Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Saturday

fitrah manusia semuanya sama

suasana di kafe itu agak lengang.maklum sahaja hari itu merupakan hari sabtu.kebanyakkan pelajar lebih suka memerapkan diri dibilik pertapaan mereka.atau mungkin juga expo itu menjadi pusat magnet 'interest',menyediakan medan untuk melempiaskan kebosanan di hujung2 minggu.dia sempat mengunjungi,namun bukan atas dasar kebosanan,arh! jangan sesekali bertindak atas dasar itu.jika kau enggan nafsu itu merasuk jiwa mu jesteru harus kau bertindak atas keperluan yang tidak berlebihan.dan alhamdulillah,diteliti kedatangannya atas dasar tanggungjawab.atau mungkin juga kerana adanya moskort upin dan ipin yang berlegar2 mempamerkan diri dikhalayak ramai.wah! ramai sungguh kanak2 yang keriangan ingin menyentuh2 patung gebu yang besar itu,keriangan melihat watak kartun yang hanya boleh ditatap di kaca TV kini boleh disentuh dan di raba walau baginya tidak la secomel mana.jiwa dewasa,mudah baginya melontarkan kelucuan,walhal jiwa si kecil mudah baginya melontarkan keriangan,riang yang fantasy bisa disentuh2.arh! kalau dia imbas kembali zaman kanak2nya dulu,pasti meluncur laju derai tawanya,seingatnya dialah kanak2 yang lincah mencipta fantasy baru.

penjelajahan di expo itu kurang menarik baginya,maksudnya jualan itu tidak menarik minatnya.deretan keronsang dan eksesori wanita memenuhi di satu ruangan meja.sempat dia menikmati dialog antara dua beranak.si kecil menyentuh2 barangan yang kemilau di matanya sambil memujuk2 meminta ibunya membelikan maink2 itu kepadanya.dia hanya merenung.dan melihat ibunya.ditatap dari atas kebawah.dilihat lagi anaknya.jika si kecil itu tidak memanggil ibunya,sudah pasti dia menjangka wanita itu adalah antara salah seorang student yang gemar menjadikan diri sebagai tumpuan hiasan yang mengerlip.orh! dia mengiyakan resolusinya dahulu2 kala yang ketinggalan,individu rosak kerana keluarganya rosak.jika individu rosak,maka melaratlah kerosakannya pada masyarakat.bagaikan virus yang menyerang diruangan software laptop sahabatnya dulu.habis seluruh dokumen penting,dijamah oleh virus yang tidak kelihatan.

meleret sungguh ceritanya.

dia ingin menukar menu ke kafe lain.memandagnkan kafe di kolej kediamannya lebih gemar merehatkan diri di hujung2 minggu.tidak mengapa,dia suka menjelajah dilubuk kecil itu.seperti tadi kafe itu lenggang.dituju satu gerai yang menyediakan makanan panas.dirapati kaunternya.seorang abang yang masam mukanya,terbenjul2 tulang pipinya seakan menahan marah.sedikit gerun hatinya.dia marah aku ka? pinggan yang dipeggangnya untuk mengisi nasi yang dipesan,dihempas sahaja.aik! memang marah abang ini.

jika api dibalas api,makin maraklah nyalaannya.dia cuba memperaktikkan sykologi tidak rasminya.dia manusia,dalamnya ada hati.dia lelaki,dalamnya juga ada hati.dalam hati adanya marah,dalam hati juga adanya sayang.

dia melihat sahaja gelagat abang itu.senyumannya tidak lengang.dia tahu,ada masalah didalamnya.panorama jiwa itu mengajak dia mengimbau kembali pendekatan tidak rasminya pada adik2 sekampusnya.mereka jika didekati oleh yang bertudung labuh,cepat sahaja ingin melarikan diri.senyuman itu yang mengeruhkan perasangka yang mencipta wasangka.kaedah yang cukup berkesan.senyuman...dia ada hati,mereka juga ada hati.dalam hati itu punya rasa2 yang sama dengan mereka semua,cuma bezanya,samada rasa2 itu biasa atupun tidak digunakan oleh pemiliknya.

lamunannya terhenti,mendengar suara dingin lagi keras abang itu. "3 ringgit!" katanya.dia cepat mengeluarkan wang dari dompetnya,sambil senyumannya tetap diukir.dia tahu dia perempuan,dan dia tahu dia lelaki,tapi ikhtilat itu tidak berlaku disana,baginya itu adalah mainan syco.hatinya ditunduk serendah2nya,cuba mengekspresikan rasa hormat dan terima kasih yang sejujurnya kepada insan yang telah menyediakan makanannya.wang itu dihulur dengan penuh kerendahan.jelas benar luapan marah,bosan,menyampah,dan malas tergambar diwajah itu.tapi dia tahu,yang dia hadapi itu juga manusia.sekeras manapun ia,jika kita yang memulakan kelembutan maka akan cair juga rasa2 negatif dihatinya.insan lain digunakan untuk menguji sifat negatif insan lain.insan lain juga digunakan untuk menikmati sifat positif insan lain.sememangnya manusia fitrahnya adalah sama.unsur kejadiannya sahaja pun sama.rasa2 yang ada didalamnya juga adalah sama.daripada tindakkan insan lain,insan lain juga mampu menikmati keindahan.terbukti dalil naqli kalamullahNYA,setiap kejadian itu diciptakan berpasang-pasangan.

'terima kasih banyak' katanya sebelum meninggalkan counter pembayaran itu.abang itu cepat sahaja ingin berlalu,namun mendengar sahaj ucapan itu,dengan ekspresi pelanggan yang tidak menyokong sifat negatifnya,nampak kekenduran sedikit dari riak mukanya,maka terlontarlah balas juga 'terima kasih' dari beliau.alhamdulillah,benar hepotisisnya.benar resolusinya.tapi bukan dia yang benar,ilham itu,kudrat itu,dan jika diteliti lebih dalam,yang memberikannya semua itu.benar akan setiap kata2nya.

fitrah manusia itu semuanya sama.mereka sukakan keindahan,kedamaian,kebahagian dan segalanya yang indah.bertentangan daripada itu,mereka tidak menyukai yang negatif daripada itu.kerana demikian,akan resah gelisah lah hati andai melakukan yang bertentangan.sering dia melihat wanita2 diluar sana,yang agak selesa mengenakan tudung yang jarang dan mendedahkan bahagian dada mereka.namun jika didekati ternyata mereka bisa bicarakan soal tuhan.dapat dirasa kelembutan hati daripada tutur bicara mereka,namun dia terfikir mengapa mereka enggan melaksanakan islam semampu mereka?walhal sudah jelas segala hukum2nya?

orh! dia mengerti.benar fitrah manusia sama,namun ilmu yang membezakan pelaksanaan fitrah itu.perumpamaan yang tepat,bayi umpama kain putih,warna yang tercalit dan dicorakkan pada permukaan kain itu yang akan menentukan hasil corakkan bagaimana diinginkan.bahkan ada yang mencorakkan tanpa keinginan yang bagimana seharusnya,sekadar melihat itu adalah kain putih yang boleh digunakan untuk melempiaskan segala kekretivitian perasaan semata2.

justeru apa resolusinya? sahabat,dan kalian semua.yang didedahkan pendidikan kearah fitrah yang sebenar.didikan yang berjaya menyingkap fitrah sebenar menjadi identiti dewasa ini.harus dekati mereka yang masih terpenjara fitrahnya.ilmu kalian dan kita harus dikogsi.bukan kerana layakknya diri,namun cukup mindsettingkan bahawa ini adalah kurniaan yang cukup besar untuk dikogsikan,mudah lontaran "tanggugjawab seorang khalifa"

0 comments: