Tintanya...

Allah ikhlas itu aku tidak tahu bagaimana,namun yang pastinya aku cuma inginkanMU,tuhan yang menciptakan diriku,juga tempatnya aku kembali.

Illahi Anta Maksudi Waridhaka Matlubi...

Thursday

pengertian disebalik lirikkan


sungguh jujur pengakuan sister itu

"apa yang u rasa kalau duduk disebelah lelaki?" soalnya di satu petang ramadhan.tinggal beberapa minit lagi azan berkumandang.suasana berbuka pada hari itu agak istimewa daripada biasa kerana pelawaannya kepada seorang teman chinies disambut dengan hati yang terbuka.

"i fell so exited!!!" diiringi oleh derai tawa dia dan sahabat2nya di meja bulat ala2 cina itu.

***

"so exited?" dia memikir2kan kembali satu statment ringkas,padat tapi jujur.ya benar pengakuan itu,dia mengiyakan sejelasnya.sebab itu mengapa islam memisahkan lelaki dan wanita dari segala hal.jika adanya program2 yang berbentuk ceramah,mahupun forum,bukan sekadar adat tapi adalah antara adab dengan memisahkan antara ruangan lelaki juga wanita,bahkan jika boleh,perlu di hadangi rentangan kain bagi memisahkan antara lelaki juga wanita.namun itu saja pun masih tidak mampu mencegah mainan hati.jesteru bagaimana?

sempat dia diuji kebenaran statement itu.arh! rimas sungguh dia.kelas itu tidak memberi ruangan yang lebih untuk pelajar yang berlebihan dari kapasitinya.terpaksa dia duduk disebelah seorang lelaki ala2 boleywood hindustan.pandai sungguh mainan elektrik syaitan itu.diusik2 dua insan yang tidak mengenal itu.lelaki yang suka benar memacohkan diri itu, suka benar dia mengintai2 buku si gadis disebelahnya,mengintai secara suka2 walhal nota disebelahnya lebih lengkap dari milik si gadis.arh! lihatla permainan si syaitan itu,dikaburi jiwa2 makluk yang berlaina jantina,suka benar dia mencari sahabat menikmati manidan neraka.sampailah kelas itu usai,lirikkan itu masih saja mengusik2nya.dia mencantas sekeras2nya.dia mempersoalkan,menagapa pekara itu boleh berlaku,mengapa perasaan2 aneh itu timbul menimbul.sampailah kebeberapa hari, si hindustan tinggi lampai itu masih saja bermain2 dengan responya,geli gemala si muslimah,kasihan dia.diuji pada satu titik kekuatan pemberianNYA.

dia membuat analisis lagi.hati yang kosong.......? gelas yang kosong juga ada yang mengisinya jesteru jika hati yang kosong apa yang mengisinya? wah! sudah pasti si syaitan laknatullah itu bermaharajalelah di makam2 empunya milik.kosong daripada apa??? kalimah apa yang aggung,kalimah apa yang perlu dipahat pada jiwa2 si makhluk bernama 'manusia' itu....ya! sudah tentu kalimah/nama penciptanya ALLAH! paluan yang tidak kerap pasti menjadi gerbanag kemasukan segala macam parasit hati.

teringat dia akan pandangan para ahli sufi,mereka tidak malu mengatakan aib mereka yang boleh dijadikan pengajaran pada orang lain,kerana keikhlasan mereka dalam kehambaan,tiada yang dimalu melainkan dihadapan yang menciptakan mereka.jesteru titipa adaptasi kehidupan rialiti ini dipamerkan kerana itu yang benar2 berlaku.

pengertian disebalik lirikkan...si lelaki suka dilihat si wanita,jesteru memacohkan diri semampu yang mungkin.si wanita suka diperhati si lelaki,jesteru suka benar menghiasi badanya dengan hiasan2 yang mengelabui mata.aduhai...andai kami juga mereka mengetahui bahkan sedar sebenar2nya ada yang indah,menawan,cantik,menyayang pencinta,mulia dan segala keaggungan indah pada tahap pemikiran manusia,sedang memerhatikan mereka dan kami setiap sesaat dan detik,pasti merana la si syaitan menghempas2kan badanya kerana melihat ketundukkan jiwa setiap hamba2 Allah.

ya! benar...kenapa tidak meletakkan pandangan yang sering menginta2i itu adalah Allah.si akhi yang berkopiah juga tidak lepas ingin melirik pandangannya pada si muslimah yang labuh tudungnya.si muslimah yang berjubah juga,mengharap di pandangi si akhi yang berkopiah.aduh! ada yang mengesyaki mainan hati itu.jesteru mnegapa kita tidak cuba,ada yang lebih mulia yang sering mengintai pergerakkan kita.bahkan menebusi lapisan demi lapisan hati.

di sebalik lirikkan,timbul satu perasaan yang aneh lagi pelik.dia mengiyakan itu semua datangnya dari Allah,walau dengan bisikkan syaitan tapi itu semua adalah atas izinan Allah.tolaklah kejahatan dan keburukan itu dengan lembut dan berhema.si anak Adam,si umat Muhammad,fikiran mereka sudah faham,sifat Allah yang satu itu,maha melihat dan mengetahui yang ghaib, juga nyata.jesteru,berperasangka baik pada Allah disetiap apa yang diberi,sama ada baik mahupun buruk.

pemebrian perasaan yang aneh itu,memang agak mengelirukan jiwa2 muda.alhamdulillah si muslimah dan si muslimin mereka terdedah pada pemahaman itu,dan kadang mereka mendegus mengapa tertipa perasaan aneh itu pada hati yang tidak pernah tercalit rasa itu.usah menekan jiwa dengan penuh kekerasan,bahawa engkau enggan perasaan itu,kerana katamu itu menganggu khusyukmu.terimalah dengan hati yang lapang.syukur padanya kerana diberikan fitrah yang normal.namun berlandaskan ilmu kau harus mengatasinya dengan berhikmah,bukan dengan mencaci perasaan itu.itu bukan sikap hamba yang beradab,kerana mencaci perasaan itu bererti kau mencacai pemberianNYA.jesteru "tolak dengan berhema"

"buktikan sifat kehambaanmu,nescaya Allah akan bantu dengan kekuatanNYA"



Saturday

fitrah manusia semuanya sama

suasana di kafe itu agak lengang.maklum sahaja hari itu merupakan hari sabtu.kebanyakkan pelajar lebih suka memerapkan diri dibilik pertapaan mereka.atau mungkin juga expo itu menjadi pusat magnet 'interest',menyediakan medan untuk melempiaskan kebosanan di hujung2 minggu.dia sempat mengunjungi,namun bukan atas dasar kebosanan,arh! jangan sesekali bertindak atas dasar itu.jika kau enggan nafsu itu merasuk jiwa mu jesteru harus kau bertindak atas keperluan yang tidak berlebihan.dan alhamdulillah,diteliti kedatangannya atas dasar tanggungjawab.atau mungkin juga kerana adanya moskort upin dan ipin yang berlegar2 mempamerkan diri dikhalayak ramai.wah! ramai sungguh kanak2 yang keriangan ingin menyentuh2 patung gebu yang besar itu,keriangan melihat watak kartun yang hanya boleh ditatap di kaca TV kini boleh disentuh dan di raba walau baginya tidak la secomel mana.jiwa dewasa,mudah baginya melontarkan kelucuan,walhal jiwa si kecil mudah baginya melontarkan keriangan,riang yang fantasy bisa disentuh2.arh! kalau dia imbas kembali zaman kanak2nya dulu,pasti meluncur laju derai tawanya,seingatnya dialah kanak2 yang lincah mencipta fantasy baru.

penjelajahan di expo itu kurang menarik baginya,maksudnya jualan itu tidak menarik minatnya.deretan keronsang dan eksesori wanita memenuhi di satu ruangan meja.sempat dia menikmati dialog antara dua beranak.si kecil menyentuh2 barangan yang kemilau di matanya sambil memujuk2 meminta ibunya membelikan maink2 itu kepadanya.dia hanya merenung.dan melihat ibunya.ditatap dari atas kebawah.dilihat lagi anaknya.jika si kecil itu tidak memanggil ibunya,sudah pasti dia menjangka wanita itu adalah antara salah seorang student yang gemar menjadikan diri sebagai tumpuan hiasan yang mengerlip.orh! dia mengiyakan resolusinya dahulu2 kala yang ketinggalan,individu rosak kerana keluarganya rosak.jika individu rosak,maka melaratlah kerosakannya pada masyarakat.bagaikan virus yang menyerang diruangan software laptop sahabatnya dulu.habis seluruh dokumen penting,dijamah oleh virus yang tidak kelihatan.

meleret sungguh ceritanya.

dia ingin menukar menu ke kafe lain.memandagnkan kafe di kolej kediamannya lebih gemar merehatkan diri di hujung2 minggu.tidak mengapa,dia suka menjelajah dilubuk kecil itu.seperti tadi kafe itu lenggang.dituju satu gerai yang menyediakan makanan panas.dirapati kaunternya.seorang abang yang masam mukanya,terbenjul2 tulang pipinya seakan menahan marah.sedikit gerun hatinya.dia marah aku ka? pinggan yang dipeggangnya untuk mengisi nasi yang dipesan,dihempas sahaja.aik! memang marah abang ini.

jika api dibalas api,makin maraklah nyalaannya.dia cuba memperaktikkan sykologi tidak rasminya.dia manusia,dalamnya ada hati.dia lelaki,dalamnya juga ada hati.dalam hati adanya marah,dalam hati juga adanya sayang.

dia melihat sahaja gelagat abang itu.senyumannya tidak lengang.dia tahu,ada masalah didalamnya.panorama jiwa itu mengajak dia mengimbau kembali pendekatan tidak rasminya pada adik2 sekampusnya.mereka jika didekati oleh yang bertudung labuh,cepat sahaja ingin melarikan diri.senyuman itu yang mengeruhkan perasangka yang mencipta wasangka.kaedah yang cukup berkesan.senyuman...dia ada hati,mereka juga ada hati.dalam hati itu punya rasa2 yang sama dengan mereka semua,cuma bezanya,samada rasa2 itu biasa atupun tidak digunakan oleh pemiliknya.

lamunannya terhenti,mendengar suara dingin lagi keras abang itu. "3 ringgit!" katanya.dia cepat mengeluarkan wang dari dompetnya,sambil senyumannya tetap diukir.dia tahu dia perempuan,dan dia tahu dia lelaki,tapi ikhtilat itu tidak berlaku disana,baginya itu adalah mainan syco.hatinya ditunduk serendah2nya,cuba mengekspresikan rasa hormat dan terima kasih yang sejujurnya kepada insan yang telah menyediakan makanannya.wang itu dihulur dengan penuh kerendahan.jelas benar luapan marah,bosan,menyampah,dan malas tergambar diwajah itu.tapi dia tahu,yang dia hadapi itu juga manusia.sekeras manapun ia,jika kita yang memulakan kelembutan maka akan cair juga rasa2 negatif dihatinya.insan lain digunakan untuk menguji sifat negatif insan lain.insan lain juga digunakan untuk menikmati sifat positif insan lain.sememangnya manusia fitrahnya adalah sama.unsur kejadiannya sahaja pun sama.rasa2 yang ada didalamnya juga adalah sama.daripada tindakkan insan lain,insan lain juga mampu menikmati keindahan.terbukti dalil naqli kalamullahNYA,setiap kejadian itu diciptakan berpasang-pasangan.

'terima kasih banyak' katanya sebelum meninggalkan counter pembayaran itu.abang itu cepat sahaja ingin berlalu,namun mendengar sahaj ucapan itu,dengan ekspresi pelanggan yang tidak menyokong sifat negatifnya,nampak kekenduran sedikit dari riak mukanya,maka terlontarlah balas juga 'terima kasih' dari beliau.alhamdulillah,benar hepotisisnya.benar resolusinya.tapi bukan dia yang benar,ilham itu,kudrat itu,dan jika diteliti lebih dalam,yang memberikannya semua itu.benar akan setiap kata2nya.

fitrah manusia itu semuanya sama.mereka sukakan keindahan,kedamaian,kebahagian dan segalanya yang indah.bertentangan daripada itu,mereka tidak menyukai yang negatif daripada itu.kerana demikian,akan resah gelisah lah hati andai melakukan yang bertentangan.sering dia melihat wanita2 diluar sana,yang agak selesa mengenakan tudung yang jarang dan mendedahkan bahagian dada mereka.namun jika didekati ternyata mereka bisa bicarakan soal tuhan.dapat dirasa kelembutan hati daripada tutur bicara mereka,namun dia terfikir mengapa mereka enggan melaksanakan islam semampu mereka?walhal sudah jelas segala hukum2nya?

orh! dia mengerti.benar fitrah manusia sama,namun ilmu yang membezakan pelaksanaan fitrah itu.perumpamaan yang tepat,bayi umpama kain putih,warna yang tercalit dan dicorakkan pada permukaan kain itu yang akan menentukan hasil corakkan bagaimana diinginkan.bahkan ada yang mencorakkan tanpa keinginan yang bagimana seharusnya,sekadar melihat itu adalah kain putih yang boleh digunakan untuk melempiaskan segala kekretivitian perasaan semata2.

justeru apa resolusinya? sahabat,dan kalian semua.yang didedahkan pendidikan kearah fitrah yang sebenar.didikan yang berjaya menyingkap fitrah sebenar menjadi identiti dewasa ini.harus dekati mereka yang masih terpenjara fitrahnya.ilmu kalian dan kita harus dikogsi.bukan kerana layakknya diri,namun cukup mindsettingkan bahawa ini adalah kurniaan yang cukup besar untuk dikogsikan,mudah lontaran "tanggugjawab seorang khalifa"

saudaraku.....

malam sudah lewat,hampir ke pagi barangkali.namun tetap mahu tangannya mencoret sesuatu di hamparan lontaran ini.YMnya masih 'avilable'.timbul icon sahabatnya yang baru memayakan diri. "keselesaan kita di malaysia membuatkan kita lupa penderitaan di patani"

tertera mesej ringkas di bawah paparan icon sahabatnya.pasti dia mengikuti diskusi itu,bisik hatinya.merembes sehembusan aura sedih di benaknya,kerana sahabat juga dia tidak dapat menghadiri diskusi itu,diskusi yang membincarakan isu2 penindasan saudara2 semuslimnya di Patani."penindasan???" terbayang2 aksi2 kekejaman yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia.manusia yang punya hati dan fikiran,menindas manusia yang juga punya hati dan fikiran bahkan punya anggota yang sama dengan mereka.kejam jika kita menyamatarafkan kekejaman manusia2 zalim ini dengan binatang kerana binatang tidak sekejam itu.binatang sifatnya sudah demikian,sudah dijadikan akalnya sekadar melindungi diri,syahwat dan mengisi perutnya.namun makhluk ini lebih mulia jika dibandingkan manusia yang berakal tetapi zalim lagi kejam tindakannya.

melonjak2 hatinya ingin mengetahui isi diskusi itu.tembakkan 'BUZZ' dikenakan pada sahabatnya yang baru memayakan diri.malam yang kelaruta itu diisi dengan hirupan rasa yang haru pada takdir hidup saudara mereka di sebelah sempadan itu.

"student dari patani yg buat presentation, mengenai keadaan sbnar kat patani.tiap2 hari umat islam dibunuh.diorg ada special law, digunakan utk tgkap org yg disyaki sesuka hati"

arh! darah kemanusiaannya mulai tersirap.

"org islam ditindas oleh org siam yg beragama budha"

adakah disebabkan oleh sentimen agama?dia tidak past jawapannya.arh! jahil sungguh dirinya,kenapa dia tidak tahu.kerugian yang daksyat kerana tidak menghadiri diskusi itu.

"tp mmg sedih la..dah mmg mcm palestin dah cumanya kerajaan siam cuba sembunyikan konflik yg berlaku.. dah byk kali umat islam mati kna tembak masa tgh sembahyang subuh kat masjid
yg terbaru 6jun lalu, 14 mati kna tembak masa bangun dari rukuk waktu solat subuh kat masjid
tp perkara ni ditutup oleh krjaan thai"

"sgt kejam, ada tu gadis kna rogol pastu kepala dia diputar sampai mati"

manusia kah yang melakukan perbuatan itu? karat! hitam legam karat itu,mungkin hampir hancur dek karat yang terlalu berkarat! "jika baik daging itu maka baiklah,jika buruk maka burukla ia..."

"diorg yg adakan demonstasi, mmg hebat la..masa demonstasi tu kan diorg buat 5 hari.pastu masa smbhyg jumaat, kaum hawa yg buat benteng kat kawsan masjid,takut askar tembak muslimin yg tgh solat.dasyat giler la"

"mmg kagum la ngn student"

"dia cakap la td, mmg depa study tp depa tak blh nak duk diam, umat islam terus tertindas, sbb tu diorg bangkit,setiap hari ada ja muslimin akan dibunuh, jumlah janda ngn anak yatim mengikut statistik dah beribu dah.diorg tunjuk video mcm mn askar buat kat org islam,mmg jahat gila. nyawa org islam mmg tak bernilai la, kecuali umat islam yg ikut cakap depa"

???

resolusinya? kalian yang lebih bijak menilai disebalik cereka yang realiti!



Friday

Pengenalan Kepada Agama Hindu

kurang berminat?

Teruskan pembacaan,ada sesuatu yang ingin disampaikan.disebalik agama2 itu,ada satu keberontakan yang mendedahkan,bahawa islam itulah yang benar.mengapa mereka mencari dan mencipta agama lain selain islam?kerana mereka tidak mengetahui,bahkan sekadar mengikut kepercayaan yang membabibuta.jangankan agama lain,penganut agama islam itu sendiri kebanyakkannya sekadar keturunan semata.insyaalah perkogsian kali ini dapat menggilap kesamaran 'islam itu benar' dalam agama selainnya.

Apabila dikaji,nama bagi agama Hindu itu sendiri tidak terdapat dalam mana2 kitab peganggan penganutnya sendiri.Asal agama ini dikenali sebagai Sanatana Dharma iaitu agama yang kekal abadi dan Vaidika Dharma iaitu yang bermaksud agama berpandukan Veda.Penganutnya yang berasal di sekitar Lembah Hindus yang berdekatan dengan sungai Hindus akhirnya diambil sebagai penyebab kepada lahirnya istilah agama Hindus oleh orang Parsi(Iran) dan Arab yang datang ke India.Mengikut pandangan lain nama bagi agama ini diberikkan oleh British yang pernah menjajah India suatu masa dahulu.

Mengikut kajian juga,agama ini merupakan agama tertuan di dunia,bahkan kita juga maklum akan fakta ini.Namun yang peliknya pengasas bagi agama ini tidak diketahui walaupun telah dianggarkan berusia lebih daripada 3,500 tahun.Agak menarik perhatian penulis apabila Brother Siraj mengatakan bahawa dalam Kitab Veda yang dipeggang oleh penganut Hindu ini mempunyai unsur2 keislaman didalamnya,dan apabila dibuat perkiraan tahun kemunculan Quran dan Kitab Veda ini,ternyata kita Veda ini lebih dahulu wujud jika dibandingkan dengan Quran.Brother meneruskan penerangan beliau,boleh jadi ada nabi yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan unsur2 samawi di benua India ini,namun dicemari oleh penganutnya sendiri.walau bagaimanapun,fakta ini masih belum dibuktikan.sekadar kajian samar,tetapi jelas ada unsur keislaman dalam kitab Veda itu juga tanpa disedari oleh penganutnya.Sidang pembaca diggalakkan untuk mengkaji lebih lanjut.

Seterusnya dari konsep ketuhanan,sememangnya agama ini mempercayai Tuhan yang satu iaitu monoteisme/monotheism.Dan jika di fahami sekilas pandang ianya sama dengan konsep ketauhidan islam.namun jangan tersilap.bezanya dengan islam,agama ini memenifestasikan Tuhan dalam bentuk seperti makhluk seperti mana yang diterima oleh akal fikiran mereka,maka daripada konsep ini terciptanya kepercayaan politeisme/polytheism iaitu mempercayai tuhan yang banyak,dan menifestasi ini juga melahirkan konsep tuhan berada dimana atau segalanya adalah tuhan dan tuhan adalah segalanya iaitu fahaman panteisme/pantheism.Mereka mengambarkan bahawa ada satu tuhan yang menjadi kepala bagi segala tuhan,kemudian dibawah tuhan yang satu ini,wujud tuhan2 lain yang dikenali sebagai dewa dewi yakni yang merupakan menifestasi tuhan tersebut dalam pelbagai rupa bentuk yang telah lahir dan turun dibumi.Dianggarkan lebih daripada 35ribu dewa dewi yang mewakili segala keperluan yang perlu bagi manusia melalui kehidupan ini.konsep ketuhanan dalam agama ini mempunyai banyak kesamaan dengan mitos purba dan kisah dongeng tamadun2 silam seperti Mesir,Yunani dan Romawi.

insyaalah akan bersambung

Thursday

Buktikan Sifat Hambamu,Nescaya Allah Mengasihimu

Buktikan dengan sungguh2 sifat kehambaanmu,nescaya Allah membantu engkau dengan sifat2NYA (kesempurnaanNYA).Akuilah kelemahanmu nescaya Allah menolong padamu dengan kemulianNYA,akuilah kekuranganmu nescaya Allah menolong kepdamu dengan kekuasaanNYA,akuilah kekuranganmu nescyaa Allah akan menolongmu dengan kekuatanNYA

sifat2 yang asli pada seseorang hamba itu ialah : fakir,kurang,lemah,dan hina.Maka apabila benar2 engkau mengakui semua sifat2mu sebagai hamba itu,nescaya mudah selalu mendapat kurnia rahmat dan bantuan Allah. Abu Ishaq (Ibrahim) Alharawy berkata " orang2 salihin telah memilih 7 sifat alawannya iaitu memilih fakir (kekurangan) kemiskinan daripada kekayaan,memilih kelaparan daripada kekenyangan,memilih kerendahan dari kebesaran diri,memilih kehinaan daripada kemuliaan,memilih kerendahan (tawaduk) dan pada kesombongan,memilih kesusahan dari kesenangan dan memilih maut daripada hidup"

sebab2 daripada sifat kaya,kenyang,kedudukan (pangkat), mulia,senang (gembira)itu semua akan mengubah seseorang,lupa akan sifat kehambaannya,sehinga terjerumus dalam kesombongan,kebanggaan,ujub dan sifat2 lain yang semuanya akan membawa murka Allah atau bersaing dengan Allah. sehinga apabila engkau sungguh2 mengaku sifat kehambaanmu kemudian diberi kaya,mulia kasa dan kuat,merasa itu semua dari Allah bukan dari diri sendiri,dan bukan dari lain2nya Allah.disinilah kemurnia tauhid tidak ada uan dan tidak ada daya kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah semata2 tana ada perantaraan dari uar atau dari dalam diri sendiri.

adakalanya diberi rezeki kekaramatan (keistimewaan) seorang yang belum sampai istiqamahnya.

hakikat kekeramatan itu alah istiqamah dan kesempurnaan istiqamah itu ialah sungguh2nya iman dan mengikut benar apa yang dibawa oleh Rasulullah saw lahir batin.


Abbul Abbas Almarsi berkata " bukannya kebesaran itu bagi orang yang teripat baginya duniaini sehinggakan dalm satu detik ia sudah sampai ke Mekkah dan lain2 negeri,tetapi kebesaran itu ialah orang yang diliptkan baginya sifat2 hawa nafsuhnya sehinggakan ia langsung disisi tuhannya."


Abul Hasan Assyadsili berkata " tiap kekeramatan yang tidak diserta keredhan terhadap Allah,maka orangnya bererti tertipu dan akan binasa"


Sahl bin Abdullah ra berkata " sebesar2 kekeramatan ialah berubahnya akhlak yang jahat kepada akhlak yang baik." Ada pula yang berkata "kamu jangan hairan dari seseorang yang tidak meletakkan apa2 dalam sakunya tetapi ketika ia ingin sesuatu dimasukkan tangannya ke dalam saku dan mendapat apa yang diinginkan.tetapi kam boleh hairan dari seorang yang meletakkan
apa2 dalam sakunya,kemudian apabila diraba dengan tangannya tiba2 tidak ada apa2 dan tidak berubah imannya (kepercayaannya terhadap Allah)

Abu Yazid Al-Busthami berkata " andaikan ada orang yang berjalan diatas air,atau duduk diudara,maka jangan kamu tertipu olehnya sehinggakan kamu perhatikan ia bagaimana terhadap perintah dna larangan Allah dan Rasulullah.sebab syaitan dapat bergerak dari timur ke barat dalam sekejap mata,dan dia tetap maluun (tertipu)"

suatu tanda bahawa Allah telah menetapkan engkau dalam suatu kedudukan, ialah apabila engkau didudukkan dalam hal itu dengan mendapatkan buah2 hasilnya.hal ini sama dengan hikmah diatas.

siapa yang mengajar kerana memandang kebaikkan dirinya,maka ia akan diam jika ia berbuat salah (dosa) dan siapa yang mengajar dengan pengertian kebaikkan Allah baginya (padanya) maka ia tidak akan diam bila ia berbuat salah (dosa)

siapa yang memberi nasihat tentang kebaikan dengan pengertian kerana ia merasa sudah baik maka bila suatu saat ia tergelincir dalam doasa maka ia akan merasa malu untuk memberi nasihat atau mengajar orang lain.tetapi sekirannya ia mengajar itu dengan pandangan semata2 kurnia rahmat dari Allah kepada makhluknya,maka tidak akan merasa malu kalau pada suatu saat ia tergelincir dalam dosa dan kesalahan kerana merasa berbuat kebaikkan itu hanya semata2 kurnia rahmat Allah.

Abu Abbas Almarsi berkat " manusia terbahagi kepada tiga.pertama ialah bolongan yang selalu memperhatikan apa2 yang daripadanya kepada Allah. kedua ialah golongan yang selalu hanya ingat pemberian2 kurnia Allah pada dirinya.dan ketiga ialah golongan yang hanya memandang bahawa semua dari Allah kembali kepada Allah.Golongan pertama selalu memikirkan kekurangan diri dalam menunaikan kewajipan,sehingga selalu berdukacita.Golongan kedua selalu melihat semua itu adalah kurnia Allah,maka ia selalu gembira. dan golongan ketiga ialah,telah lupa pada dirinya sendiri,hanya teringat asal dari Allah akan kembali kepada Allah,maka terserah kepada Allah."

Abul Hasan Assyadzili berkata " pada suatu malam saya membaca surah Qula'udzu birabbinnas, hingga akhir.tiba2 terasa bagiku bahawa syarrul was wasil khannaas yang berbisik dalam hati itu ialah yang menyusup antara aku dengan Allah,untuk melupakan engkau dari kurnia2 Allah,yang halus2 dan samar,dan mengingatkan engkau kepada perbuatan2mu." tujuannya untuk membelokkan engkau dari husnudzan kepada su'udhzan terhadap Allah Ta'ala,maka waspadalah.beliau berkata lagi "seorang arif itu ialah seorang yang telah mengetahu rahsia2 kurnia Allah di dalam berbagai macam ujian bala yang menimpa sehari2,dan juga megetahui belas kasih Allah kepadanya." katanya beliau lagi " sedikitnya amal dengan mengakui kurnia Allah adalah lebih baik daripada banyaknya amal dengan merasa kekurangan diri sendiri"

Maksudnya, seolah2 mempunyai kekuatan sendiri untuk berbuat baik,hanya sekarang belum baik sehingga selalu berduka cita memikirkan bagaimana daptnya lebih baik,padahal ia harus menyerah disamping meminta sahaja kepada Allah,sebab jika Allah belum memberi maka tetap sahaja tidak ada perubahan pada dirinya,berdasarka pengertian

"dan siapa yang berserah diri kepada Allah,maka Allah sendiri yang akan mencukupi kekurangannya"

dan tidak adalah daya upaya atau kekuatan kecuali dengan bantuan dan pertolongan Allah semata2.

Monday

ukhwa jambatan cinta Illahi

"assalamualikum nti...tolong nasihatkan ana..."

"waalikumsalam.nti...Allah baru lepaskan ana dari himpitan perasaan yang sementara.hasil dari tu,ana baru sedari bahawa,bangun jatuh, gembira sedih,dan segala ritma kehidupan, cuma sementara,akhirnya akan kembali juga pada Allah.rugilah kita andai menggadai khusyuk semata2 ingin melayan rasa pedih yang menghambat.namun sedangkan Nabi Yunus merintih kelemahan pada Allah,jesteru apatah lagi kita. La Illa Ha Illa Anta, Subahanaka inni kuntum minadholimin. walau seperit manapun jiwa kita menaggung beban kebuntuan,tetapkan saja wajah kita dihadapanNYA.merintihlah sebannyaknya,kerana itu yang Dia rindu..."

"syukran.nti... di saat kelemahan menguasai diri,secebis kudrat Tuhan bisa menegakkan rasa lemah itu...hati yang dihuni selain dari Dia mengundang rasa hiba dan pilu...putaran hidup membuatkan kita mencari matlamat yang satu...di mana Dia saat kita memerlukan, diamana Dia di saat hati kita menanggung beban..."

"ya,benar enti.putaran hidup membuatkan kita mencari matlamat hidup yang satu.dan yang satu itu adalah Allah.sebentar sahaja Dia mengusik2 hati kita,ingin dijentik iman kita adakah benar atau pun tidak.jika bukan pun,mungkin kita telah berada di sempadan hikmah,sebelum dibuka tirai itu,perlu bagiNYA meletakkan ujian,sama ada kita mampu lepasinya dengan jiwa yang cedera kerana terus saja mempertahankan sebuah ketaatan ataupun melepasinya sedang hati kita tenang setelah menyerahkalah untuk pertahankan ketaatan.Allah seiring dengan jiwa mukmin yang sering melaugkan namaNYA. 'Aku berserta dengan hamba yang ingat padaKU' cinta...cintaNYA mengasyikkan..."

"Maha Hebat ilmuNYA dalam meletakkan takdir seseorang hamba...iman di dada mungkin mudah rapuh dan nipis bila ujian yang luar biasa muncul dihadapan...bila hati diikat dengan kekusyukan ibadah,diikat dengan patuh pada guru...jiwa yang ingin beralih,tetap pada asalnya kerana kemanisan harapan ingin bertemu dengan pencipta yang Aggung...hanya kelazatan beribadah mampu memulihkan semangat yang hampir pudar..."

****

"assalamualikum nti...rindunya si salik dengan sahabatnya...maaf lama tak mesej.insyaalah ana isi kredit banyak2 dulu na,then ana call nti na...insyaalah...ana nak buat homwork jap. ^_^ "

"waalikumsalam.oh...aduhai sebak rasanya ingat pada enti.Ya Allah,rahmatilah ukhwah antara kami...kami ingin mengembara mencari cintaMU...jauhi kami dari perkara yang boleh menjarakkan hubungan kami denganMU..."

"Amiiinnn...Allah ingin ajar kita sabar. dan ana nak tau maksud cinta Allah di sebalik jarak kita ni.tapi apa yang pasti ingatan yang Allah beri pada ana terhadap enti buat ana rindu pada pengembaraan kita.pengembaraan mencari tuhan kita.nti...terima kasih,sudi terima ana walaupun kekurangan banyak pada ana.Minta Maaf,ana mesti pernah guris hati enti.ana nak minta maaf dan sayang dengan sahabat yang Allah beri ni..."

????

Sabda Nabi

"tidak tercabut perasaan rahmat belas kasih itu terkecuali dari hati orang yang celaka"
"orang yang belas kasih,dikasihi oleh Allah (Arrahman),kerana itu rahmatilah (kasihanillah) orang di bumi nescaya kamu di kasihi oleh yang di langit"





Sunday

keberontakkan hati si salik

" setiap masa yang berlalu ku biarkan begitu sahaja.ku fikirkan dunia fantasiku yang tiada berpenghujung.dimana letak diriku yang sebenarnya? ku menunggu disini...ya Allah kau lebih mengetahui hatiku ini...apa yang ku mahu...apa sahaja kulakukan,ku mohon kau berserta denganku.tiada kelazatan dan kemanisan bila kau hilang dari hatiku...Ya Rahman,jangan biarkan aku tenggelam dalam kealpaan,kelalaian duniawi...aku masih menunggu untuk tengelam dalam lautan kerinduan pada MU...izinkan aku merasai kehadiranMu dihatiku...Ya Allah,jika sesuatu perkara itu baik bagiku,maka permudahkanlah..."

Keluhan hati seorang sahabat salik

usai solat asarnya,dia mendapat mesej dari sahabatnya.Ah! sahabatku,bersabarlah...Dia hanya mengujimu sebentar.bagaimana rindu yang kau laungkan dibenakmu,sebegitulah rinduNYA padamu.lupakah kau pada senandungnya "Aku mengikut perasangka hambaku" jesteru kau harus bergembira dengan himpitan rasa itu.sedang ada saudara kita diluar sana,yang membaja subur cinta2 mereka pada yang bukan halal.biar ku titipkan satu kata yang indah dari mereka yang seperjalanan di hamparan tarekat ini...

"adakalanya Allah memberi kepadamu kekayaan (kesenangan) dunia,tetapi tidak memberi kepadamu taufiq hidayahNya.dan ada kalanya Allah menolak (tidak memberi) kepadamu dari kesenangan dunia dan kemewahanNYA,tetapi memberi kepadamu taufiq dan hidayahNYA"

Muhyyidin Ibn Araby berkata "jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi,dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar.kerana itu utamakan tidak dapat,daripada dapat,dan sebaliknya seorang hamba tidak memilih sendiri,tetapi menyerah sebulat2nya kepada tuhan yang menjadikannya,yang mencukupi segala keperluannya"

Petikkan dari buku terjemahan Al-Hikam

Tapi sahabat...jangan kau tersilap faham.bukan bererti kau berdiam diri tanpa usaha,hanya menanti pertolongannya sedang dirimu statik sahaja.jangan demikian sahabat.lupakah kau pada satu lagi senandungnya "berusaha dan bersabarlah kamu..." nah! jesteru sahabta,perlu kau usahakan apa yang mahunya dikau,setelah kau berusaha membanting segala kudratmu,jesteru kau tawakal hasilnya,tapi pastikan sahabat kau buat yang terbaik sehingga puas pada penyerahanmu sepenuhnya.Dan kemudian baru kau kaitkan ayat diatas dengan hasil yang telah kau peroleh,samada mengikut kemahuanmu ataupun tidak seperti apa yang kau mahu hasilnya.namun ukirkan senyummu pada setiap apa yang DIA beri...kau harus titipkan seuntai lagi senandugnya "tidak Aku ciptakan dunia ini dengan sia2..." jesteru apathlagi perkara yang sekecil2nya,pasti ada sesuatu hikmah yang besar terselindung di sebalik keperitan mahupun keindahan.

Ingin kutitipkan lagi rerantai kalimah dari mereka yang jua seperjalanan dengan kita...

"apabila Allah membuka bagimu pengertian (faham) tentang penolakanNYA,maka berubahlah penolakkan itu bererti (menjadi) pemberian."

Apabila Tuhan telah memperlihatkan kepadamu hikmat kebijaksanaanNYA dalam apa yang dijauhkannya daripadamu,maka itu bererti suatu kurnia tuhan kepadamu,sehingga terasa olehmu keselamatanmu dunia dan akhiratmu.

Petikkan dari buku terjemahan Al-Hikam

Moga titipan ini berguna buatmu sahabat,sebagaimana ia menjadi buah hatiku,sebegitulah aku ingin kau juga menjadikan ia buah hatimu.

jangan pandang sebelah mata

seusai makan tengah hari,dia dan rakan2nya bergerak untuk pulang ke hostel.laluan pejalan kaki kurang sesak dihujung minggu itu.agak kekenyangan perutnya walaupun belum disudahi dengan seteguk air minum.tidak mengapa katanya,itu lebih baik,kita tunggu dahulu makanan tadi dihadam,tu antara tips kesihatan.majalah I yang dibawanya dibelek,bermula dari muka belakang.begitulah kebiasaannya.suka benar dia melihat isi majalah bermula dari muka surat terakhir.entah mengapa,namun dia yakin,topik akhir pasti menyajikan buah idea yang lebih kritikal."perkara asa" tajuk topik akhir itu.dilihat penulisnya,seorang muslim yang berjaya,siap menggayakan sunnah Rasul dengan jambangnya yang kemas.teruja dia ingin menyantap isi lontaran minda insan itu.dia berjalan sambil matanya khusyuk menatap majalah itu.kawannya disebelah juga begitu khusyuk menyelongkar inda pengarang Andrea Hirata,barangkali terpikat dia akan Laskar Pelangi semalam,katanya menusuk benar jalan ceritannya,jesteru dia telah jatuh hati pada jalur pemkiran pengarang itu."Sang Pemimpi" novel motivasi berbentuk ketuhanan,yang mengambil watak kanak2 sebagai pelakon cereka dihelaian kertas.Novel pertama yang berjaya menarik2 hatinya untuk menyerah wang RM24 untuk mendapatkannya.novel pertama semenjak dia berpaut pada ranting2 menara gading APEX ini.

dia dan mantan roomatenya itu,begitu asyik menerobos cereka disebalik idea2 pengarang,sedang dua orang lagi rakan mereka,rancak bercerita.dilewati sebuah bangunan yang bakal bernama School Of Farmacie,masih terbujul keluar rangka2 besinya.masih kekelabuan kulit simennya,perkaranganya pula masih dipagari deretan aluminium berwara biru,tanda kawasan larangan untuk dimasuki kerana kerja pembinaan masih dijalankan.

pembacaannya terhenti.matanya terus memandang bangunan yang separuh siap itu.
"muliannya..." kata yang tersembur perlahan dan sepontan.mantan roomatenya disebelah menoleh kearahnya,kemudia menoleh kearah bangunan yang mencuri tumpuan rakannya.

"muliannya orang2 yang membina bangunan ini.kerana keringat mereka maka berdirinya sebuah bangunan yang tersergam indah.mulia sungguh kerja mereka.dari rangka2 bangunan yang entah apa bentuknya,akhirnya semakin menampakkan wajah kejadian mereka.mesti bangunan itu terkejut melihat "make over" atas jasadnya."

mantan roometnya menggiyakan
"Allah juga memuliakan mereka" matanya kembali dialih kehadapan,memandang kejauhan yang bermakna,disebalik lontaran kata2nya.

dia tertarik,lantas memandang tepat wajah mantan roomatenya.roomatenya tersenyum tanpa menoleh kearahnya.tahu benar dia akan telatah fikiran junior mantan roomatenya itu.dia mengerti,budak minda itu ingin dijelaskan maksud yang tersirat.

"Allah memulikan mereka,sampaikan diberikan ruksoh andai terlalu letih di bulan ramadhan"

"orh...." ya baru dia faham.benar, kata hatinya.kesinambungan2 hukum Allah,sememangnya dicipta sesuai dengan fitrah manusia.

dilihat lagi bangunan itu.terbayang lelaki2 asing,yang dari negara asing,berhijrah kenegara yang asing bagi mereka,semata2 ingin mencari sesuap nasi,menyara kehidupan dirantau orang,mengirim perbelanjaan kepada keluarga di rantau benua yang berkilometer jauhnya.ah! sungguh dia simpati.tapi apa yang boleh dia bantu sebagai seorang mahasiswi???

bayangan mindanya mengimbas lagi susuk2 tubuh juga lelaki2 asing,yang begitu asing wajah2 mereka jika dibandingkan dengan wajah2 tempatan,meloncat2 dan terkedu2 menganggkat berat tong sampah disetiap hostel.terjerit2 si pengutip,mengisyaratkan si pemandu untuk bergerak.dia yang berada di perhentian bas,hanya memerhati dari jauh.jelas kerutan kening diwajah insan2 itu,dengan ekspresi wajah yang sungguh keletihan,dia hanya mampu bersimpati, sempat dia mencuri2 pandangan ekspresi pelajar2 lain melihat situasi itu.ada yang tersenyum2 ada yang tidak menghiraukan,ada yang seolah kejijikkan,dan ada juga rupanya yang kesedihan melihat peristiwa itu.

apa lagi kaitan yang boleh dia tarik dari simpanan2 memory akalnya,kemudian diresolusikan menjadi satu pandangan untuk dirinya sebagai seorang hamba.

Ah! hanyut dia dalam perjalanan fikirannya.tidak dia sedar,mereka sudah sampai diperkarangan hostelnya.

"Istilah Ikhlas sudah didedahkan sejak dibangku sekolah lagi,namun untuk mempraktikkannya amat sukar." sedikit untaian dari buah fikiran pengaran majalah I itu tadi.adakah istilah itu pada diri mereka? soal fikirannya...
Ah! yang kau melihat orang itu mengapa,lihat dahuu dirimu! adakah kau pernah menjadikan Ikhlas itu sebgai pengasa dalam sehari2 perjalananmu!? tiba2 berperang mindanya.

ya,ada ilmu baru lagi dia peroleh diperjalanan yang remeh itu.

tiba di blok masing2 terasa berat untuk memulangkan majalah I milik mantan roomatenya itu.ingin dipinjam namun niatnya dibatalkan memandangkan mantan roomatenya itupun belum habis menjamah isi2nya.dan buku "sang pemimpi" miliknya itupun berat hati dipulangkan oleh mantan roomatenya,tidak puas dia menjelajah cereka novel itu,sungguh mengasyikkan kritikal2 motivasinya.tidak mengapalah,kita akan saling bertukar bahan selepas ini,bisik hati kecilnya.

jangan dipandang sebelah mata pada pekerjaan yang kurang diceburi oleh orang2 yang berpendidikan tinggi.sesungguhnya insan2 yang sanggup meletakkan diri pada bahagian ini,harus ditabik dengan pandangan kemuliaan,tanpa mereka akan berlongoklah timbunan sampah sarap ditong2 sampah,tidak terpacaklah satu bangunan yang berdirih kukuh diserata muka bumi,memanjang lah para lelalang dan si miang2 dipermukaan hijau itu...

terbuka

arh!!!
andai tersembur jeritan suara itu,akan bergegarlah satu blok ko8 itu.namun teriakan itu sekadar batinya.merah matanya memandang si minda yang serabut,sambil tajam kemerah2,menahan marah yang kebuntuan.

dia buntu,mencari titik masalahnya.dia menyelongkar segala rasa disebalik lipatan jiwanya yang sarat dengan hempapan masalah.kepalanya sungguh serabut.persoalan mengapa,dan terus mengapa,menekan2 otaknya...matanya liar kesana kemari,seolah menscan masalah yang semakin bersimpang siur,berputar belit, di minda kecilnya.seolah fikirnannya menjadi dua.satu berada diluar lingkaran timbunan masalah yang berserabut itu,berlegar2 mencari pintu untuk memasuki lingkaran itu.dan satu lagi terhimpit pada keserabutan itu.dia ingin mengetahui dimana punca masalah dirinya.

semangat yang semakin down! amalan yang semakin terabai! pandangan hidup yang semakin sempit! kemarahan yang entah tiba2 tersembur pada panggilan2 jihad! ah! dia kecewa dengan perasaan itu!

"dimana silapku???..." dalam sendu dia merayu pada yang sentiasa mendengarnya
"adakah kesilapan yang aku lakukan dihadapanMU???..." dia merayu lagi.sendunya makin dalam.cuma hatinya saja yang berkata2.yakin benar dia,yang menciptakannnya sentiasa mendengarnya.dia membuat resolusi buntu,mungkin dia sudah semakin jarang bermesra dengan hikmah ilmiyyah kalamNYA.pantas dia menatap senaskah tafsir quran yang tersusun kemas di sudut mejanya,sambil laju aliran sungai yang menjunam dari kelopak matanya.terketar2 bibirnya menahan esakan..."oh Allahku..."

"kadang aku merintih,kadang aku tersipu...kini aku terduduk,Kau juga yang bersamaku.tidak ingin ku berburuk sangka denganMU.terkadang himpitan ini buat akal warasku menerjah pada yang tidak sepatutnya.jangan Kau hukum aku jika aku salah dan terlupa.wahai yang menghadirkan segala rasa dan meghilagkannya semula,kurniakan aku jalan petunjukkmu yang benar pada yang benar agar aku tidak menjadi antara yang zalim...oh Allahku...bantu aku dalam kebuntuan ini...."
ratapannya kemas meniti relung2 hatinya yang pasrah.

maghrib baru melaungkan waktunya.dicapai lemah telekung putih yang tersangkut kemas di bongkah katil yang tidak bertuan.kesepian dirinya penyumbang kepada bisikkan2 yang melemahkan imannya.longlai kakinya melangkah,tunduk wajahnya menatap sejadah biru yang terlentang senget dihadapannya.Ah! sungguh pasrah dia ketika itu.terjunan air masin dari kelopak matanya semakin deras..."aku ingin menyembahMU tuhan...terimalah penyerahanku..."


insyaalah to be continue...

Saturday

Hanya Lontaran

Dimulakan dengan nama tuhanku yang Aggung,Allah.Puji yang tiada bertepi untuk yang menjadikan diriku dan meletakkan aku pada sumur yang bernama islam,direntangkan batas2 tauhid oleh kekasihNYA Muhammad saw.tidakla mampu minda ini melontarkan satu janaan idea melalui kata yang tersusun rapi tanpa izinan yang sering terbuka dari yang Maha Hak...

titipan kasih buat kedua ayah dan bonda,melahirkan putri kecil ini dengan didikkan yang cukup sempurna bagi si hamba kecil ini,hingga mampu menggunakan mindanya semampu yang boleh,dalam meletakkan diri selingkungan manusia yang mensyukuri nikmat tuhanku Allah.

sering manusia menginterpretasikan perjalanan hidupnya pada sebuah kata yang digabungkan menjadi melodi ayat yang gemersik maknanya.maka akan bertambahlah blog janaan minda yang mampu membina satu gelombang generasi perobah ditengah arus meterialistik ini.minda2 para hamba yang mengaku da'ie dan seharusnya mengaku da'ie,semakin menguasai arena dakwah maya ini.selamat bersolusi wahai da'ie2 segar,buah minda kalian yang ranum berguna untuk generasi kecil yang baru berjinak2 menyingkap tirai dunia reality.semoga janaan minda yang kalian cuba lontarkan menjadi pemangkin kepada persoalan perobahan.

"jalan dakwah itu bercabang2,si da'ie perlu kreatif dan bersedia mental fizikalnya"