Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Saturday

Getar si Salik 1

adakah wujudku disana,tanpa wujudnya jiwaku disana.melangkah sekadar mengikut jalan dihadapan.otakku mungkin sudah letih membuat pertimbangan.mudah akur pada perjalanan.rupanya aku sudah tiba di rumah itu.rumah baru,punya sisa2 jejak suluk yang menusuk kerinduannya.ada mungkin setetes risau di lubuk yang dalam.risau kerana aku masih di sana.masih tidak berganjak dari rumah yang sekadar punya kisah2 suluk.rindu ada menusuk2 di dalam hati itu,tapi lebih dikuasai rasa risau,segan,malu yang sebati tergaul di lampung jiwa itu.tiada ceria dihujung bibir.seolah tiada jiwa gembira aku di tempias rumah suluk itu.maunya mungkin terus ke rumah kerinduanku itu.si rumah suluk yang satu2nya mendodoi jiwaku yang sering disepak terajang oleh rakusnya dunia kampus dan luar.terngiang2 bisik suaraku pada barisan ayat wasiat Syeikh Abdul Wahab Rokkan,...salah satu adab dari berpuluh adab,sekiranya kalian sampai di satu kawasan,maka orang pertama yang perlu kamu lawati adalah alim ulama dinkawasan tersebut...arh! bergetar lagi lampung kerisauan ini.kali ini makin bergunung.aku kerisauan,masih tidak ada jiwaku untuk mengunjungi insan terhormatku.namun jauh di sudut hati,ada ingin yang mempamer wajah rindu pada insan itu.bagaiman harus aku suarakan,kerana disitu bukan miliknya hartaku.adat musafir,yang sering menumpang,punya hak yang sering dibatasi oleh perimbangan hak tuan rumah.arh! kejamkah andaian itu,walhal mereka adalah saudara terdekatku.rumah itu adalah milik pak cik bogsuku.pak cik yang cukup rapat dengna ku di usia hingusan dulu.pak cik yang kini mengangkat darjat kecintaanku pada beliau,kerana membawa aku di perjalanan yang sunyi tapi indah.hampir setiap saat ada saja esakan rindu yang memujuk2 jasad ingin terus menetap di suluk itu.

aku malu,seolah cuba mengarahkan beliau untuk mengikut perintah inginku.memenuhi tuntutan adab,dalam masa yang sama memenuhi rinduku yang menusuk.aku harus robekkan selaput gundah pada pertemuan itu.aku rindu pada bicara itu,bicara yang melopongkan mulut ku,bicara yang membawa lari fikiranku jauh pada hakikat sebenar kehidupan.hakikat sebenar kejadian,hakikat sebenar kehambaan,hakikat sebenar seorang murid.oh guruku...beliau sungguh mempesonakan fikiranku yang sungguh dahaga pada titisan ilham yang luas.

satu jawapan yang menambah rasa bersalahku.seolah tidak layak,tuan rumah pulak yang bertanyakan keinginanku,seterusnya beliau akan memenuhinya.oh pak cik seperjalananku,beliau cukup memahami adab yang perlu ku pelajari lebih banyak dari beliau.akhirnya,meluncur juga kereta sevy nan comel itu menuju kerumah rinduku.

pantas otak ku berligat.apa yang harus kubicarakan pada guru.apa yang harus ku suarakan pada guru.sekadar bertemu,bertanya khabar? itu sesuatu yang lagha.di sepanjang perjalanan itu juga,aku berkeinginan bertemu dengan seorang lagi muslimat.kadang hatiku memberontak terkilan,mengapa jarang benar muslimat turun,hingga kengkadang membuatkan aku kesedihan tidak berteman andai berkeinginan mendodoi jiwaku disana.aku juga sudah sedia dengan hadiah kurangku andai dibandingkan dengan ilmu yang bakal beliau kongsikan.hanyalah sebungkus kekacang,yang kiraku boleh dijamah oleh guru di waktu suluk itu.makanan dari sumber tanah,tanpa adanya dari suber haiwan.juga sedikit hadiah yang asalnya ku jumlahku hanya RM20.tapi hatiku kurang senang,alangkah sedikitnya jika dibandingkan dengan perkogsian beliau nanti.baru petang tadi ku mengelurkan perbelanjaan ku dalam RM100.niatku ingin ku hadihkan juga untuk pak cik dan kelurga.benar,bukan mudah kita menyerahkan apa2 yang disayangi.tapi masih saja egoku mengatakan tidak,aku tidak menyayangi harta itu.walhal,tanpa bicara,jelas resah hati itu ,mengambarkan maksud yang tersirat.susah rupanya memujuk hati yang rakus.itu nafsuh barangkali.

enjin dimatikan.sudah tiba rupanya.arh berdegup kencang jantungku.aku bakal bertemu guru.makin tidak keruan hatiku.apa yang haru ku bicarakan?adakah berbaloi hadiahku dengan RM 20 itu? jika kuberi Rm50,perbelanjaan ku di kampus nanti bagaimana? disinikah konsep tawakal itu?....entah berubi2 pulak persoalan yang timbul dalam kekalutan itu.ada suara2 jemaah lain di dalam rumah.rancak saja bicara mereka.jiwaku pulak rancang dengan getarnya.sesuatu yang lain jika niat datang hanya satu raih bukan bersuluk.aku malu,rasa bersalah juga ada.

di bahagian muslimat.riangnya hatiku bertemu ustazah dan anaknya.ada sumbuh cinta pada insan2 di seperjalanan ini.aku sungguh mengasihi mereka.tapi cepat kendur rasa itu tika itu,mungkin gatar itu menyejukkan kehangatan perasaan.aku banyak berdiam diri dihadapan insan2 yang harus kumuliakan.selagi tidak bertemu guru,selagi itu jiwaku gundah.Allah,wangian suluk itu sungguh menerbitkan rasa2 dahulu,rasa juga kenangan jiwa yang mulus dalam mengkoreksi diri.fikiranku secara automatik mengawal segala adab2 suluk.bayangan wajah guru membuatkan aku sedar adab yang perlu ku asa kembali.rasa itu sedikit demi sedikit mengalir ke lubuk asalnya dulu,hingga membuatkan segala saraf bertindak balas,bagai layar yang berputar laju di skrin wayang,menyalut kembali segala rasa2 yang terkhakis di arena luar suluk.ada genangan air mata di kelopak mata itu.tapi kusembunyikan,sebakku tak tertahan,aku palingkan wajah dari mereka,sedih tidak diizinkan percutian yang agak panjang itu untuk mengasa kembali makam2 hatiku.

aku harus bersedia.pak cik sudah mengisyaratkan,sebentar lagi kami akan bertemu guru.arh! jantungku makin berdegup kencang.apa yang haru ku perkatakan dihadapan guru? biar kubersedia dulu dengan hadiah kecilku untuk tuan guru.fikiranku berperang,antara RM20 atau RM50?aku juga berfikir untuk perbelanjaan ku,juga niat hadiah untuk pak cik ku.mereka lebih memerlukan kiraku.tapi siapa yang harus dimuliakan lebih.teringat kisah Rabiah,2 keping roti,balasannya 20keping roti...itu beliau bukan aku yang masih zalim...arh aku tekad,guruku!

akhirnya,kaku aku di hadapan tuan guru.tapi tidak beradab ku biar ruangan itu sunyi tanpa bicara,sedang ada penantian disana.jemari itu kemas bermain utasan tasib.berketik2 bunyinya memecah kesunyian.
"tuan Guru,pertamanya saya mohon maaf,sebab dah lama ada kat sini,tapi tak datang melawat tuan guru.saya mohon maaf" cukup dasar kiraku harapan itu.seperti biasa wajah lembut itu mengukir senyumannya.aduh agak terpanah lagi rasa bersalahku itu.seolah melanggar adab yang besar.

tidak banyak kubertanya di awal pertemuan.mungkin hati di dalam masih dingin.tuan guru memahami,lantas pantas sahaja bertanya dengan mak cik di sebelah.lega hatiku.kumenanti cetusan idea daripada persoalan muslimat lain.pada bicara yang agak panjang,akhirnya hati dan fikiranku semakin menguasai persekitaran,mulai hangat persoalan2 yang timbul daripada kebekuan fikiran.

"tuan guru,maaf nak tanya,sebenarnya persoalan ni dah lama saya fikirkan,tapi saya tak tahu jawapannya.Allah dah atur segala2nya dalam dunia ni.kalau Allah dah janjikan kejayaan bagi kita,untuk mencapai kejayaan itu,Dia juga yang memberikan segala kekuatan dan menyediakan segala keperlua untuk kejayaan itu.jadi dimana usaha kita?maaf tuan guru,saya tak faham" teliti guru mendengar perbicaraanku.bagai suara anak kecil yang meminta gula2,aku kerdil di hadapan tuan guru.aku takut,banyak adab yang kulanggar.ada senyuman nipis di hujung bibir tuan guru.

guru"betul,semuanya itu hakikatnya adalah Allah.Ayu dengar cerita ni.ada seorang hamba Allah.beliau bermimpi yang dia akan meninggal pada umur 70 tahun.umur orang itu akan genap 70 tahun pada esok harinya iaitu pada hari sabtu.kemudian,setelah terjaga,hamba Allah itu,memohon dengan penuh kesungguhan,agar dilanjutkan usianya,dan tidak dimatikan pada umur 70 tahun.hamba Allah itu berdoa dan terus berdoa,hingga tidak disedarnya,rupanya hari yang sepatutnya beliau meninggal telah luput tarikhnya,maka beliau pun selamat dari ajalnay,bahkan Allah lanjutkan usianya hingga keumur 100 lebih.memang Allah dah tentukan takdirNYA,tapi tetap sahaja boleh diubah,andai kita berusaha bersungguh2 dengan solat hajatnya,dan doanya"

" jadi tuan guru,doa itu la senjata kita..." "benar..."
"tuan guru,saya agak risau dengan soal pemikiran saya.adakah benar segala resolusi yang saya lakukan,adakah benar cara saya berfikir tentang satu2 masalah,adakah benar cara saya bertindak terhadap satu2 resolusi" "...semuanya secocok..." tasbih dijari jemari tuan guru masih sahaja berlaga antara satu sama lain,jari itu tidak pernah lekang dari utas tasbih itu.

aku takut bertanyakan soal makam2 ku,pasti berada ditahap zero.kubiarkan jemaah muslimat lain mengambil alih ruang persoalan.mungkin masih ada gentar di sudut2 hatiku.ustazah agak kelelahan,menanggung sakit dada yang agak memeritkan.kesukaran beliau untuk bernafas,jelas tergambar di susuk2 wajahnya.penat,kata beliau,usai berdepan dengan tuan guru.pak cik juga menemani pertemuan itu.antara adab menghadap guru.tuan guru mengulas agak panjang berkenaan dengan keadaan ustazah.fikiranku bagai terbuai pada gambaran guru berkenaan dengan posisi organ dalaman ustazah.teringat aku akan tokoh ilmuan yang tidak asing lagi,Ibnu Sina.bapa perubatan pertama yang mengetahui kedudukan organ2 dalaman manusia.dengan mata yang terpejam,sambil tasbih tidak putus dimainkan dijemari2 itu,meluncur jelas gambaran segala saluran darah,juga kedudukan jantung,bahkan kembang kecut peparu ustazah.dan tepat,mengatakan apabila cecair itu mulai naik,maka terbatuklah ustazah.ya benar.aku lihat sendiri di depan mataku.aku terpukau pada kasyaf itu

banyak perkara yang ku kongsikan dengan tuan guru juga ahli jemaah muslimat yang lain.agak tinggi kiraku pada perkogsian itu.
"jika mereka mengetahui,sebenarnya dunia ini diciptakan kerana Rasulullah saw,dengan Nurnya muhammad,kemudian mereka mengetahui asas bagi ajaran Rasulullah itu adalah zikir,yakni merupakan tapaknya,sedang solat itu tiangnya,pasti mereka akan ikut jalan ini."

sempat tuan guru titipkan ilmu untuk para sahabat.
"firmannya Allah,kalau bukan sebab Nabi Muhammad, tidak diciptakan dunia. sedangkan Nabi Muhammad mengetahui seribu bahasa kerana dunia ini jadi dari Nur Muhammad.Tuhan kata kalau tidak kerana Nabi Muhammad tidak dijadikan dunia.ertinya segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad maka sangatlah wajib.kerana zikrullah ini,13 tahun Allah ajar nabi,seterusnya baru baginda di Isrq Mikraj pada 27 Rejab,di waktu itu ada perintah solat 50,tapi di kurangkan hingga 5 rakaat sahaja.sedangkan zikir dipanggil tapak,solat sebagai tiang.yakni awaluddin makrifatullah iaitu maksudnya awalnya adalah zikir,kemudian baru diikuti oleh solat.walaupun solat telah di kurangkan hingga 5 waktu sahaja,tetapi pahalanya sama juga dengan bersolat 50 rakaat..."
guru pernah ingatkan,apa2 kata guru harus diteliti dalam2,baru difaham maksudnya.aku bertambah yakin,zikrullah itulah tapak bagi hati manusia.tapi amalannya zikrullah itu,bukan mengikut suka sendiri2.jika Allah mengajar Rasulullah,kemudian Rasulullah mengajar para sahabat,kemudian dari sahabat diturunkan pulak kepada tab'in,daripada tabi'in diwariskan pulak kepada para tab'i tabi'in daripada tabi'tabi'in turun pulak kepada salafus salleh dan aku mengerti...mengapa Rasulullah mengatakan ulama itu adalah pewaris para nabi.jika Al-quran dan hadis mendapat jaminan penjagaan daripada Allah,pasti ulama2 yang membawa pokok ajaran Rasulullah itu sendiri juga masih dalam jagaan Allah.dan aku yakin,jalan ini benar untuk dilalui,perlu untuk dilalui...

baru ku faham,mengapa kekuatan umat Muhammad di zaman dahulu amat berbeza jika dibandingkan zaman sekarang...

0 comments: