Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Sunday

keberontakkan hati si salik

" setiap masa yang berlalu ku biarkan begitu sahaja.ku fikirkan dunia fantasiku yang tiada berpenghujung.dimana letak diriku yang sebenarnya? ku menunggu disini...ya Allah kau lebih mengetahui hatiku ini...apa yang ku mahu...apa sahaja kulakukan,ku mohon kau berserta denganku.tiada kelazatan dan kemanisan bila kau hilang dari hatiku...Ya Rahman,jangan biarkan aku tenggelam dalam kealpaan,kelalaian duniawi...aku masih menunggu untuk tengelam dalam lautan kerinduan pada MU...izinkan aku merasai kehadiranMu dihatiku...Ya Allah,jika sesuatu perkara itu baik bagiku,maka permudahkanlah..."

Keluhan hati seorang sahabat salik

usai solat asarnya,dia mendapat mesej dari sahabatnya.Ah! sahabatku,bersabarlah...Dia hanya mengujimu sebentar.bagaimana rindu yang kau laungkan dibenakmu,sebegitulah rinduNYA padamu.lupakah kau pada senandungnya "Aku mengikut perasangka hambaku" jesteru kau harus bergembira dengan himpitan rasa itu.sedang ada saudara kita diluar sana,yang membaja subur cinta2 mereka pada yang bukan halal.biar ku titipkan satu kata yang indah dari mereka yang seperjalanan di hamparan tarekat ini...

"adakalanya Allah memberi kepadamu kekayaan (kesenangan) dunia,tetapi tidak memberi kepadamu taufiq hidayahNya.dan ada kalanya Allah menolak (tidak memberi) kepadamu dari kesenangan dunia dan kemewahanNYA,tetapi memberi kepadamu taufiq dan hidayahNYA"

Muhyyidin Ibn Araby berkata "jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi,dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar.kerana itu utamakan tidak dapat,daripada dapat,dan sebaliknya seorang hamba tidak memilih sendiri,tetapi menyerah sebulat2nya kepada tuhan yang menjadikannya,yang mencukupi segala keperluannya"

Petikkan dari buku terjemahan Al-Hikam

Tapi sahabat...jangan kau tersilap faham.bukan bererti kau berdiam diri tanpa usaha,hanya menanti pertolongannya sedang dirimu statik sahaja.jangan demikian sahabat.lupakah kau pada satu lagi senandungnya "berusaha dan bersabarlah kamu..." nah! jesteru sahabta,perlu kau usahakan apa yang mahunya dikau,setelah kau berusaha membanting segala kudratmu,jesteru kau tawakal hasilnya,tapi pastikan sahabat kau buat yang terbaik sehingga puas pada penyerahanmu sepenuhnya.Dan kemudian baru kau kaitkan ayat diatas dengan hasil yang telah kau peroleh,samada mengikut kemahuanmu ataupun tidak seperti apa yang kau mahu hasilnya.namun ukirkan senyummu pada setiap apa yang DIA beri...kau harus titipkan seuntai lagi senandugnya "tidak Aku ciptakan dunia ini dengan sia2..." jesteru apathlagi perkara yang sekecil2nya,pasti ada sesuatu hikmah yang besar terselindung di sebalik keperitan mahupun keindahan.

Ingin kutitipkan lagi rerantai kalimah dari mereka yang jua seperjalanan dengan kita...

"apabila Allah membuka bagimu pengertian (faham) tentang penolakanNYA,maka berubahlah penolakkan itu bererti (menjadi) pemberian."

Apabila Tuhan telah memperlihatkan kepadamu hikmat kebijaksanaanNYA dalam apa yang dijauhkannya daripadamu,maka itu bererti suatu kurnia tuhan kepadamu,sehingga terasa olehmu keselamatanmu dunia dan akhiratmu.

Petikkan dari buku terjemahan Al-Hikam

Moga titipan ini berguna buatmu sahabat,sebagaimana ia menjadi buah hatiku,sebegitulah aku ingin kau juga menjadikan ia buah hatimu.

0 comments: