Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Sunday

belajar dari gejolak dunia


SOMALIA

MOGADISHU (SuaraMedia News) - Juru bicara parlemen Somalia meminta bantuan pada negara-negara tetangganya untuk mengerahkan pasukan untuk membantu pemerintah mengalahkan para pejuang Jihad.


Menteri komunikasi Ethiopia mengatakan bahwa pasukannya tak bisa ikut campur tanpa mandat internasional.

Tetapi para penduduk Beledweyn, sekitar 300 kilometer utara ibukota Mogadishu dan dekat dengan perbatasan Ethiopia, melaporkan adanya tentara Ethiopia didekat kota tersebut.

Para pejuang Islam, dalam sebuah serangan sejak 7 Mei untuk menghalau pemerintahan tradisional yang didukung PBB dan dipimpin oleh seorang Islam moderat, Sharif Sheikh Ahmed, ini telah mengadakan serangan selama seminggu.

Link



hasil daripada pembacaan buku "Zaman Kegelapan Islam dan Kebangkitan Islam" tulisan Harun Yahya, Somalia mulai terdedah dengan islam setelah umat islam bermigrasi ke Abyssinia,bertujuan untuk lari daripada penyembah berhala di mekkah.

amat menyedihkan,jika sahabat2 mengetahui bahawa Somalia dari dulu hingga ke abad ini masih menghadapi kemiskinan yang melampau walaupun telah meredeka sejak tahun 1960.

sebelum mengecapi kemerdekaan, pada abad ke-19 Somalia telah dijajah oleh British,bermula daripada penjajahan itu,Somalia menjadi sebuah medan peperangan yang tidak pernah tamat,kebuluran dan juga penyakit. Pada tahun 1884, pihak British menakluk Utara Somalia dan Itali pula menakluk bahagian selatan pada 1887,dan seperti mana yang telah berlaku di kebanyakkan negara islam lain, ia membawa kepada zaman yang penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Aden Abdullah merupakan presiden Somaila yang pertama setelah mendapat kemerdekaan pada tahun 1960.Walau bagaimanapun penubuhan sistem pentadbiran yang adil dan stabil tidak dibenarkan.Kemudian pada tahun 1969 kuasa pemerintahan beralih kepada presiden yang kedua iaitu Abdi Rashid Ali Shirmarke.Namun selang beberapa hari kemudian rampasan kuasa telah berlaku dan tapuk pemerintahan beralih kepada Jeneral Mohammed Siad Barre melalui rampasan kuasa ketenteraan.

pertukaran tapuk pemerintahan tidak membawa perubahan ke arah kedamaian sedikitpun kepada negara Somaila,bahkan keganasan juga penindasan semakin berleluasa terutamanya semasa kuasa pemerintahan dibawah Jeneral Mohammed.

Barre melihat Islam sebagai satu ancaman ke arah merialisasikan matlamatnya yakni ingin menjadikan Somalia sebagai sebuah negara yang berhaluan Sosialis.jesteru Barre mengharamkan segala bentuk buku,majalah, mahupun akhbar2 islamik daripada diterbitkan.Golongan intelektual dan ulama islam yang menentang polisi ini dihukum dibawah hukuman Barre.

Pemerintahan Barre akhirnya berakhir pada tahun 1991.Beliau lari daripada perang saudara yang mengganas di Somalia.Keadaan bertambah buruk setelah pihak PBB menghantar 30,000 askar di bawah arahan Amerika Syarikat pada tahun 1992 hasil Resolusi Perhimpunan Ummum PBB. sepanjang keberadaan tentera2 PBB ini,7000 orang mati dan 1 juta umat islam terpaksa berpindah ke negara Afrika lain untuk mendapatkan bantuan.

sehingalah ke hari ini, perang saudara yang berlaku masih berterusan dengan keadaannya yang pelbagai.bilangan mereka yang mati semakin bertambah dari hari ke hari.masalah kritikal yang sedang dihadapi negara ini kira2 8 juta penduduk berada dalam kelaparan dan kemiskinan.Berdasarkan laporan Pertubuhan Pertanian dan Makanan PBB (FAO) tahun 2000,75% rakyat Somalia mengalami kekurangan zat,dan banjir berterusan mempengaruhi negara tersebut dengan membawanya ke arah kebuluran yang dakhsat.

Budaya tidak beragama yang sedang mendominasi dunia pada hari ini memandu manusia ke arah sikap pentikan diri sendiri.Akibatnya mereka enggan berkorban dan berusaha untukmenolong insan yang memerlukan.Budaya ini secara umumnya mencipta dua buah masyarakat yang berbeza iaitu terlampau kaya dan terlampau miskin.

Al-Quran telah menerangkan kisah mereka yang enggan memberikan makan kepada orang2 yang lapar..

"Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? iulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin" (Al-Maa'uun,107:1-3)

Atas sebab itulah usaha menyelamatkan dunia ini tidak terletak pada bahu orang2 yang mendustakan agama,tetap terletak pada bahu kerajaan yang sangat patuh pda agama dan memerintah dengan adil.Jika islam boleh menjadi kuat dan seterusnya menguasai dunia ini,ia akan menjadi penyelamat bukan sahaja kepada umat islam yang ditindas bahkan seluruh manusia yang ditindas di serata dunia.

0 comments: