Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Tuesday

1 juta 5 ratus,5puluh 9 ingatan=1 hari


masih sahaja bermain2 dengan resolusi kecil. diberi lagi satu naskah pengertian,kemudian disediakan satu hamparan pengamatan, dan meluncurlah si akal,hati,rasa, jiwa dan segala macam kelengkapan untuk mencetus satu resolusi.

hari2 adalah tugasan untuk menilai dan terus menilai.dan alhamdulillah diberi satu uji kaji untuk menilai pemikiran manusia.aduh! itu bukan bermakna empunya diri mau di puji,cuma mau kiranya membawa para 'jiwa2 yang peka dan minda2 yang suka pada satu pengamatan'

alhamdulillah diberi kudrat untuk menghadiri kelas LSP 300 pada jam 2pm tadi.sesi group discusion yang tergendala pada 2 minggu lepas diteruskan pada petang itu.alhamdulillah group saya sudah terlepas dari ketegangan presentation,dan giliran kami menyaksikan presentation group seterusnya.

pemilihan topik adalah bebas.agak teruja saya menantikan isu topik yang cuba dibangkitkan,kerana mejoriti pelajar yang bakal mempersembahkan hasil mereka adalah daripada kalangan pelajar chines.bukan kah satu pengamatan yang mengujakkan,dengan melihat operasi minda mereka?

kumpulan pertama, membawa isu "wajarkah seorang wanita bekerja?" dan syarat diskusi harusnya wajib mempunyai 2 kumpulan yang mana kumpulan pertama harus menyokong dengan isu tersebut,manakalah kumpulan kedua harus tidak bersetujuh dengan topik tersebut.

penumpuan saya agak kurang untuk kumpulan pertama,memandangkan suasana yang agak melesukkan.lagipun fikiran ketika itu lebih tertumpu pada permintaan seorang junior yang mahukan terjemahan surah al-furqan.permintaannya lebih menarik perhatian bagi saya,nasib baiklah terjemahan al-quran saya ada titipkan bersama untuk persediaan kelas petang tajwid.tumpuan pembacaan saya semakin tertumpu apabila menjumpai ayat 7-10 yang secara ringkasnya mengambarkan pandangan juga persepsi orang2 kafir terhadap perutusan Nabi Muhammad SAW.Allah mengambarkan pengertian orang kafir terhadap orang2 pilihan Allah,yakni haruslah orang itu punya kedudukan,kekayaan,kehormatan,kehebatan dan segala macam bentuk andaian yang lebih bersifat keduniaan.dan hanya dengan terpenuhi persepsi2 mereka terhadap perutusan yang bagaimana harus bagi seorang pilihan Allah,kemudian baru mereka beriman.walhal disitu juga Allah telah menegaskan,bahawa hanya Allah yang mengetahui,keadaan yang bagaimana harus Dia berikan kepada hamba2 pilihanNYA.justeru satu resolusi yang Allah cetuskan,insyaalah boleh dijadikan falsafah hidup bahawa,manusia akalnya dangkal.kebenaran yang tampak dihadapan tetap enggan diterima,boleh jadi kerana ego yang menguasai,dan boleh jadi jahil menempati.Na'u zubbillah himin dzalik

saya tidak menyedari,rupanya keasyikkan saya itu diintai oleh kawan non-muslim saya disebelah.dia tersenyum,dan bertanya "apa yang awak baca?" sambil tangannya pantas menyentuh kitab terjemahan itu. saya mengatakan "ini adalah terjemahan al-quran,kitab panduan bagi kami,orang islam" dia sekadar mengiyakan,dan tersenyum.kemudian mengarahkan lagi tumpuannya dihadapan.

kumpulan seterusnya mara ke hadapan.tidak sedar rupanya sudah kumpulan yang kedua.kali ini,tumpuan saya agak ditarik,kerana juru bicara yang mungkin selaku ketua kumpulan,pandai menarik tumpuan pendengar.isu mereka "beauty is more importan then intelligent" dari topik saya sudah tidak bersetuju dengan statement itu.

diskusi dimulakan,saya tertarik dan menutup kitab terjemahan.
"i think that beauty is more important then intelligent.because,as we can see now day,most people who are in appearances is beautiful is more successful and glamor then the intelligent people.as an evidence the importancy of beauty,we can see that government had spend a lot of money to make a beauty contest to encourage people use this beauty part as a one of the key to successes"

apa pandangan kalian? mentaliti seorang mahasiswa.jika difikir secara logik,adakah kecantikkan itu boleh dijadikan ukuran untuk menilai tahap kebijaksanaan juga keberjayaan seseorang?

dan pelbagai lagi hujah demi hujah untuk menyokong statement ini.

kumpulan seterusnya pula membicarakan isu 'pengguguran' "is abortion should be legalized in malaysia?" saya agak 'termengeluh' dan cuba membuat penilaian peggangan kawan2 chines ini.jika dari pengamatan kita,ada antara mereka yang baik etikanya.tapi sumber daripada didikan itu daripada mana? jika kita,umat islam,sudah tentu Nabi Muhammad merupakan kudwah hassanah dalam segala aspek kehidupan,bahkan dalam soal pemikiran sekalipun.tapi bagaimana mereka yang tidak mempunyai panduan,tapi ada sesetengah daripada mereka yang punya sifat lebih baik dari orang islam itu sendiri?

satu cetusan yang masih samar.fitrah...manusia fitarh kejadiannya adalah baik.maukan yang baik,sukakan yang baik.tapi,mengapa mereka tidak pernah mencari makna hidup itu sendiri? mengapa mereka tidak cuba memikirkan agama yang sedang mereka anuti,walhal persekitaran masyarakat majmuk yang mejoritinya adalah melayu islam,sesetengahnya ada yang berpegang teguh dengan agama dan mempamerkan identiti agama islam sebenar,mempamerkan keindahan agama,dan mempamerkan satu personaliti juga identiti yang lebih baik bahkan boleh diterima oleh akal dan lebih selesa diterima oleh akal.tapi,sejauh manapun persoalan itu,jawapannya tetap satu,dengan izinNYA Allah.kedudukan kita pada hari ini juga jangan terlalu dibangga2kan,kerana yang membolak balikkan hati itu adalah Allah.tapi satu pelebur gundah untuk hati saya,bahwa Allah itu sifatnya Ar-Rahman dan Ar-Rahhim,bahkan kasih sayangNYA mengatasi kemurkaanNYA.

"sometime we should take this abortion action.because maybe the girl espacialy still not ready to got a baby. for example, the girl who a still in secondary school and realize that she's going to pregnant.i think that, abortion should not be prohibited to her,because she is still young and will not get ready yet to have a baby"

agak merisaukan jika inilah mentaliti mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan di masa hadapan.

saya teringat satu lonjakkan semangat bagi para da'ie yang berstatus mahasiswa dalam sebuah buku yang bertajuk "peranan seorang pelajar".

"Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa tamadun bangsa BABIL dan FIR'AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsabangsa itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir'aun tidak lagi dilihat kesannya.Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya. Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnaka itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah."

"Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan sematamata,
bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam."

seolah satu bebanan yang agak berat menghempam bahu juga jasad yang lemah.kefahaman memperlihatkan satu jalan panjang nan berliku2 di hadapan."...tapi dengan sombongnya,manusia ingin memikul bebanan ini..."

kekecewaan berangkali,jesteru saya membuka kitab terjemahan itu semula.

"semua orang islam,wajib baca ae kitab ni? u faham tak kalau baca"

"urmm...semua kita wajib baca sebenarnya.sebab dalam ni telah diterangkan tujuan kita hidup di dunia"

nampaknya, kawan india perempuan sekumpulan dengan saya agak tertarik dengan terjemahan itu.tanpa segan silu,dia terus mencapai kitab itu dari tangan saya,dan membelek2 isi kandungannya.

bermula dari surah al-fateha.saya membiarkan.tapi sungguh berkeinginan melihat reaksinya.kemudian selesai membaca terjemahan al-fateha,pergi pula terjemahan al-baqarah.dia membelek,belek dan terus membelek.kemudian sampai satu ayat dari bukaan rawak,dia cepat2 menutup terjemahan itu,dan pantas menyerahkan kepada saya.

"ish! takutlah.dalam tu dia cerita pasal pembalasan.saya takut nak baca2 macam tu."

saya tergelak melihat reaksi Vithiyyah.satu2nya pelajar india di kelas yang mejoritinya adalah chaines.sedang pelajar melayu boleh dibilang dengan jari,bahkan tidak sampai 5 jika ditolak dengan seorang lelaki melayu.

"sebenarnya tu adalah satu peringatan dari Allah.Allah dah ingatkan pada kita,kalau kita berbuat dosa,maka itu lah balasannya."

"sama macam bible.dulu saya ada kawan dengan sorang perempuan christian.dia sangat kuat agama.hari2 dia baca bible.kakak tu memang alim la.dalam bible pun ada juga cerita2 pasal pembalasan"

bersemangat sungguh kawan saya menceritakan pengalamannya.saya teringat segala titipan ilmu yang disampaikan oleh Brother Kamaruddin dalam kelas perbandingan agama.saya agak terkilan dengan diri saya,sebab kebanyakkan fakta berkenaan dengan agama hindu sangat samar2 dalam kotak ingatan saya.jadinya saya tidak berani untuk berhuja panjang,sekadar bertanya bilangan tuhan yang dia sembah.

"errmm,apa yang vitiyah faham berkenaan dengan kristian?" saya menyoal bersemangat sungguh dia memberi jawapan.kelas semakin tidak terkawal,masing2 dengan bicara mereka.barangkali mereka hangat berbahas sesama sendiri berkenaan topik yang dibentangkan.kami pula sibuk membicarakan soal agama.lecterur juga hanyut dalam diskusi.

saya kurang ingat apa jawapan yang diberikan oleh vitiya,tapi secara kesimpulannya,dia cuba mengetengahkan soal ketuhanan jesus yakni isa sepertimana yang diterangkan oleh kakak yang dia maksudkan.

"sebenarnya,orang keristian ni berpegang kepada 4 perkara kalau saya tidak silap.iaitu yang pertama konsep trinity.vitiya tau apa itu konsep trinity?"

dia sekadar menggeleng

"tuhan 3 dalam 1.dari apa yang orang kristian percaya,mereka mengatakan tuhan itu adalah jesus,jesus itu adalah tuhan,dan jesus adalah nabi isa,maknanya nabi isa itu adalah tuhan,dan kemudian dalam masa yang sama roh kudus itu juga adalah tuhan.roh kudus itu adalah tuhan,jesus juga adalah tuhan,dan tuhan itu adalah jesus.faham tak?"

saya tersenyum,dia juga tersenyum.sama2 tak faham.

"iya la tapi dorang anggap tuhan itu tetap satu kot"

"ok kalau macam tu..mereka mempercayai bahawa nabi isa itu adalah tuhan.dan dalam masa yang sama mereka mengatakan tuhan itu adalah esa.bukankah kat situ mereka telah menduakan tuhan? dan mengikut perkara kedua yang mereka percaya,bahawa manusia ini sejak azali adalah berdosa.dan penyaliban nabis isa,juga perkara ketiga yang mereka percaya,adalah untuk menebus dosa manusia.maksudnya,nabi isa mengorbankan diri kat situ untuk menghapuskan dosa manusia.jadi kalau macam tu,nabi isa yang mereka anggap tuhan,mati mengorbankan diri dengan disalib,jadi siapa tuhan? bagaimana tuhan boleh mati?then siapa tuhan kat sini,yang mematikan dia?boleh tuhan mati"

"eh tak!kak tu kata,mereka tak menganggap nabi isa itu sebagai tuhan.tapi sekadar utusan dari tuhan.sebab dalam bible pun ada sebut macam tu .mereka percaya tuhan itu adalah satu dan nabi isa itu sekadar utusan.dia tak sebut macam tu"

ok,kalau macam tu,mereka anggap nabi isa sebagai utusan tuhan,maknanya mereka akan ikut semua apa yang dikatakan atau dilakukan oleh nabi isa la kan?"

"urmm betul!"

"ok,kalau macam tu,dalam bibel sendiri,banyak diterangkan perbuatan2 nabi isa yang sepatutnya mereka ikut tapi macamna hari ni?kebanyakkannya mereka tak ikut contohnya dalam bersembahyang sendiri,macam mana akak tu sembahyang?..."

"urmm,ada,kak tu ada sembahyang.saya pernah masuk sekali dalam gereja.tengok dorang sembahyang macam mana.duduk berdoa,lepas tu ada lagu2..seronok.."

"ok,diorang duduk dan genggam tangan kan,urm tau tak macammana contoh sembahyang yang nabi isa ajar?ada disebut dalam bible sendiri,yakni cara sembahyang dia sebiji macam orang islam buat sekarang.dengan rukuknya,dengan sujudnya,kena ambik wuduq.saya tak ingat book mana yang menerangkan cara sembahyang mereka yang sebenar."

"ye ke,yang tu saya tak tahu pula"

"jadi kat sini,apa yang kita dapat?sumber yang menjadi bahan rujukkan kita tu daripadamana? kita kena pastikan sumber yang kita berpegang teguh padanya itu adalh benar.contohnya macam al-quran ni,dalam ni detail diterangkan tujuan kita hidup,dan segala2nya diterangkan dalam al-quran..."

agak panjang kami membicarakn soal kristian.saya cuba memperlihatkan dia beberapa ayat quran yang menerangkan tentang keEsaan Allah,kejadian2 yang menjadi bukti Allah itu lah tuhan Y Esa,dan alhamdulillah tepat terbelek ayat yang memerintahkan wanita harus menutup aurat,dan ciri2 bagaimana tudung yang dibolehkan,penjagaan aurat harus pada siapa,dan banyak lagi...alhamdulillah,satu kesempatan yang cukup berharga bagi saya.juga satu teguran yang cukup halus dari Allah.moga kita terus dalam kondisi yang mengaggungkanNYA.

banyak perkara yang berlaku pada hari ini,yang bakal menjadi simpanan memory manusia.bak kata Tuan Guru,"manusia boleh mengingat sampailah satu juta lima ratus,lima puluh sembilan ingatan dalam satu hari!" "jadi maksudnya kat sini Tuan Guru,kita kena manfaatkan lah sungguh2 kurniaan Allah ni,ye Tuan Guru?" ..."errmm betul..." senyap lagi di corong sana...

kemudian dipetang hari,sebelum masuknya waktu asar,Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan junior yang meminta terjemahan surah furqan.saya terkejut dan tertanya2,kenapa? sebab baru hari ini dia bersungguh2 mau dapatkan terjemahan itu.

pertemuan kami diaturkan dalam suasana yang sungguh tenang.dia hadir dengan senyuman seperti hari2 biasa.tapi petang itu,senyumannya lebih manis,bahkan wajahnya sungguh ceria.bagai ada cerita indah yang mahu diluah.

kami bersalaman.saya tidak semena2 terus bertanya,"kenapa?"

dia duduk mengambil posisi.dan tersenyum lagi.

"kak..malu la nak cerita.ishhh..." sambil tangannya menutup wajahnya.saya semakin kehairanan.dia tidak pernah macamni.sifatnya yang agak kebudak-budakkan sudah dia maklum.tapi petang itu agak kelainan nakalnya.nakal malu seorang gadis.

"ok la..actuly when last time i go back, somebody had 'risik-risik',or tanya2 something like that la.u know my aunty, she came to my house last when i go home,and then she ask me to be her menantu! i really suprising,u know...i never expect that...kak tau kan last time the cousin that i told u,the 'waraq2' one, ye dia rupanya...Ya Allah i sangat2 tak sangka.but actully i had accepted he. i don't know,why he choose me,because among my cousin,im the one who is very 'chiki' u know.see u also know me,macam mana kan..dia pula alim sangat2..."

tak pustus2 cerita dia.jadinya apa kaitan dengan surah al-furqan?.tak terjawab lagi soalan saya.tapi apa2 pun,Alhamdulilllah,moga dipermudahkan segala urusan.saya bergembira dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan pada junior ni.insyaalah,dengan adanya satu ikatan yang 'bakal' akan lebih menjaga hati2 para muda mudia yang jiwa juga perasaannya suka benar pada bicara2 ini.

kaitannya dengan surah al-furqan ayat 74,merupakan task yang diberikan oleh si lelaki kepada bakal pasangannya...insyaalah moga segala2nya beransur niat kerana Allah.moga dijauhkan daripada kelalaian hendaknya...

sebelum pulang,bertemu lagi dengan seorang sahabat.kerinduan katanya...

"ana nak mesej nti,tapi tak de kredit.ana nak tanya satu benda ni.nti sibuk ke?ana nak tanya sangat..tak boleh tangguh2 kena hari ni juga..."

"berkenaan apa nti???..."

Ya Allah,sesungguhnya hari2 itu punya kisah2 yang berbeza.dipertemukan insan demi insan,pengertian demi pengertian,perosalan demi persoalan...dan saya meresolusikan hidup ini cukup indah jika terus bersoal jawab denganNYA,melalui penciptaanNYA2,kejadian2NYA dan segala ritma hidup walau sekecil2 mana pun.dan suka saya istilahkan,perjalanan ini penuh dengan formula kehidupan.formula "Qalb" amat complicated dan bersimpang siur persamaannya untuk menghasilah satu jawapan,tapi cukup indah sebenarnya...Alhamdulillah...


Friday

harus tetap sabar


"harus tetap sabar melaluinya..."

kata yang sering menyejukkan hati.ya harus tetap sabar melalui kehidupan ini.sering bermenolong si hati,adakah ini kesan dalam perjalaan ini?jesteru ombaknya semakin dakhsyat memukul tebing2 pasir yang mudah terhakis.

pernah saya terfikir,sampai bila agaknya diri ini kuat untuk terus mempertahankan sebuah taat,sebuah khusyuk dan segala nilai seorang hamba? sudah tentu jawapnnya hinggah nafas terhenti.kenapa ada keluhan dihujung2 pengharapan,sedang hati sering sahaja katakan "redhalah atas segala ketentuanNYA" adakah itu satu kedustaan akan prinsip diri "kejernihan dalam ibadah"

nampaknya masih banyak ruangan2 diri yang belum diteroka.adapun kawasannya mudah benar ditumbuhi lagi oleh lalang2 yang tumbuh meliar.mungkin kunjungan yang kurang bahkan diabaikan,justeru bukan satu kehairanan semak itu mudah meliar lagi.
perlu apa sebenarnya nafsuh itu?kemudian sepintas lalu saya terfikir, "nafsuh itu sungguh degil,bahkan zalim enggan mengaku tuhannya adalaha Allah,maunya diletak ke dalam neraka lapar beratus2 tahun dahulu kemudian baru ia mengaku Allah adalah tuhannya,walhal sebelumnya telah dimasukkan ke dalam nerak sejuk,kemudian dalam neraka panas.degil bukan.jeseru mengapa kita masih ingin menurut katanya,inginnya? bahkan kita tahu benar kesan buruknya andai menurut segala mahunya.sudah dikatakan "nafsuh itu arahnya lebih kepada kebinasaan,apatah lagi jika ia berganding bahu dengan syaitan."

tapi andai akal bagi nafush itu adalah iman,ke mana agaknya mahunya nafsu?jika tidak, manakan pula Allah mengatakan "wahai nafsuh mutmainnah,kembalilah kamu kepada tuhanmu..." dia,nafsuh,kebinasaan adalah recananya,namun dia,nafsuh,juga yang akan kembali dengan penuh kesucian menghadap tuhanNYA.wahai diri,nafsuh itu ada didalam mu,bersama mu...tanggungjawab besar untuk kau pandu ia menuju tuhanmu.

jesteru apa pula itu bisikkan syaitan,kata2 iman,juga bicara akal? satu persoalan yang pernah saya suarakan pada sang guru.seperti biasa,ada senyum dihujung bibir."sampai waktu,ayu akan dapat bezakan bagaimana panggilan2 setiap daripadanya"

mungkin saya kurang sabar untuk terus menanti,atau mungkin boleh jadi saya biar perkara itu hilang begitu sahaja,atas alasan nafsuh mempengaruhi.alangkah zalimnya diri,enggan mengaku silapnya sendiri

bahkan masih sahaja dalam persoalan,membolak balikkan sebuah keyakinan yang sudah terpacak kukuh.kukuhkah? atau sekadar mengikut.bila agaknya masa diri diberikan sepenuhnya pada yang HAK? sampai bila,jika diri sendiri tidak menghadirkan masa itu sendiri.terpukul lagi dengan kata sendiri.adakah itu katanya akal,adakah itu katanya iman?

terlalu banyak yang perlu difikirkan oleh seorang hamba.maunya fikiran itu terus menerus jaga pada setiap kejadiannya.tapi tetap sahaja mau mencuba perkara lain.pelik bukan?

Saturday

Raja Bagi Segala Kerajaan

Alam Misal


Manusia yang berada dalam Alam Syahadah di planet bumi, lebih-lebih lagi yang terkongkong dengan alam jasad, hanya memandang kepada yang zahir atau nyata sahaja. Akal fikirannya sukar menggambarkan betapa seninya jisim pada Alam Misal. Tetapi bagi seorang insan yang tinggi makamnya di sisi Allah dapat masuk ke dalam Alam Misal dan melihat keadaan di dalam alam tersebut, dan mendapati Alam Misal adalah satu alam yang boleh disaksikan dan dirasa, seperti Alam Syahadah juga. Apa yang ghaib itu apabila dibukakan ia menjadi nyata dan boleh berinteraksi dengannya. Jika ada kerusi di dalam alam ghaib itu maka kerusi tersebut boleh diduduki. Jika ada buah-buahan di sana maka buah-buahan tersebut boleh dimakan. Begitu juga air yang ada di sana.

Jisim tipis dalam Alam Misal dipanggil an-Nuur. Jisim bersifat nuur adalah jisim yang sangat murni. Ia juga merupakan benda-benda seperti benda-benda yang ada dalam Alam Syahadah. Ada yang bercahaya menyilaukan pandangan, ada yang cair seperti air dan ada yang padat seperti tanah dan logam. Tetapi ia lebih murni, lebih indah dan lebih ajaib daripada apa yang ada dalam Alam Syahadah.

Alam Syahadah yang berbataskan al-Kursi Yang Agung dengan segala isinya berada di dalam ruang angkasa Alam Ghaib yang dinamakan al-Arasy al-Majid (al-Arasy Yang Megah), yang sudah termasuk dalam peringkat Alam Misal. Rasulullah s.a.w memberi gambaran tentang keluasan al-Arasy al-Majid, “Hai Abu Zar. Langit yang tujuh dan bumi yang tujuh di sisi al-Kursi hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir luas, dan al-Kursi di sisi al-Arasy hanya seumpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas pula. Lebihnya al-Arasy daripada al-Kursi seperti lebihnya padang pasir yang luas daripada sebentuk cincin tersebut”.

Di bawah al-Arasy al-Majid terdapat pula sempadan yang memisahkan makhluk alam bawah daripada makhluk alam atas. Sempadan ini dinamakan Sidratul Muntaha ke tiga. Al-Arasy al-Majid mempunyai 18,000 tiang. Di sisi tiap-tiap tiang terdapat gugusan alam-alam yang merupakan syurga kumpulan ke tiga. Syurga kumpulan ini dinamakan Jannatul Firdaus Atas. Ia merupakan salah satu syurga yang tidak binasa bila berlaku kiamat. Syurga Jannatul Firdaus Atas menjadi sempadan terakhir Alam Barzakh atau Alam Malakut Bawah. Al-Arasy al-Majid yang di dalamnya terkandung Alam Barzakh, sudah termasuk di dalam peringkat Alam Malakut Atas.

Al-Arasy al-Majid mengelilingi satu pusat, pada satu lakaran. Pusat yang dikelilingi oleh al-Arasy al-Majid ini dinamakan Kalbu Alam. Lakaran pusingan al-Arasy al-Majid merupakan salah satu daripada seribu lakaran. Pada setiap lakaran itu terdapat satu buah alam yang besarnya lebih kurang sebesar al-Arasy al-Majid. Jadi, terdapat seribu alam-alam mengelilingi Kalbu Alam. Alam-alam tersebut dinamakan alam Arasy-arasy. Kalbu Alam menjadi pusat dan menguasai Arasy-arasy tersebut.

Al-Arasy al-Majid sama dengan Arasy-arasy yang lain terletak di dalam ruang angkasa alam yang dinamakan Alam Hijab. Alam Hijab yang mengandungi Arasy-arasy ini berada di dalam peringkat Alam Hijab yang lain pula, berlapis-lapis sehingga 70,000 lapis bagi satu peringkat Alam Hijab yang dinamakan Hijab Nur Putih. Kemudian ia diikuti oleh peringkat Alam Hijab yang lain, hinggalah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mengandungi 70,000 lapisan Hijab. Peringkat terakhir dinamakan Hijab Ketunggalan, yang juga terdiri daripada 70,000 lapisan. Peringkat Hijab Ketunggalan berakhir dengan lapisan Hijab yang dinamakan Hijab Hamparan Emas.

Alam-alam bermula daripada al-Arasy al-Majid hingga ke lapisan Hijab Hamparan Emas merupakan syurga yang dinamakan Iliyyun. Ia juga terdiri daripada tujuh tingkat seperti syurga-syurga yang lain. Di Iliyyun inilah disimpan catatan amalan orang-orang yang beriman yang baik-baik.

Di atas permukaan Hijab Hamparan Emas terdapat umbi bagi Sidratul Muntaha ke empat.
Seluruh alam yang dinyatakan sehingga ini berada di dalam ruang alam yang dinamakan al-Arasy al-Karim (al-Arasy yang mulia). Ia menjadi batasan terakhir Alam Misal.