Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Sunday

bicara dengan Guru

suasana kampus masih lengang.masih ramai pelajar yang belum pulang barangkali.bukan satu kehairanan,mungkin masing2 tidak puas melepas rindu juga melakar lagi corak2 indah di Edul Fitr bersama kelurga yang tercinta.

dia sedikit kehairanan,tiada lonjakkan2 'ingin' untuk berseronok dan melepas rindu dengan keluarga yang nun jauh merentas Laut China Selatan.apa yang perlu dilempiaskan andai tiada takungan rindu disana.apa lagi rindu yang perlu dijana,andai Ramadhan lepas bak carik2 kapas yang hanya tinggal diterbangkan,hanya rasa itu yang memenuhi benak2 takungan itu.

jika adapun rindu itu,rindu pada satu bicara yang asyiknya hingga mampu melerai air mata keinsafan.bait kata2 yang indah namun cukup menujah pada peribadi.agak tajam dan sinis bagi ego yang menggunung.dalam takungan itu hanya ada rindu pada bicara tajam yang mulus.

kenapa,kenapa perlu tarekat? wajib ke tarekat ni? berdosa ke kalau tak ambik tarekat?

sesi lunch yang dimulai dengan persoalan yang cukup berisi.dia suka pada perbincangan ini.

persoalan yang sama menujah fikirannya dulu.dia meneliti pemahaman dari pengalamannya untuk menjawab soalan tersebut.

ana juga pernah terfikir soalan ni,ana tanya dengan uncle,macam mana dengan sahabat2 yang lain kalau depa tak ambik tarekat?sia2 ke amalan depa?macam tu yang ana tanya.

nti,apa yang kita faham,tarekat ini hanya satu jalan untuk menuju Allah.tapi sebenarnya bila kita kaji sedalamnya,tarekat ini lah basic kepada pembawaan Rasulullah.ya melalui syariat juga kita boleh menuju Allah.dengan hajinya,dengan solatnya,dengan puasanya,tapi sejauh mana ibadah2 itu kita buat kerana Allah,sedang dalam hati tidak lekatpun kalimah Allah.dari pengalaman ana,zikir merupakan amalan asas dalam tarekat.kita tumpu sepenuhnya dengan Allah.kita bagi kalimah Allah ni lekat betul2 dalam hati kita.macam mana?sudah tentu dengan bimbingan Guru yang mursyid.dari situ,apa2 pekerjaan yang kita buat semunya tak lari dari ingatan pada Allah.

dia menyusun lagi rentetan pemahamannya.cuba di linkkan dari satu fakta kefakta yang berlegar di kotak mindanya.sesuatu yang bercelaru pada asalnya,kini dia semakin faham kenapa tarekat itu perlu di ambil oleh semua umat islam,dan dirinya sendiri.

kita tengok,Hassan Al-Banna pejuang ikhwanul Muslimin,dengan Al-Matsuratnya,dia punya amalan.dari mana datangnya amaln tu,kalau bukan datangya daripada amalan yang diberikan oleh guru mursyid beliau.ana tak ingat tarekat apa yang dia ambik,tapi Hassan al-banna juga ambik tarekat.sapa lagi,ulama2 dulu, Imam Al-ghazali,Imam Hanafi and so on...so kenapa kita yang biasa ni tak ambik?

dia menyoal dirinya semula.persoalan yang dituju khas untuknya dan sahabtnya.


ermm,ok ana terima yang tu.tapi ana tak puas hati lagi.ana nak tau lebih detail.ok nti kata banyak tarekat yang ada sekarang,tarekat Naqsyabandy,Syaziliyah,Qadariah n so on.kenapa? kenapa banyak sangat tarekat?

erm ana dulu pun pernah tanya juga soalan ni.insyaalah mana yang ana tau ana jawab na.ok,melalui pembacaan dan perbcagan dengan orang2 yang ahli,yang ana tau,tarekat2 ni sama je.cumanya guru2 yang berbeza,kemudian dia bercabang2 mengikut guru.tapi kita kena hati2 dalam mencari tarekat yang sebenar,sebab ada tarekat yang bukan tarekat tapi mengaku tarekat.

hu2 jadi macamna nak tau tarekat tu betul ke tak?

jumpa dengan tuan guru dia.enti tanya la semua persoalan yang nti nak,samapi nti puas hati.teliti dan kaji betul2 jawapan yang dia bagi.then baru kita boleh level sama ada ni guru yang betul ke tak.tak boleh la kita tak jumpa n tanya lagi,tapi dah kata sesat.

rancak sahaja perbualan mereka,tidak sedar makanan yang di order sudah sampai.dia agak kerisauan andai apa yang disampaikan agak berbeza dengan pemahaman sahabatnya.

bicara dunia menyelinap di pertengahan hangat diskusi mereka.bicara2 yang menyesakkan jiwa.dia tidak suka pada bicara itu.tapi hakikat yang perlu ditempuhi dan perlu difkirkan.perlukah? soal hatinya...

malam melabuhkan tirainya.mereka sudah lama membawa haluan masing2.perjalanan besok perlu ditempuh dengan perancagan yang baharu dan semangat yang baharu.dia kehairanan,makan malamnya ditemani satu rasa sayu pada bayangan guru.ada ungkapan maaf yang seolah tidak di luah sehabisnya.butir2 kenangan di rumah suluk itu mengetuk2 lagi hatinya.semakin sebak hatinya.rindu itu menyelinap lagi.alunan zikir bagai di taman2 syurga masih terngiang2 di telinganya.kekuatan yang luar biasa melawan anasir yang bertopengkan ego.ada peperangan yang sengit di dalam.tapi nampak tenag diluar.

bagai satu pukulan ombak yang besar, memecah benteng si kelopak mata.mengalir laju sahaja air dari empangan kesayuan itu.ingin benar mendengar bait2 kata dari insan yang sungguh dihormatinya.dijamah juga makan malamnya,ada tugas yang menanti pujuk hatinya.

ada 'mau' dihujung harapan,maunya Rabitha itu menjadi jambatan hasratnya.dipalu2 pintu itu dengan ucapan maafnya.tesipu2 dalam sayu...

mainan lagu "syurgaMU" dari Handsetny berbunyi.satu panggilan masuk.pantas dia mencapai handsetnya,Tuan Guru...Allah...

bukan kepalang gembiranya.mencubit2 rasa bersalanya.dia mengumpul segala persoalan yang ditujah siang tadi.mau diluah semuanya dengan Tn Guru.

Tuan Guru,tadi sahabat saya bertanya,tarekat ni wajib ke ambik?sebab saya dulu pun pernah juga mempersoalkan hal ni.

baik macam ni,cuba ayu ingat balik suarh pertama yang Allah turunkan.kat situ Allah perintahkan nabi "bacalah dengan nama tuhanMu (Allah)...".peristiwa ni nak beritahu kita bahawa perlunya kita berguru.padahal pada ketika itu,Nabi seorang yang Alim dan bijak,tapi Allah tetap memerintahkan nabi untuk baca.dan lagi satu,"dengan Nama TuhanMU" kat sini jelas kalimah "Allah" sebagai kepalanya zikir.kemudian selepas itu,Jibril diamanahkan untuk mengajar Zikir Allah selama 6Tahun."selama 6 tahun" hanya dengan zikir Allah,selepas itu,baru diajarkan nabi Tahlil.belum lagi diperintahkan solat ketika itu.makananya dalam tempoh ini,Nabi juga berguru,tapi kenapa kita pada hari ini tidak mengikut sunnah nabi yakni dengan berguru.memang pada zaman Nabi Ibrahim,Allah telah mengajarkan baginda solat sunat 2 rakaat,tetapi tidak mempunyai waktu2 yang khusus.jadi kat sini,kita boleh lihat,zikir itu yang diutamakan dahulu.diajarkan dahulu nabi untuk tumpu pada Allah.kemudian selepas itu baru nabi keluar untuk berdakwah yakni selama 13 tahun,dan pada Jumaat 27 Rejab,baru diperintahkan solat yang aslanya 50 rakaat tapi dikurangkan ke 5 rakaat,iaitu dalam peristiwa Israk Mikraj"

jadi Tuan Guru,maksudnya kat sini,sekarang ni kebanyakkan kita hanya melaksanakan syariaat?

ye,ye betul tu.sedangkan kita perlu mencapai hakikat.tapi macam mana nak sampai hakikat kalau zikir ni kita tak buat,nak buat kena la berguru dengan guru yang mursyid.barulah kita sampai kepada hakikat.tanpa hakikat tiada tiadalah gunanya syariat.contohnya Ayu tak makan tapi kata kenyang,maksudnya apa kat situ?

hu2 maksudnya dia berbohonglah Tuan Guru...

har! tu la jawapannya.tanpa syariat juga kita tidak mampu capai hakikat.maknanya kita kena belajar dua2.hukumnya alam,kalau gembira mesti ada sedihnya,kalau hidup mesti akan mati,kalau sakit mesti ada sembuhnya,semunya kena ada pasangan.macam syariat kena ada hakikat.tapi orang la ni tak ambik yang tu.nanti esok2 kat akhirat,kalau Allah tanya kamu ikut sapa? Rasulullah.jalan yang mana?,tak tau,har sekali kena bap! Allah tanya lagi kamu dok mengaji Al-quran,bukan untuk dilagukan,harus diamalkan,ni dah lah tak amal,amal pun bukan kerana Allah sebab hati tak ada nama Allah,kenapa,sebab tidak tumpu pada Allah melalui zikir ini.har sekali lagi Bap!

ada derai di hujung corong.gurauan Tn Guru semuanya penuh dengan mesej.apa yang dia hendak gelakkan,kalau semua itu terpukul pada dirinya.tersipu dia di balik corong.

satu lagi tuan guru,sahabat tadi juga ada tanya,tarekat ni banyak,jadinya boleh la pilih mana2 ye tuan guru?

orh hak lain tu sekadar ranting,sedangkan Naqsyabandy ni pokok dia.tanpa pokok maka tiadalah rantingnya.

bila diimbas kembali,pernah dia memohon dengan penuh rahsia,andai suatu masa nanti ditemukan ia satu jalan yang pernah dilalui oleh para sufi.Kisah Rabiatul Al Adawiyyah menjadi layar movie yang cukup digemarinya dulu.sangkanya zaman dahulu sahaja yang berpeluang untuk melalui jalan itu,tapi baru di mengerti rupanya mukjizat juga sunnah Rasul yang dijanji tetap dipelihara adalah jalan ini.jalan tarekat yang dibawa oleh pemangkin Rahmat seluruh Alam,Rasulullah SAW





0 comments: