juga simpang siur agama kristian dan Judaisme.

satu peluang yang cukup lumayan dari Allah,kerana jika kita dapati kelas2 seumpama ini di luar,seperti lubuk pengajian lain,memerlukan sedikit imbalan wang,tapi berbeza dengan kelas ini .Mungkin boleh dikira dengan jari sebanyak mana sumbangan yang diperlukan oleh kelas ini daripada murid2nya .bahkan yang lebih mengharukkan,bahan2 ilmiah juga pengajian yang diperlukan,semuanya atas tiket percuma.bak kata luhur brother, "kami tidak meminta apa2 dari kalian,cukup kalian memanfaatkan ilmu ini dengan sebaiknya,kerana diluar sana masih ramai yang tidak mengenali islam" mungkin titipan berbaur pengalaman beliau sendiri.teringat luahan sayu brother akan pemergian ayah beliau yang tidak sempat mengucap dua kalimah syahada sebelum hembusan nafas yang terkhir.jelas tergambar kesedihan yang dalam menusuk,kecantikkan islam yang Allah kurniakan pada beliau tidak sempat di kongsi bersama dengan orang yang amat beliau sanjungi.

usai solat maghrib, aku mengambil tempat duduk yang ditempatkan di meja bernombor 8,alhamdulillah berkesempatan berdampingan dengan si ukhti yang satu2nya berpurdah hitam itu.disebelah kananku pulak seorang kakak master yang agak popular di kalangan aktivis2 dakwah muda mudi.pantas terlintas diskusi nasib umat islam di selatan Thai beberapa hari yang lalu.kiranya boleh ku bertanya lebih lanjut berkenaan dengan diskusi itu, kerana hari penting itu tidak dapat kuhadiri memandangkan tuntutan lebih mengauliyatkan aku untuk menempatkan tumpuan jasad juga rohani di gerai Expo Ict tersebut.

sementara menanti kedatangan VIP,masa terluang itu kugunakan dengan mencedok sedikit ilmu dari akak aktivis yang duduk disebelah ku.agak teruja aku ditempatkan semeja dengan akak ini,kerana izzah murrabi beliau cukup membuatkan aku kagum dengan personalitinya.kali pertama melihat akak ini,ketika menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh angkatan pemuda islam (API),kuliah kesedaran berkenaan dengan gejolak2 yang berterusan terhadap umat islam yang berhampiran dengan malaysia sendiri,contohnya Thailand,Mayanmar,China dan sebagainya.bermula dari situ jiwa keinkurianku sering melonjak2 ingin berbicara secara personal dengan akak ini.bagai tersimpan satu lombong emas yang tertutup rapi di balik wajah yang mempesonakan itu.pernah juga ku berangan ingin menjadi sepetah akak ini,agak lucu jika ku fikirkan.namun fitrah manusia,sering ingin mencari idol untuk dicontohi.

entah,merasa sedikit terkilan barangkali,rupanya akak ini juga tidak mengikuti diskusi itu.fikirku,pasti mereka2 ini yang menganjurkan diskusi itu,lintas melintas nama saudara Nurrudin Muhhamad jika tidak silap,tiap kali mendapat maklumat jemputan ke majlis2 diskusi seperti ini.namun kali ini rupanya dianjurkan oleh ABIM kalau tidak silap,gabungan sekali dengan PUM (persatuan Ulama Malaysia).tapi tidak mengapa,pasti ada ilmu lain yang lebih mencabar kiraku...

seingatku,seperti yang disampaikan oleh sahabat2 yang sempat menghadiri diskusi itu,penyampainya adalah dari kalangan pelajar patani itu sendiri,dibawa oleh badan2 NGO dengan gabungan PUM (persatuan ulama malaysia).tapi aku sendiri tidak pasti,benarkah mereka itu pelajar,masih adakah peluang aktivis2 ini untuk menduduki pusat2 pengajian yang semuanya dibawah kerajaan Thai itu sendiri,sudah pasti mereka tidak diberi peluang untuk mendapat pendidikan.perasaan hiba mulai menular di dalam hatiku,apabila membandingkan keselesaan pelajar2 di malaysia jika dibandingkan dengan pelajar2 islam di Patani,entah masih kah berpeluang mendapat pendidikan.

akak itu tidak banyak mengulas berkenaan diskusi itu,mungkin ketidak hadirannya juga menyukarkan beliau untuk memberikan isi2 yang penting.tapi apa yang menarik perhatianku,akak ini membawa aku menjelajah ke pandangan keperihatian yang lebih luas.beliau sempat menyentuh isu umat islam Rohignya (kalau tak silap eja) di China.saudara2 islam kita ini juga tidak kurang hebat, penindasan daripada kerajaan china keatas suku etnik yang lebih sinonim dengan islam ini.suku etnik Rohignya ini menetap di satu kawasan terpencil di bahagian China,dan mejoriti daripada mereka adalah beragama islam.agak menyedihkan,salah satu cara penghapusan umat islam sekaligus suku kaum etnik ini adalah dengan menindas golongan2 minoriti ini dan menggalakkan suku kaum Han untuk bermaustatin di kawsan tersebut.aku hanya mampu melahirkan perasaan terkilan,apabila menyedari tindakan sesetengah kerajaan yang diberi kepercayaan penuh oleh rakyat untuk membela dan merubah nasib mereka,mengkhianati bahkan menindas sendiri golongan ini,dengan alasan melihat satu2 kelompok rakyat itu berpotensi untuk menguggat kerajaan.

akak itu menyambung lagi,kalau saya tidak silap,akak itu maksudkan golongan minoriti orang2 islam di Mayanmar.gologan ini juga agak daksyat penindasannya.yang sedihnya,mereka bukan ditindas kerana status kaum mereka,tetapi status agama mereka.mungkin pengaruh title teroris itu sudah mendarah dagging dalam diri mereka2 yang bukan islam dan bahkan bangga menggelarkan diri sebagai anti-islam.jesteru yang menjadi mangsa adalah umat islam yang minoriti di negara2 bukan islam.kononnya takut minoriti ini berkembang mempengaruhi mejoriti dan bertindak ganas menentang kerajaan kerana bagi mereka islam itu adalah teroris.

akibat penindasan yang berterusan,golongan ini akhirnya melarikan diri melalui laut.dalam tempoh pelarian,ada yang mati kerana ketidakcukupan bekalan makanan.sedih sungguh jika kita membayangkan situasi saudara2 kita ini.mereka sanggup menanggung keperitan ini semata2 ingin pertahankan iman yang benar di dada mereka.kita bagaimana???

mengikut PBB telahpun menyediakan pas pelarian untuk mereka2 yang melarikan diri dari negara masing2 untuk mendapatkan pelindungan.pelik! disediakan pas? tapi mengapa tidak menggunakan kuasa beto mereka itu untuk mengambil tindakan keatas negara2 yang berindak kejam keatas rakyatnya sendiri.jika takut akan berlakunya sentimen keagamaan,laksanakan saja atas dasar kemanusiaan.bukankah itu laungan yang mereka aggung2kan,bahkan siap mengatakan islam itu tidak memberikan hak2 kemanusiaan kepada individu kerana penglihtan cetek juga dayus mereka keatas sesetengah hukum islam. tidak mustahil tindakkan keanak2anak mereka ini,manakan tidak yang mengepalai PBB itu sendiri adalah negara yang memberikan status teroris kepada umat islam.jesteru saudaraku,perlukah kita bergantung pada negara yang kononya mengaku polis dunia itu? perlukah ada lagi kepercayaan pada badan bertopeng itu? pelik! masih sahaja menganggotai badan bertopeng itu

tidak puas rasanya bersembang dengan akak itu,berkobar semangatku dengan perkogsian baru itu.terbuka sedikit ketertutupan mindaku.pertemuan di graduasi itu juga menganugerahkan aku seggumpal semangat untuk terus bersama saudara2 ku.

sempat fikiran kurang matangku bertanya pandangan akak ini berkenaan dengan tindakkan demonstrasi.satu saluran yang cukup berkesan untuk menyuarakan pandangan.namun masih ada lagi pihak yang meraggukan tindakkan ini.jika yang halus,lembut juga sopan sudah tidak dihirau dan didengar,jangan dihalang tindakkan yang lebih agresif dari pihak yang benar ingin menegakkan kebenaran.kadang mereka yang punya kuasa,ego untuk menerima kebenaran disebabkan kebenaran itu bakal menjejaskan kedudukkan mereka.

akak itu juga sempat menghuraikan tindakkan kerajaan malaysia yang harus dipuji.tapi sayangnya melaksanakan atas dasar perintah dari badan PBB itu juga.Malaysia antara negara yang menerima dan membela nasib pelarian2 itu.satu usaha yang perlu dipuji,namun nasib kewarganegaraan juga hak2 permastautin mereka masih belum ada undang2 mahupun akta yang membicarakannya (allahualam) badan2 NGO juga harus di tabik sumbangan mereka,kengkadang badan2 inilah yang memulakan satu2 isu yang tidak disedari oleh kerajaan malaysia.

agak lama juga sesi diskusi tidak rasmi itu.suka benar aku dengan santapan2 ilmu sebegini.satu kesedaran yang amat berguna.tindakkan bermulanya dari kefahaman,dan kefahaman bermulanya dari pengetahuan.

baru kusedar,mahasiswa itu juga punya suatu kekuatan dan gelombang yang luar biasa.sudah tentu gelombang bermula daripada kecil tapi punya tenaga yang luar biasa...

sempat akak itu menitipkan beberapa web site yang boleh dikunjungi,insyaalah sahabat2 lain boleh cuba layari :
http://www.muslimaidasia.com
www.soldier-of-muhammad.blogspot.com

Saturday

ratapan si pencari


Wahai yang menciptakan diriku
satu kefahaman yang aggung KAU kurniakan pada minda hamba kerdilMU ini
pengertian yang mengajak aku ingin terus mengenaliMU
semakin aku temui,semakin aku cintai,rindu pada kecantikkan aggungMU
oh Allah bagaiman ingin kugambar luapan tawaduk padaMU
tangisan yang laju menuruni lereng pipiku itu
tidak puas menggambarkan ketajaman rasa hinaku
oh yang menciptakan diriku
aku mencintai rasa itu
rasa yang menampakkan kehebatan aggungMU
rasa yang membuatkan aku ingin terus bermain dengan air mata keinsafan
sungguh asyik aku bergelumang dengan ratapan itu
namun...benar,janji2Mu amat benar
tidak seseorang itu dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji
aku bukan seperti hamba2 kecintaanMU yang kukuh cinta mereka
yang cintanya dialasi kemantapan ilmu dan iman
aku cuma seorang hamba yang mendasari cinta padaMU atas suatu rasa semata
ya mungkin sebab itu,segalanya mudah bergoncangan
oh Allahku
begitu sukar rasanya mempertahankan sebuah perinsip yang KAU ajarkan
semata2 ingin terus menggenggam sifat kehambaan itu
Allah
adakah aku mengeluh dengan ujianMU,ujian yang belum berat jika dibandingkan dengan para kekasih2MU