Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Friday

Pengenalan Kepada Agama Hindu

kurang berminat?

Teruskan pembacaan,ada sesuatu yang ingin disampaikan.disebalik agama2 itu,ada satu keberontakan yang mendedahkan,bahawa islam itulah yang benar.mengapa mereka mencari dan mencipta agama lain selain islam?kerana mereka tidak mengetahui,bahkan sekadar mengikut kepercayaan yang membabibuta.jangankan agama lain,penganut agama islam itu sendiri kebanyakkannya sekadar keturunan semata.insyaalah perkogsian kali ini dapat menggilap kesamaran 'islam itu benar' dalam agama selainnya.

Apabila dikaji,nama bagi agama Hindu itu sendiri tidak terdapat dalam mana2 kitab peganggan penganutnya sendiri.Asal agama ini dikenali sebagai Sanatana Dharma iaitu agama yang kekal abadi dan Vaidika Dharma iaitu yang bermaksud agama berpandukan Veda.Penganutnya yang berasal di sekitar Lembah Hindus yang berdekatan dengan sungai Hindus akhirnya diambil sebagai penyebab kepada lahirnya istilah agama Hindus oleh orang Parsi(Iran) dan Arab yang datang ke India.Mengikut pandangan lain nama bagi agama ini diberikkan oleh British yang pernah menjajah India suatu masa dahulu.

Mengikut kajian juga,agama ini merupakan agama tertuan di dunia,bahkan kita juga maklum akan fakta ini.Namun yang peliknya pengasas bagi agama ini tidak diketahui walaupun telah dianggarkan berusia lebih daripada 3,500 tahun.Agak menarik perhatian penulis apabila Brother Siraj mengatakan bahawa dalam Kitab Veda yang dipeggang oleh penganut Hindu ini mempunyai unsur2 keislaman didalamnya,dan apabila dibuat perkiraan tahun kemunculan Quran dan Kitab Veda ini,ternyata kita Veda ini lebih dahulu wujud jika dibandingkan dengan Quran.Brother meneruskan penerangan beliau,boleh jadi ada nabi yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan unsur2 samawi di benua India ini,namun dicemari oleh penganutnya sendiri.walau bagaimanapun,fakta ini masih belum dibuktikan.sekadar kajian samar,tetapi jelas ada unsur keislaman dalam kitab Veda itu juga tanpa disedari oleh penganutnya.Sidang pembaca diggalakkan untuk mengkaji lebih lanjut.

Seterusnya dari konsep ketuhanan,sememangnya agama ini mempercayai Tuhan yang satu iaitu monoteisme/monotheism.Dan jika di fahami sekilas pandang ianya sama dengan konsep ketauhidan islam.namun jangan tersilap.bezanya dengan islam,agama ini memenifestasikan Tuhan dalam bentuk seperti makhluk seperti mana yang diterima oleh akal fikiran mereka,maka daripada konsep ini terciptanya kepercayaan politeisme/polytheism iaitu mempercayai tuhan yang banyak,dan menifestasi ini juga melahirkan konsep tuhan berada dimana atau segalanya adalah tuhan dan tuhan adalah segalanya iaitu fahaman panteisme/pantheism.Mereka mengambarkan bahawa ada satu tuhan yang menjadi kepala bagi segala tuhan,kemudian dibawah tuhan yang satu ini,wujud tuhan2 lain yang dikenali sebagai dewa dewi yakni yang merupakan menifestasi tuhan tersebut dalam pelbagai rupa bentuk yang telah lahir dan turun dibumi.Dianggarkan lebih daripada 35ribu dewa dewi yang mewakili segala keperluan yang perlu bagi manusia melalui kehidupan ini.konsep ketuhanan dalam agama ini mempunyai banyak kesamaan dengan mitos purba dan kisah dongeng tamadun2 silam seperti Mesir,Yunani dan Romawi.

insyaalah akan bersambung

0 comments: